Khamis, 13 April 2017

PAS Tak Pernah Terima Duit Nasharudin Mat Isa Dalam Apa Jua Bentuk Sejak 2011 Jawab Takiyuddin Kepada Rafizi.

Pas mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada atau melalui Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dalam apa bentuk sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden parti pada 2011. 


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, parti hanya menerima sumbangan tetap bulanan Nasharudin sebagai Ahli Parlimen Bachok yang berakhir pada 2013 lapor portal Mstar.

Menurut beliau, Nasharudin juga tidak pernah memegang jawatan dalam Pas sejak 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak Pas. 

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas menyerahkan perkara Akuan Bersumpah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana daripada 1MDB kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang. 

“Namun, Pas berpandangan ia kekal berstatus dengar cakap (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu ‘maklumat’ ini kepada beliau mengesahkannya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...