Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label 'Langkah Kajang' Punca Banjir Kilat Kata MCA.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 'Langkah Kajang' Punca Banjir Kilat Kata MCA.. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Mei 2019

Lari Debat, Najib Kecewa Dengan Perangai Lim Kit Siang.

NAJIB RAZAK | Saya dah bersedia. Anda bila?

Ini debat. Bukan gusti. Kenapa nak lari?

Saya amat kecewa bahawa Kit Siang menggunakan "race card" atau alasan sentimen perkauman Melayu lawan Cina untuk mengelak dari berdebat.

Kenapa DAP sering mainkan isu perkauman? 



Adakah ini satu pengakuan dari Kit Siang bahawa DAP adalah parti Cina?

Ini debat antara dua ahli parlimen. Tak ada kena-mengena dengan isu perkauman.

Jika ikut logik Kit Siang, tidakkah ianya juga isu perkauman apabila Kit Siang mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari untuk menyerang saya?

Ratusan kenyataan akhbar dikeluarkan MenHEN untuk serang saya. 

Tak isu perkauman ke? Tak Cina lawan Melayu ke?

Kit Siang patut mengaku bahawa sebab utama Kit Siang tidak mahu berdepat ialah dia tahu dia tidak mampu untuk menjawab fakta-fakta yang saya akan dedahkan dalam debat itu.

Kerana ianya akan sekali lagi membongkarkan Kit Siang dan kerajaan PH sebagai satu kerajaan pembohong.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudahpun dipulangkan selepas 4 bulan berikutan PRU13.Ianya tidak disimpan oleh saya.

Dan ini sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa terdapat banyak bayaran kepada saya adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi sedangkan ianya juga sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas. 

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB ada klausa untuk IPIC membayar balik kepada 1MDB wang yang dikatakan hilang sebelum 30 Disember 2020 dan kenapa kerajaan PH tak meneruskan perjanjian ini. 

Kit Siang juga akan ditanya kenapa kerajaan PH tak mahu dedahkan perjanjian itu untuk membuktikan saya membohong?

Saya akan tanya kenapa skandal forex BNM RM33.2 bilion (bernilai RM100 bilion dalam nilai wang hari ini) tidak membankrapkan negara walaupun satu aset atau satu Ringgit tidak dapat dipulangkan tetapi pinjaman RM31 bilion 1MDB pula boleh membankrapkan negara walaupun 1MDB ada perjanjian penyelesaian, ada aset-aset bernilai RM140 bilion dan RM40 bilion yang kini digelar oleh PH sebagai aset terbaik negara.

Saya juga akan tanya jika Tony Pua telah berbohong bahawa kos projek ECRL hanya RM29 bilion sedangkan PH telah bersetuju dengan harga RM44 bilion. Itupun selepas jajaran telah ditukar, jumlah jarak dan stesen telah dikurangkan untuk banyak mengurangkan kos sehingga ECRL tidak lagi sampai ke Kuala Lumpur.

Saya akan tanya Kit Siang jika ini adalah bukti bahawa PH sedang songlap RM15 bilion jika logik dan tuduhan Tony Pua adalah betul.

Saya akan tanya kenapa ekonomi kerajaan BN semasa saya PM yang dia gelar kleptrokat boleh membangunkan negara dengan begitu pesat sehingga pasaran saham capai tahap tertinggi dalam sejarah sebelum PRU14 dan adakah ianya malu bahawa pasaran saham di bawah PH diberi gelaran paling corot dalam dunia.

Saya juga akan tanya kenapa Kit Siang yang dia mengaku diri sebagai berintegriti tidak rasa bersalah apabila kes rasuah anak dia yang sudah berlangsung dalam mahkamah digugurkan begitu sahaja sehingga pihak SPRM mengeluarkan kenyeataan rasmi bahawa mereka terkejut.

Dan saya akan tanya Kit Siang kenapa tidak ada kes rasuah terhadap anak atau pemimpin-pemimpin DAP sedangkan kertas siasatan SPRM tentang terowong yang terbongkar telahpun disahkan sebagai sahih oleh Menteri di dalam Dewan Rakyat.

Saya juga akan tanya Kit Siang kenapa data BNM menunjukkan hutang negara sudah meningkat dengan kadar jauh lebih pantas di bawah kerajaan PH dan telah mencapai RM785.4 bilion hari ini berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 dan kenapa anak dia berbohong bahawa hutang sudah menurun.

Banyak lagi yang saya ingin tanya kepada Kit Siang.

Dan saya akan tunggu Kit Siang menjawab.

Tapi dia sudah lari.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan menggelar Kit Siang sebagai pengecut.

Saya hanya akan menggelar beliau sebagai seorang penipu bersiri dan seorang yang tak jujur.

Lagi satu. 

Selepas Kit Siang lari diri seperti ini, dia tidak ada hak lagi untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menyerang saya. - 24 Mei 2019.

Jumaat, 20 November 2015

Selepas Washingthon & Paris, NOW Dedahkan Program Ratusan Ribu #YAPEIM Di Australia.

SELAIN AMERIKA SYARIKAT DAN PERANCIS, BENARKAH WANG ‪#‎YaPEIM‬ TURUT TERLIBAT DENGAN PROGRAM DI AUSTRALIA?

Saya mengambil maklum mengenai tindakan YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang telah memfailkan saman terhadap saya petang semalam berhubung dengan perkara yang dibangkitkan mengenai pembaziran yang berlaku di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang seolah-olah tidak menggambarkan kebajikan dan amal jariah.

