Selasa, 11 April 2017

Bila Panas Hirup Debu, Bila Hujan Hadap Lumpur - Mana Janji Yang Kata Nak Bantu Soal Rakyat Johor.

Beberapa gambar tentang keadaan jalan yang teruk dan berlumpur yang dipercayai berlaku di Kampung Peta hingga ke Simpang Batu 26, Kluang tular di laman sosial. 

Ianya dikongsikan oleh page Viral Media Johor. Menurut page berkenaan, penduduk di kampung tersebut meluahkan kekecewaan dan mengharapkan bantuan bagi mengatasi masalah yang dihadapi bertahun-tahun oleh penduduk yang tinggal disitu.




"Penduduk yang berkeluarga rata-ratanya mempunyai anak yang masih bersekolah, terpaksa mengharungi waktu dan cuaca yang berbeza untuk mencari rezeki halal untuk menyara keluarga, manakala bagi anak2 yang bersekolah pun turut mengharungi masalah yang sama.

Jika cuaca panas kami terpaksa menghirup udara yang penuh habuk dan debu, manakala jika cuaca hujan pulak kami terpaksa menempuh jalan yang licin dan berlumpur", katanya dalam luahan tersebut.

Individu itu juga menuntut janji dari pihak-pihak yang pernah mengeluarkan janji bagi menyelesaikan masalah penduduk berkenaan.

"Tidak cukup dengan masalah tadi, penduduk diuji lagi dengan situasi banjir hingga terpaksa bercuti dari bersekolah disebabkan air banjir yang terlalu dalam sehingga pernah terjadi penduduk disini terputus hubungan.

Kami semua penduduk disini merayu supaya kerajaan Johor atau pihak yang pernah menabur janji tentang masalah ini, bantulah kami untuk keluar dari permasalahan ini", katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...