Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 April 2017

Sejarah Nanyang Siang Pau Dan Kaitannya Dengan Politik - Bahan Bacaan Untuk Penyokong PAS.

Isu Hadi-Monyet; Penyokong PAS menyalahkan DAP
Pada semalam, akhbar dan e-akhbar Nanyang Siang Pau dilanda kontroversi berikutan melambangkan Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang sebagai monyet dalam satu karikatur yang bertujuan untuk menyindir PAS yang diperbodohkan dalam isu #ruu355.
PAS kemudiannya menerusi Nazman Che Ibrahim menyatakan bantahan terhadap sindiran tersebut dan mendesak agar Nanyang Siang Pau menarik-semula kartun berkenaan dan membuat permohonan maaf. 
Tunduk dengan tekanan, Nanyang Siang Pau akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka dan bersetuju menarik semula pengedaran kartun berkenaan.
Bagaimanapun terdapat banyak pihak yang mengaitkan dan menyalahkan DAP disebalik tindakan akhbar itu terutamanya dikalangan yang menyokong PAS.
Poster yang paling tular berhubung isu itu menyalahkan DAP dalam insiden berkenaan.
Sebelum maaf;

Selepas maaf;

Sejarah Nanyang Siang Pau
Nanyang Siang Pau  (Bahasa Cina: 南洋商報; pinyin: Nányáng Shāngbào "Harian Niaga Nanyang") diasaskan oleh usahawan/dermawan Cina terkenal, Tan Kah Kee pada 6 September 1923 di Singapura, kini hanya diterbitkan di Malaysia. Edisi Singapura akhbar ini telah bergabung dengan Sin Chew Jit Poh (Singapura) pada 16 Mac 1983 untuk membentuk akhbar Lianhe Zaobao.
Pada Ogos 1932, akhbar Nanyang diasingkan dari syarikat Tan. Nama syarikat akhbarnya ditukar ke Nanyang Press pada tahun 1975.
Pada tahun 1993, Nanyang Press mengambil alih pengurusan sebuah lagi akhbar harian Cina, iaitu China Press.
Pada 28 Mei 2001, timbulnya kontroversi besar apabila Huaren Holdings, iaitu bahagian pelaburan parti politik MCA, membeli Nanyang Press, sehingga menyebabkan orang ramai memulaukan akhbar tersebut secara beramai-ramai. (Wikipedia).
Pada 18 Oktober 2006, Tan Sri Tiong Hiew King mengambil-alih Nanyang Siang Pau menerusi syarikatnya Ezywood Option Sdn Bhd dengan membeli pegangan saham Huaren Holdings di dalam Nanyang Siang Pau. Tiong membayar 64.7 juta untuk membeli 21.02% pegangan saham Huaren di dalam Nanyang dengan 4.20 seunit pada 9 Oktober. (petikan : The Star oktober 2006)
Tan Sri Tiong Hiew King merupakan taikun balak di Sarawak dan juga pengasas rangkaian perniagaan Kumpulan Rimbunan Hijau. Pada Oktober 2006, Tiong dinamakan sebagai tokoh pemilik akhbar yang terbesar di Malaysia (petikan : Utusan 19/10/2006). 
Tiong mahu mengembangkan sayap perniagaan media berbahasa cina ke pentas antarabangsa untuk membentuk empayar media gergasi. "Syarikat media berbahasa Cina, katanya memerlukan satu kumpulan kuasa yang kuat untuk bersaing dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan", katanya ketika ditanya tentang pengambilalihan Nanyang dari Huaren. 

Kekayaan meningkat

Pada 2015, Bussiness News melaporkan kekayaan taikun balak Sarawak meningkat kepada 5.10 billion. Ia melonjakkan kedudukan Tiong dari anak tangga 11 kepada 9 dan menjadikan jutawan itu tersenarai antara 10 orang terkaya di Malaysia. 
Kaitan Tiong dengan parti politik

Tiong mempunyai adik bongsu yang bernama Tiong Thai King. Thai King ialah Ahli Parlimen Lanang mewakili SUPP - salah satu parti komponen BN di Sarawak selama 4 penggal sebelum kalah dengan Alice Lau, calon DAP dengan majoriti 8,630.
Bagaimanapun pada Mei 2016, Thai King kembali menjadi wakil rakyat apabila memenangi DUN Dudong mengalahkan calon DAP dengan majoriti 2,146. Thai King pada ketika itu ialah calon langsung dari parti BN di Sarawak.
Tiong Hiew King dan keluarga dikatakan ialah ahli kepada parti SUPP - Parti Bersatu Rakyat Sabah. Pada Pilihanraya yang ke 13, SUPP kalah mengejut dengan hanya memenangi 1 dari 7 kerusi parlimen yang dipertandingkan. 
Kesimpulannya
DAP tiada kaitan dengan penerbitan dan pengurusan Nanyang sebaliknya Nanyang ada kaitan dengan badan parti seperti MCA dan SUPP; parti-parti komponen di dalam BN.
Oleh kerana itu, tindakan sesetengah penyokong PAS yang menyalahkan dan mengaitkan DAP dalam isu memonyetkan Presiden PAS adalah tidak tepat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...