Saya difahamkan surat saman (writ) akan diserahkan kepada saya minggu hadapan dan saya akan merujuk perkara tersebut dengan pasukan peguam.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya hanyalah seorang pemberi maklumat (whistleblower) dan persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah demi kepentingan orang ramai terutamanya apabila lebih setengah juta orang rakyat Malaysia memberi sumbangan derma tiap-tiap bulan kepada YaPEIM.

Ianya juga menjadi kewajipan kepada kita semua untuk membela mereka yang sepatutnya menerima sumbangan seperti anak yatim dan miskin selaras dengan tuntutan amal jariah.

Setiap pencarum yang ramainya dikalangan kakitangan kerajaan, guru, polis dan pekerja swasta berhak mendapat keadilan untuk memastikan setiap sumbangan mereka digunakan untuk tujuan kebajikan dan disampaikan ke pihak yang benar-benar layak.

National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah menerima satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa wang YaPEIM telah digunakan untuk program di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia.

Ianya dikatakan telah berlangsung pada 16 April sehingga 26 April 2014 sebagai program yang diberi nama “Promoting Islamic Values In Multi Culture & Religion: Future & Challenges”.

Jumlah peserta yang disasarkan adalah seramai 50 sehingga 70 orang yang dikatakan terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

Mengikut dokumen Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014, terdapat 4 agensi YaPEIM telah terlibat untuk menjayakan program ini iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN), YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (INPUT) serta Ar-Rahnu.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, benarkah agihan perbelanjaan adalah seperti berikut?

1. Pembiayaan melalui PEMANGKIN adalah RM 73,800.00
2. Pembiayaan melalui YaPEIM adalah RM 106,840.00
3. Pembiayaan melalui INPUT adalah RM 25,215.00
4. Pembiayaan melalui Ar-Rahnu hanyalah RM 12,650.00

Maka anggaran jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah RM 218,505.00.

Jika dokumen ini adalah benar seperti dokumen-dokumen yang dikemukakan sebelum ini, agihan perbelanjaan ini menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan seperti:-

1. Benarkah program ini telah diadakan di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia?

2. Apakah rasional YaPEIM terlibat dalam penganjuran program ke luar negara sebegini yang kosnya begitu mahal sedangkan hanya sebilangan kecil yang menerima manfaat?

3. Mengapa pembiayaan melalui PEMANGKIN dan YaPEIM adalah paling besar sedangkan agensi perniagaan YaPEIM iaitu Ar-Rahnu hanya menampung sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan program di Australia?

4. Apakah keperluan menaiki penerbangan kelas bisnes untuk Program Kembara Santun dan siapakah mereka yang menaiki penerbangan kelas bisnes?

5. Adakah PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Ekonomi Anak Yatim dan Miskin?

Sewajarnya Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Menteri berkenaan iaitu YB Dato’ Seri Jamil Khir tampil menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

YaPEIM adalah sebuah Yayasan Islam yang berteraskan kepada sumbangan amal jariah dan bukannya entiti perniagaan yang mengaut keuntungan.

Jika terdapat lebihan pendapatan sekalipun, wang tersebut seharusnya disampaikan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, fakir dan miskin mengikut konsep amal jariah.

Rakyat, pemberi dan mereka yang sepatutnya menerima sumbangan amal jariah YaPEIM berhak mendapat keadilan dan pembelaan.


20 NOVEMBER 2015


Akmal Nasir













Selasa, 30 September 2014

'Langkah Kajang' Punca Banjir Kilat Kata MCA.

Semalam kat Kajang berlaku banjir kilat. Dan sejak semalam hingga ke hari neh kita tengok adun Kajang DSWA turun padang dan melakukan kerja2 yang dia sepatutnya buat. Tak percaya, p check kat facebook dia. Benda yang dia memang buat, kita kena sebut jelas2 dia memang buat. Tak payah nak propa sangat la MCA oi.

Ulasan MCA ;


Aku setuju.

Aku sangat setuju dengan point2 bahawa perlunya usaha untuk menanggani perkara ini dari berterusan. Perlunya kita merangka strategi untuk mencegah dan memperbaiki supaya masalah ini tidak lagi berlarutan dan berulangan di masa akan datang. Ini kesilapan manusia dalam merangka pembangunan. Tak dapat dinafikan point ada.

Tapi.

Mislead. Kenapa aku kata mislead? Mislead sebab dia p tembak adun Kajang. Hakikatnya DSWA memang berperanan untuk menambahbaikan perkara ini. Ini komen dia.

Ng mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.

“Saya sungguh-sungguh menggesa Wan Azizah mendedahkan rancangan masa depannya untuk pencegahan banjir, dan mendedahkan apa yang dicapainya setakat ini,” kata Ng. -Mkini-

Aku nampak ada usaha untuk DSWA participate dengan masalah2 yang berlaku di Kajang. 

Aku tipu ke?

No la. P la tengok kat wall facebook rasmi dia. Klik sini. Dan ko akan nampak aku tipu ke tidak.

Secara persendirian. DSWA sebagai adun ada usaha untuk membantu. Secara organisasi, PKR dan PR di Selangor memang tak banyak mainkan peranan. Ini pandangan aku. Aku harap dorang boleh berhenti bergaduh dan mula tumpukan usaha untuk buat kerja. Gaduh-movie PR perlu ditamatkan.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...