Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 November 2015

Lepas #YAPEIM, Ini Pula Cerita IPB.

Mukadimah.

Kesemua blog aku kena report secara beramai2 malam tadi. Satu pun malaon2 cybertroopers pro sana tak tinggal. Mereka report kesemua sekaligus.

Semua neh berlaku dok gara-gara cerita YAPEIM tu la. Aku dah agak dah. Bila posting tu viral semacam aje, confirm la aku kena lauk dengan budak-budak cybertroopers tu nanti. Ini bukan kali pertama, kali kedua, kali ketiga, kali keempat atau kali kelima. Ini kali yang ke entah berapa banyak kali tah aku pun dah tak ingat sebab terlalu kerap aku encounter dengan tindakan block memblock, ban-memban blog-blog aku neh.

Tukar link url blog je dah 4 kali.
Buat rayuan ke facebook dah tak ingat berapa banyak kali.
Guna bitly ke google shortening link pun dah tak lepas.
Nak guna RSS pun dah tak jalan.

Kerana dah terlalu kerap aku kena report. Start dari tahun 2010. Sampai tahun 2015. Menulis bukan lama sangat pun. Tapi jumlah kena report macam aku menulis citer lucah pula. Asyik muka aku je blogger kena report. 

Budak cybertroopers neh asyik aim blog aku je. Suwei betul. Langsung tak bagi chance. Niamahai.

Sepatutnya. Selepas berpuluh2 kali kena ban akibat report palsu budak2 cybertroppers aku patut kuburkan aje hasrat untuk berblog. Malas. Tapi aku taknak. Ini berlaku kerana aku nak menguasai google. Aku taknak nanti bila orang search satu-satu isu, cuma blog-blog pro UMNO je yang banyak naik dan beri penjelasan/info/penerangan berat sebelah. Sebab tu kena bertabah la update blog walau kena ban. Di google, bila kau search apa-apa, google akan utamakan medium blogger = sebab mereka satu geng. Bukan medium berita. Medium berita pula. Sampai satu tahap, berita-berita lepas akan menjadi arkib dan kau tak boleh akses. Kat sini la peranan blog copy paste tu penting (tetapi sebaik2nya dengan kredit supaya orang tahu nak refer kat arkib mana versi paper kelak).

Dan, apa yang kita semua neh tulis kelak, at least boleh menjadi rujukan pada generasi akan datang. Untuk mereka tahu cara hidup kita pada masa kini. Cara kita berfikir dan bagaimana kita telah berusaha sedaya upaya untuk membetulkan pimpinan yang korupsi. Mereka boleh jadikan pengalaman kita iktibar dan apa yang kita lalui sebagai satu rujukan supaya mereka tak ulang.

Sama seperti medium berita = facebook juga tak berkeupayaan untuk kekalkan post-post lama. Tambah lagi sekarang mereka buat sistem yang macam mana tah. Sesetengah post tak muncul pun kat wall kau. Even kau yang tulis, kau yang search, dia takan naik semuanya. Ada yang popular je akan naik. Yang tak popular p mati kat mana-mana la. Dan untuk kau search post-post 2,3 tahun lepas, ya tuhan. Macam mencari jarum. Kalau la seorang update sekali takpe juga. Ini satu hari je dah berapa kali kau update kan. So mana tak menyusahkan. Sebab tu untuk memastikan isu berkenaan boleh diakses dengan mudah pada bila-bila masa untuk jadi bahan rujukan kau, blog ialah medium yang tepat. Senang. Kau hanya update bila ada isu penting. Title = keyword kau. Ko google, dia naik. SIMPLE.

Jadi report la beratus kali pun (aku rasa aku dah memang ada rekod report ratusan kali kot), aku tetap akan menulis juga.

YAPEIM pun ada isu. Tapi aku nak selit sikit isu IPB.

Dapat info ;


Melalui inbox ;
Nama yg pertama tu Dato Mohamad bin S. Ahmad.
Mengapakah Pangsapuri terbiar 12 tahun di Kajang tidak ada CF dan membahayakan keselamatan yang pemajunya Benua Warisan Sdn Bhd dipilih untuk disewa oleh IPB?
Berdasarkan carian yang dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) didapati antara pemegang saham dan pengarah pemaju tersebut adalah salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ). MAIWP adalah pemegang saham terbesar IPB maka bukankah apabila anggota MAIWP sendiri adalah pemegang saham dan pengarah pemaju tersebut ia telah menimbulkan satu konflik kepentingan?
Kenapa MAIWP sanggup memperjudikan nyawa 500 pelajar IPB yg berasal daripada keluarga asnaf demi kepentingan individu ini?
Dokumen ssm menunjukan kepentingan rakan rakan CEO MAIWP dan Menteri ada dalam bangunan asrama yang tidak selamat di duduki itu.
Salah seorang daripada pengarah syarikat tersebut adalah ahli Majlis MAIWP yg di lantik Menteri Dato Seri Jamil Khir
Benua warisan adalah pemaju asrama IPB di kajang yg tak ada CF.
Ini dia tanya aku. Dan aku pula nak tanya siapa? Tanya MAIWP la. Sapa lagi. Sebelum neh aku dah share betapa tak selamatnya bangunan berkenaan. Testimoni oleh mereka yang tinggal disana. Bukan aku memandai2 buat bahan.

Rujuk sini.

Bahkan pernah dilaporkan oleh Utusan juga.

So, jawab la IPB. Persoalan yang dibangkitkan di atas.

Apa2 pun macam biasa. 

Kita tetap istiqomah lawan BN.
Kena report pun kena report la.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...