Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Semakan Fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semakan Fakta. Papar semua catatan

Khamis, 24 Januari 2019

Memahami Maksud Sepupu Altantuya Sahkan Melihat Gambar Mendiang Bersama Najib Razak.

SEMAKAN FAKTA | Nampaknya kedua-dua kem pro kerajaan dan pro pembangkang tidak memahami maksud sebenar laporan yang tersiar di portal-portal mengenai kenyataan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg yang dilaporkan telah mengesahkan melihat gambar mendiang bersama Najib Razak dan Razak Baginda.

Penjelasan ini hanya menyentuh mengenai salahfaham yang berlaku berikutan kegagalan sesetengah pihak memahami laporan berita yang tersiar dan tidak berniat untuk menyebelahi sesiapa.

Semalam, ini situasi yang berlaku.

Pro kerajaan : Akhirnya sah, Najib kenal dan pernah jumpa Altantuya, gambar tu dah dibuktikan benar di mahkamah. Najib memang terlibat. Siapa kantoi menipu sekarang.

Pro pembangkang : Mula-mula cakap dah sahkan gambar lepas tu bila ditanya, dalam gambar tu Burmaa Oyunchimeg cakap bukan Altantuya pula, apa bodoh sangat berita neh? Kalau betul ada gambar tunjukla kat semua. Kenapa nak sorok-sorok?

HURAIAN.

1. Pertama sekali, laporan berita perlu dibaca sehingga habis dan dengan pemahaman yang betul.

2. Oleh kerana yang tular semalam ialah laporan dari Malaysiakini, maka petikan tangkaplayar hanya akan menfocuskan Malaysiakini sebagai sumber primer dalam penjelasan ini.

3. Lihat tangkaplayar;



- Burmaa memberitahu kepada mahkamah yang beliau pernah melihat gambar mendiang bersama Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, yakni Najib Razak.

- Burmaa tidak mempunyai gambar itu dalam simpanannya. Jika ada, pasti beliau akan membawa gambar itu bersama dan tunjukkan ke mahkamah.

- Apa yang berlaku ialah Burmaa pernah tengok gambar tu, Altantuya yang tunjukkan padanya, itu yang beliau katakan semalam. Samada kenyataan Burmaa itu fakta atau sebaliknya, itu mahkamah yang akan tentukan.

- Gambar itu dikatakan ditunjukkan kepada Burmaa ketika mendiang dan Burmaa berada di Mongolia. Altantuya memberitahu kepada Burmaa beliau ke Paris dengan Razak Baginda. 

- Dalam gambar itu ada tiga orang keseluruhannya, iaitu Altantuya, dan dua orang lelaki.

- Ketika ditanyakan siapa kedua-dua lelaki tersebut, mendiang menjelaskan seorang lagi ialah ahli perniagaan dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri (dengan menyebut kedua-dua nama mereka), dan Burmaa kemudiannya bertanya adakah kedua-duanya adik beradik kerana memiliki nama yang sama, Altantuya kemudiannya berkata tidak dan memberitahu mereka adalah rakan baik dan bekerja sama-sama. 

4. Lihat tangkaplayar yang seterusnya;




- Dalam keterangan seterusnya, ia merujuk kepada dua gambar yang berbeza.

- Gambar yang dilihat Burmaa tiada dalam mahkamah, ia hanyalah keterangan Burmaa semata-mata sebagai saksi pembelaan.

- Gambar yang lain ditunjukkan kepada Burmaa, gambar tersebut merujuk kepada gambar dibawah ini;


- Gambar di atas ini adalah gambar edit dan disahkan palsu dalam satu perbicaraan mahkamah yang melibatkan Tian Chua.

- Burmaa berkata wanita di dalam gambar itu bukanlah Altantuya.

- Beliau tidak mengatakan gambar yang ditunjukkan kepadanya fake ataupun sebaliknya. Hanya menjelaskan wanita yang berada dalam gambar tersebut, bukanlah Altantuya.

Kesimpulannya, 

- Cerita ini mengenai dua gambar yang berbeza.

- Burmaa tidak menunjukkan gambar yang pernah dilihatnya kepada mahkamah jauh sekali ada mengakui mempunyai gambar tersebut dalam simpanannya.

- Gambar yang dikatakan palsu itu adalah gambar yang pernah tular dahulu, bukanlah gambar yang Burmaa akui pernah melihatnya.

Ulasan.

Pada tahun 2013, kedua-dua suspek utama Azilah dan Sirul pernah dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.


Ia adalah sesuatu yang paling tidak masuk akal sama sekali. Seseorang telah dibunuh dengan kejam, dan suspek utama dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.

