Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 April 2017

Hadi Dimonyetkan, Penyokong PAS Berang - "Bakar Nanyang Siang Pau, Hanyutkan Ke Laut", Seru Pemuda.

Pada semalam akhbar Nanyang Siang Pau dilanda kontroversi kerana membayangkan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang sebagai monyet dalam satu lukisan berbaur politik dengan niat untuk menyindir PAS berhubung isu #ruu355.


Karikatur itu membayangkan Hadi sebagai monyet yang menerima habuan makanan yang diberikan oleh seekor monyet lain (dipercayai speaker Pandikar Amin Mulia) yang telah melompat dari pokok dan monyet-monyet yang lain yang berada di bawah pokok pula sedang bergaduh sesama sendiri.

Gambar - Nazman Che Ibrahim
Tindakan itu disifatkan tidak bertanggungjawab oleh PAS dan mendesak agar akhbar berkenaan menarik semula lukisan itu dan segera membuat permohonan maaf kepada Tuan Guru Hadi Awang. Selepas dikritik bertubi-tubi, akhbar itu kemudiannya membuat permohonan maaf secara online dan menarik semula lukisan tersebut namun ianya tidak diterima oleh wakil Pemuda PAS Kelantan.

Gambar - Nazman Che Ibrahim
Menurut petikan kenyataan dari dinding Facebook Nazman Che Ibrahim, beliau akan mengadakan bantahan terhadap akhbar itu pada esok di Tambatan Diraja Kota Bharu.


"Dewan Pemuda PAS Kelantan mengerahkan seluruh pemuda dan menyeru umat Islam bangkit mempertahankan maruah umat Islam", katanya di status tersebut.

"Bakar akhbar Nanyang Siang Pau dan hanyutkan ke laut, tiada maaf bagi akhbar biadap ini, boikot Nanyang", katanya lagi.

Bagaimanapun semakan kami di laman sosial, terdapat pihak-pihak yang agak sinis dengan kenyataan dari Pemuda PAS itu. Ada yang mengejek, "Kononnya nak boikot, masalahnya baca ke akhbar cina tu?", sindir netizens yang dipercayai pro Pakatan Harapan.

Tinjauan kami juga mendapati pada awalnya Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bersikap tenang dan mengeluarkan kenyataan media agar jangan sesekali terpengaruh dengan perangkap provokasi dan api perkauman yang cuba dimainkan oleh MCA bagaimanapun status FB beliau yang seterusnya menjurus ke arah tindakan yang berbeza dari kenyataan awal.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...