Selasa, 11 April 2017

Penjelasan Isu Vending Machine Yang Jual Bir Di Kedai Dobi Pulau Pinang.

Semalam tular beberapa gambar, video dan laporan yang mengatakan sebuah kedai dobi 24 jam yang terletak di Jalan Sungai Pinang, Georgetown telah menjual bir di mesin air layan diri atau lebih dikenali sebagai vending machine.

Pada awalnya ia dijadikan sponsored post oleh Baljit Singh, individu yang ada kaitan dengan parti Gerakan.

"Saya telah menerima banyak aduan mengenai mesin menjual arak tanpa sekatan terhadap umur dan sebagainya di Jelutong. Hari ini saya melihat sendiri mesin tersebut. Rakyat jelutong perlu rumah murah dan masalah banjir diatasi dan bukan mesin sedemikian", tulisnya di post berbayar itu.

 
Laporan itu turut dipetik dan disiarkan oleh sebuah akhbar cina yang bertarikh 9 April. Ia melaporkan sebuah kedai dobi layan diri yang berada di Dun Sungai Pinang, Parlimen Jelutong didapati telah menjual bir melalui vending machine.


Laporan itu telah mendatangkan respon segera wakil dari majlis perbandaran Pulau Pinang dan seterusnya membuat tinjauan ke tapak perniagaan.


Pihak majlis kemudiannya memberikan amaran kepada peniaga dan meminta agar peniaga menarik semula jualan minuman keras dari vending machine. 

Peniaga juga didapati tidak mengetahui ianya merupakan satu kesalahan untuk menjual minuman beralkohol di mesin layan diri. Pihak majlis turut mendapati peniaga tidak mempunyai permit untuk meniagakan perniagaan vending machine di premisnya dan telah mengarahkan agar jualan mesin air layan diri itu dihentikan sehingga permit perniagaan dimohon oleh peniaga terbabit.

Kes tersebut juga disifatkan sebagai kes terpencil yang jarang sekali berlaku di Pulau Pinang. Bagaimanapun terdapat respon dari netizens yang mempertikaikan tindakan Baljit Singh yang dilihat cuba menyalahkan kerajaan negeri dalam insiden berkenaan.

"Rakyat Jelutong perlu lebih rumah? Apa kaitannya dengan dobi yang jual arak? Kesalahan individu cuba kaitkan dengan kerajaan? Takde otak ke?", kata Ayuni.

"Yang operate mesin tu peniaga, yang jual bir pun peniaga cerdik sikitla nak salahkan DAP", kata Zahrein pula.

"Apesal aku nampak macam dia neh cuba salahkan kerajaan kat sini? Apa hubungkait tu?", kata Mona. 

Selain percubaan untuk mengaitkan kesalahan individu ke atas kerajaan negeri, tindakan Baljit Singh yang membuat post berbayar atas perkara itu juga mengundang persoalan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...