Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 November 2015

Kena Block Lepas Nasihat Jamil Khir Di FB JAKIM - FB JAKIM Kena Tibai Kaw2 Isu Jamil Khir.

Bukan mencarut pun. Jauh sekali menuduh. Nasihat elok-elok ja. Sebab si admin JAKIM sibuk sangat nak menasihati orang maka aku ambil kesempatan untuk nasihat dia balik.



Sebagai menteri, at least yang jaga/pantau/ada kuasa untuk peduli hal-hal berkaitan pentadbiran YAPEIM, setakat untuk anggaran perbelanjaan yang ditanggung/taja oleh YAPEIM dalam urusan ke USA tu bila-bila masa dia boleh selidik.

Dia boleh minta butiran. Dan dia boleh bersetuju atau tidak bersetuju untuk terlibat. Bahkan, dia boleh buat garis panduan. Dia menteri dia ada kuasa apatah lagi dia yang melantik. Dia bukan orang biasa. Dia ada kemampuan untuk berbuat demikian apa.

YAPEIM,

Ai neh orang jaga agama. Menteri agama. Ai tak boleh bermewah naik flight mahai2 dengan bini ai, dengan Bibi apa bagai itu semua. Subsidi rakyat sakan kena potong. Sebagai menteri jika ai hidup bermewah apatah lagi atas nama tajaan itu semua, ai mesti kena kritik punya. Apatah lagi ai neh menteri yang selia zakat, bantuan kepada umat Islam. You tolong la arrange elok2 memandangkan ai perlu ke sana juga. Program mestilah memanfaatkan rakyat dan diri ai sebagai menteri. Pastikan tiket flight paling murah coz ai zuhud you know. Tidur pun mestila di hotel paling murah sebab ai zuhud. Diri ai bawa imej menteri. Kalau rakyat tahu ai bermewah sedangkan ai ada kuasa untuk menolak atau mengelak dan boleh nasihat you untuk bantu orang miskin mesti aku teruk kena kokak. Jadi please ye YAPEIM. Bersama kita menjadi institusi amal jariah anda oke.

KAH KAH KAH 

Lepas tu tiba-tiba aku terfikir nak paste satu link gambar kat posting berkenaan. Gambar Jamil Khir main golf yang terpapar di website JAKIM pada suatu ketika dahulu namun sekarang tidak boleh lagi diakses gambar berkenaan di dalam laman web tersebut. Ini gambar yang aku maksudkan ;



Setahu aku page tak boleh post komen bergambar. Tapi link boleh aje. Then aku godek link yang nak paste tu dan mulakan operasi menge'paste tetapi tiba-tiba takley. Aku syak aku dah kena ban. Disebabkan muka aku memang muka kerap kena ban kat mana-mana page, maka aku dah bersedia dengan screenshot. Selalunya aku akan biarkan satu tab dan buka tab replacement yang lain untuk refresh/update posts. Then bila aku godek2 post takde komen aku dengan aku sendiri tak boleh komen sekali harung, aku cepat2 ke 'tab simpanan' untuk buat ujikaji dan memang sah. Aku kena ban siot.

KAH KAH KAH


Tak guna punya admin. Aku tulis ayat elok2 pun depa ban. Sensitif nak mampos. Ko nak nasihat orang dan mengharap orang terima secara terbuka. Tapi dalam waktu yang sama merasakan diri kau dan menteri kau tak layak terima nasihat orang awam. Patut ke? Ada ke nasihat aku berunsurkan fitnah mahupun caci maki? Jamil Khir mengakui sendiri bahawa perbelanjaan itu wujud. Makanya itu bukan layak dipanggil fitnah.



Dalam fb JAKIM ada SHARE gambar di atas.

Rujukan link => SINI

Yang SHARE 47 orang je. Kesian. Tapi yang lebih kesian, ramai yang SHARE sebab tak PERCAYA pada kenyataan menteri. Bukannya mereka menyokong. 

