Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 13 April 2017

Apakah Itu Kanun Bersumpah & Kenapa Nasharuddin Mat Isa Patut Bertindak - Setakat Nafi, Itu Bermaksud Benar.

Apakah itu kanun bersumpah?

Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration atau lebih dimaklumi dengan nama SD adalah dikawal selia di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13). Ada juga orang memanggilnya dengan nama Surat Sumpah atau Surat Akuan Bersumpah. Apakah nilai sebuah surat akuan  atau SD ini. Bolehkah ianya dijadikan bukti? Bolehkah ianya dijadikan asas untuk memulakan siasatan? Apakah hukuman yang dikenakan jika surat akuan itu mengemukakan fakta yang tidak tepat?


Pejabat kerajaan lazimnya menggunakan kaedah surat akuan ini sebagai kaedah untuk memastikan orang awam yang berurusan dengan mereka hanya akan mengemukakan fakta yang benar. Jika ada fakta yang tidak tepat diberikan, maka orang tersebut boleh didakwa atas kesalahan jenayah atas sebab mengemukakan fakta yang tidak betul. Jika perkara tersebut diketahui, maka pegawai kerajaan itu akan membuat laporan polis dan polis akan menyiasat samada fakta yang dinyatakan di dalam surat akuan tersebut adalah benar atau palsu. 

Oleh sebab itu, fakta yang terkandung dalam sesuatu surat akuan itu dianggap mempunyai nilai yang lebih kuat daripada penyataan biasa kerana ianya dikawal selia oleh undang-undang.

Seperkara lagi, dalam Islam, kaedah surat akuan ini tidak ada. Dalam Islam, kaedah yang digunakan adalah kaedah iqrar atau pengakuan. S. 17 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) menyatakan bahawa Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hakSesuatu iqrar hendaklah dibuat - di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau jika di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang 'aqil, baligh dan 'adil. (Peguam.blogspot)

Rafizi akhirnya dedahkan nama tokoh yang terima wang 1MDB

Tengah hari tadi, dalam satu sidang media Rafizi Ramli akhirnya mendedahkan nama tokoh yang ada kaitan dengan PAS, yang mana tokoh tersebut telah menerima sejumlah dana dari Najib Razak. Dana itu dikatakan bersumberkan dari wang 1MDB.


Nama yang disebut-sebut Rafizi ialah Nasharuddin Mat Isa, bekas pemimpin kanan PAS namun telah senyap dari perjuangan parti itu ketika PAS dilanda krisis kepimpinan pada pertengahan tahun 2013.

Krisis kepimpinan PAS bermula apabila komplot menyatukan PAS dengan UMNO pada PRU ke 12 yang diusahakan oleh beberapa individu yang terlibat dalam PAS dan UMNO selepas BN menang tipis pada pilihanraya itu, terdedah. 

PAS berpecah

Ia menyebabkan penentangan terhadap kepimpinan Hadi Awang bermula sejak tahun 2009 walaupun penyokong menafikan Hadi terlibat dalam pakatan tersebut. Hadi dikatakan hanya menyuruh untuk berjumpa dan kemudiannya menolak untuk bekerjasama (berpakat) mentadbir negeri/negara. 

Manakala pemimpin PAS yang pro kepada penyatuan PAS - UMNO seperti Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa kian tersingkir dari kepimpinan disebabkan hilang kepercayaan penyokong. Beberapa pimpinan PAS lain yang pro kepada penyatuan pula uturn dan berpaling tadah.

Ia menyebabkan PAS berpecah kepada dua kumpulan (pada awalnya), pro kepada perpaduan PAS - UMNO, pro kepada perpaduan PAS - Pakatan Rakyat.

Pas Pulau Pinang antara kumpulan PAS yang awal menunjukkan pendirian yang tidak gemar untuk bekerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain terutamanya dari DAP. Beberapa tindakan yang tak sekufu dengan PAS Pusat seringkali dibuat bagi memaparkan sikap betapa PAS Penang tidak menyenangi pentadbiran DAP Penang.

