Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 April 2017

Sila Datang Ke Kelantan Rafizi, Mulakan Penerangan Kamu Tentang 90 Juta Itu Disini Cabar Pemuda PAS.

Ketua Pemuda Penerangan PAS Kelantan pada hari ini mencabar agar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli datang ke Kelantan bagi melakukan sesi penerangan berkaitan isu PAS menerima dana 90 juta dari Najib. 

Menulis di Facebooknya, Nazman Che Ibrahim mencabar agar Rafizi memulakan penerangan berkaitan isu tersebut di Kelantan terlebih dahulu.


"Rafizi, masa kamu berbaki 5 hari sahaja lagi untuk dedahkan kepada rakyat mengenai fitnah RM90 juta. Kami sediakan pentas buat kamu. Mulakan 'penerangan' kamu di Kelantan segera sebelum galak menjelajah ke negeri lain", katanya.

Beliau juga mencabar agar Rafizi membawa bersama Husam Musa, wakil rakyat bagi DUN Salor untuk memberi penerangan atas isu yang sama.

"Ajak sekali sahabat kamu si penuduh Affin Bank", katanya lagi. Rafizi sebelum ini mendedahkan terdapat tokoh tertentu yang ada kaitan dengan PAS telah menerima dana 90 juta dari Najib. Sumber wang itu dikatakan berpunca dari aliran wang tunai yang diperolehi dari sumber 1MDB. 

Meskipun didesak untuk memberikan bukti dan melaporkan kepada SPRM, cybertroopers UMNO pula menampilkan reaksi yang berbeza terhadap kenyataan itu.

Poster Oleh Cybertroopers BN
Menurut mereka, pemberian wang 90 juta kepada PAS itu hanya membenarkan tindakan Najib yang menyumbang ke arah perkembangan Islam di negara ini. 

"Jika benar PM salurkan dana kepada PAS, bermakna PM telah menunaikan amanah yang diberikan oleh penderma agar menyalurkan dana tersebut untuk kepentingan umat Islam di Malaysia", seperti yang tertera dalam poster sebaran mereka.

Untuk rekod, isu penyelewengan wang 1MDB dan derma 2.6b ialah dua isu yang berbeza.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...