Isnin, 10 April 2017

Isu #RUU355 : Pakatan Harapan Yang Dah Kena Game Sebenarnya Kata Peguam.

Orang kata 'PAS kena game lagi'. Salah. Hari ini yang kena game adalah Pakatan Harapan dan orang yang ingat akan ada perbahasan dan pengundian tentang usul RUU355. Yang menang adalah UMNO dan PAS.
Contoh Kempen Politik Yang Menggunakan Isu #RUU355
Tiada seorang pun MP PAS yang bantah penangguhan ini. Baik yang menangis dalam Dewan ataupun yang tidak. Saya jangka mereka tahu ini akan berlaku. Backbenchers UMNO pun barangkali tahu, jadi sebab itu beriya-iya menunjukkan sokongan pada RUU355.
Bila sudah ditangguhkan, boleh terus guna isu ini sampai sidang akan datang, pada bulan Julai.
Kalau ditakdirkan PRU sebelum Julai, lagi baik. Maka boleh dijadikan modal kempen PRU. "Nah lihat, kami [PAS/UMNO] sokong RUU 355, kami lah pembela Islam".
"Nah lihat tu Lim Kit Siang dan DAP kacau sebelum bentang, dek macam apek gila. Nah lihat tu Khalid Samad terpekik macam orang hilang kewarasan dalam Dewan. Nah lihat tu Rafizi kata apa pada Speaker. Semua ni PANDAP, dan sewaktu dengannya!"
Takkanlah anda Muslim mahu sokong golongon macam itu?
Lupalah GST, harga minyak, rasuah, 1MDB, FELDA dan sebagainya. Sebab itu, Tuan-tuan dan Puan-puan, ini permainan licik politikus dan kita semua telah berjoget mengikut irama mereka.
"Bersangka baik la Syah." Maaf, dalam hal ini, kalau masih bersangka baik anda sama ada naif, atau anda bodoh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...