Menurut informasi yang diterima oleh pihak kami, Ustaz Nasharuddin Mat Isa masih lagi seorang ahli PAS meskipun tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti dan tidak bergiat secara aktif. 

Ini boleh berlaku atas sebab dua keadaan;

Pertama : Sengaja tidak mengaktifkan diri untuk mengaburkan pandangan awam bagi mengelak rancangan sulit dari dihidu oleh orang lain

Kedua : Memang tidak berminat untuk bergiat secara aktif dengan perjuangan PAS

Rafizi buat SD, menyatakan secara tegas dan tertakluk dalam undang-undang negara..

"Bahawa saya Mohd Rafizi Bin Ramli dengan no kad pengenalan 770914-11-5025, yang beralamat di Condominium Bukit Antarabangsa, dengan ini membuat akaun berkanun mengikut akta berkanun bagi tujuan mendedahkan satu perlakuan seorang tokoh berkaitan PAS yang bertentangan dengan undang-undang negara, yang melibatkan wang syarikat milik negara, yang dibayar oleh Najib Razak", katanya dalam sidang media itu. 

Pertamanya, pada 28 Januari saya telah bertemu dengan Datuk Bahri Mohammad Zain, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Khas SPRM yang telah mengetuai siasatan skandal 1MDB sewaktu berkhidmat. Itu adalah kali pertama kami bertemu dan berhubung. Ia bagi membincangkan dan berkongsi maklumat tentang 1MDB. 

Beliau menyebut kepada saya, bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dari acc peribadi Najib yang sampai kepada Nasharuddin Mat Isa.

Butiran lanjut tentang bayaran;

- Mendapati sejumlah dana SRC telah dipindahkan ke dalam acc peribadi Datuk Seri Najib Razak.

- Dari acc DS Najib telah mendapati beberapa bayaran kepada peguam tertentu.

- SPRM telah menyoalsiasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh2 yang dibayar menggunakan wang SRC yang disalurkan melalui peguam tersebut.

- Salah seorang penerima bayaran tersebut ialah Nasharuddin Mat Isa.

- Saya tidak dapat mengesahkan jika dua peguam itu ialah Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak, seperti yang pernah dinamakan oleh Sarawak Report.

- Ustaz Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah mengunjungi Datuk Bahri Mohammad Zain ketika beliau berkhidmat dengan SPRM bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pembayaran sejumlah wang tertentu kepada individu berkaitan PAS, beliau telah diberikan maklumat secukupnya tentang perkara yang berkaitan.

Marang tidak lagi mengkritik 1MDB

Rafizi juga menyatakan;

- Selepas PAS dikaitkan dengan penerimaan dana, Marang tidak lagi menyentuh isu 1MDB

- SD yang dibuat oleh Rafizi boleh dijadikan sebahagian dari tindakan undang-undang jika dakwaannya bahawa kemungkinan penerimaan wang itu adalah sebagai pertukaran untuk melunakkan suara PAS terhadap 1MDB.

- Siasatan ke atas SRC belum ditutup dan Rafizi akan membuat laporan bagi membuka semula siasatan ke atas SRC. Laporan itu akan diadakan pada esok, jam 11 pagi.

"Wang itu apabila nak sumbang, sumbangla, tiada masalah tetapi apabila sumbangan itu daripada wang rakyat, kemudian daripada acc peribadi Najib yang sampai kepada kepada tokoh utama pembangkang, dia ada unsur-unsur salah guna, salah guna kuasa bagi tujuan mendapatkan manfaat dalam bentuk tidak ada serangan terhadap 1MDB", kata Rafizi lagi. 

Malahan pemimpin PAS, Datuk Khairuddin yang lantang menyuarakan penyatuan PAS - UMNO juga telah mendapatkan maklumat tepat terus dari sumber, mengenai bukti-bukti 1MDB namun tiada sebarang apa-apa bunyi dari mulutnya, katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...