KAH KAH KAH

Kelakar gile. Kat ruangan komen pun teruk kena tibai. Tapi admin JAKIM tak ban laju-laju macam dia ban aku laju-laju. Ini buat aku syak semacam. Adakah admin tersebut ada dendam peribadi dengan aku. Jangan-jangan dia kot antara yang aku kutuk sebagai cybertroopers bangang sebab dok SPAM penjelasan/jawapan tentang YAPEIM dan JAMIL KHIR di page-page pro pembangkang. Menyemak je aku tengok. Mana tak menyemaknya, bila aku respon balas, dorang copy paste. Aku respon lagi. Copy paste lagi. Nakharom. Bercakap dengan robot ke apa aku neh. HAHAHA. Suwei.

Melihatkan kepada respon umum, rata-rata memilih untuk TIDAK MEMPERCAYAI KENYATAAN JAMIL KHIR. 

Aku perhatikan mereka cenderung fikir ;

1. Kenapa nak saman? Kenapa tak minta satu siasatan dijalankan bagi membuktikan diri bebas dan telus seperti yang dinyatakan? Saman zaman sekarang bukan bermaksud benar. Saman jadi mainan orang kaya, berpangkat, berkuasa dan politik je.

2. Nak menyaman tu, kos saman nanti siapa yang tanggung? Zakat ke sebagai JIHAD FISABILLAH?

3. Menteri mengakui apa yang didedahkan itu benar cuma cara ia disampaikan itu seolah2 menteri melakukan penyelewengan. Penyelewengan aje ke rakyat benci? PEMBAZIRAN pun rakyat benci juga!

4. Menteri agama naik tiket flight mahal-mahal. Dia tak boleh tolak ke? 

5. Main golf, rasmi kursus perkahwinan, bincang isu-isu semasa negara dan hadiri ke shopping mall mewah itu aktiviti yang ada kaitan dengan anak-anak yatim dan orang miskin ke? Macam mana aktiviti2 berkenaan boleh membantu kehidupan anak2 yatim di kemudian hari ya?

6. Yela. YAPEIM bisnes besar. Untung banyak. Dah tu kenapa minta derma? Gunakan keuntungan juta2 mereka untuk menderma. Tak perlu potong gaji orang. Selama menderma tak satu pun buku atau kertas pernah sampai ke rumah aku untuk tengok duit2 potongan gaji aku dibantu kepada siapa oleh si YAPEIM neh!!

7. Balik-balik salahkan DAP. Yang dedahkan tu nama dia Akmal. Dia NOW. Bukan DAP. Soalnya sapa yang dedahkan bukan isu. Sebaliknya betul ke menteri ada belanjakan wang tersebut? Menteri mengaku ada. Itu yang orang nak tahu. Cara perbelanjaan mendorong ke arah pembaziran. Subsidi rakyat kena potong. Apa respon Jamil Khir? Pernah dia simpati dan peduli tentang beban-beban yang rakyat tanggung disebabkan ketidakamanahan dalam pentadbiran kerajaan? Siapa menteri kita, rakyat lebih kenal hati tamaknya. 

8. Invois semua cukup pak menteri. Mana pula fitnahnya. Menteri pun dah mengaku semua perbelanjaan ditanggung YAPEIM. Apa fitnahnya?

9. Minta siasat. Kenapa bini menteri join sekaki. Apa jawatan dia dan kenapa ditanggung sekali. 

10. Ada banyak program yang menteri hadir. Cuba tengok, takde satu pun boleh dikaitkan dengan anak2 yatim dan orang miskin. Kenapa organisasi berkaitan anak2 yatim yang kena jadi funder? Apa keuntungannya di kemudian hari? 590,000 boleh bantu berapa ramai pelajar2 kita di Mesir dan IPB yang KELAPARAN? 

Ish. Ish. Ish.

Bila orang UMNO pun tak boleh terima penjelasan Jamil Khir ;


Ko nak harapkan geng-geng pembangkang macam kami neh terima? Maaf Jamil Khir. Maaf. Maaf kerana kami tak cukup benak otak dengan menerima penjelasan-penjelasan kau. Hak untuk mempercayai atau tidak ialah hak demokrasi kami. Kami punya pasal la nak terima ke taknak penjelasan-penjelasan kau tu pun.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...