Disebabkan ia mencetuskan kemarahan orang ramai, rayuan dibuat sekali lagi dan akhirnya kedua-duanya dihukum gantung sampai mati.


Bagaimanapun Sirul berjaya melarikan diri ke luar negara semasa hukuman dijatuhkan dan Azilah kembali ke penjara semula. Untuk rekod, Sirul kini dalam tahanan pihak kerajaan Australia dan tidak boleh dibawa pulang kerana Australia tidak menyokong ektradisi pesalah yang dihukum gantung sampai mati.

Kes ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi liar. Macam-macam yang orang kata.

Oleh kerana Razak Baginda dikaitkan mempunyai hubungan erat dengan Najib Razak, maka siasatan pembunuhan Altantuya dianggap telah tercemar.

Ia diburukkan dengan dakwaan;

Rekod kemasukan Altantuya yang dipadamkan,
Motif pembunuhan tidak dinyatakan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan baru membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya dengan memastikan siasatan kali ini adalah benar-benar bersih dari tangan-tangan politikus dan campurtangan kerajaan.

Rakyat perlu tahu dari motif pembunuhan kepada apa hubungan sebenar mangsa dengan Razak Baginda dan bagaimana Najib boleh terkait dalam kes tersebut.

Sampai bila kita nak bergantung pada spekulasi-spekulasi sebagai hujah?

Mendiang perlu mendapatkan keadilan yang selayaknya, keluarganya perlu mendapatkan pembelaan yang sewajarnya dan rakyat Malaysia, mereka pun nak tahu apa yang betul dan apa yang tak betul. Rakyat juga perlu dihentikan dari bersembang merapu sepanjang masa. Sampai bila Altantuya ini perlu dijaja sebagai modal politik? Tidakkah 13 tahun sudah lebih dari mencukupi menyeksa (menjual) mangsa yang terkorban itu?

Kesemua pihak yang terlibat dalam kes perbicaraan itu masih hidup, belum terlewat untuk kerajaan menjalankan siasatan semula sekali lagi. Biar kali ini, kita bercakap berdasarkan fakta semata-mata. Kisah pembunuhan ini perlu ada garis penamatnya. - 24 Januari 2019.

Rujukan :  https://www.youtube.com/watch?v=BWMlgmXw3_A

https://www.malaysiakini.com/news/461330

Sabtu, 14 Julai 2018

Ini Bukti Sejak 2015 Prasarana Akui Kos Bina LRT3 Bukanlah Sekadar RM9B Sahaja..

Ini adalah artikel semakan fakta.

Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa Kementerian Kewangan dibawah Menterinya, Lim Guan Eng dengan sengaja menaikkan kos sebenar projek LRT3 daripada RM9b kepada RM31.65b bagi tujuan melakukan propaganda politik.

Lim didakwa sengaja menaikkan kos projek LRT3 dan kemudiannya mengemukakan pelan tindakan bagi mengurangkan kos dan akhirnya disebabkan itu, Lim akan dipuji rakyat kerana berjaya menjimatkan wang negara. 

Demikianlah dakwaan yang dilemparkan ke atas Menteri kewangan oleh segilintir pihak.

Bagaimanapun berdasarkan semakan berita tahun 2015 yang dilaporkan oleh Mstar (The Star edisi bahasa melayu), Prasarana menerusi kenyataan Pengarah Urusannya, Azmi Abdul Aziz dilaporkan pernah berkata kos RM9b yang diumumkan hanyalah merangkumi kos pembinaannya sahaja.


Kos RM9b yang diumumkan tidak termasuk kos pengambilalihan tanah. 

Rujukanhttp://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/12/pembinaan-lrt-3/

Ketika Kementerian Kewangan mengeluarkan dua kenyataan mengenai kos sebenar LRT3, Prasarana kemudiannya dilaporkan memberikan dua respon mengenainya;

Pertama : Prasarana komited semak semula kos LRT3

"Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) komited menyemak semula kos keseluruhan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) seperti diarahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham, berkata pihaknya mengambil maklum kenyataan Guan Eng semalam berhubung peningkatan kos keseluruhan projek LRT3.

"Kita akan berusaha lebih giat untuk mengurangkan lagi kos terbabit.

"Pihak pengurusan Prasarana sudahpun mula mengurangkan kos projek LRT3 sejak Februari lalu dan akan terus bekerjasama erat dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini,"
katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

👉 Yang memberikan bayangan Prasarana mengakui kos yang diumumkan oleh Lim adalah kos bagi keseluruhan projek untuk menyiapkan LRT3 ataupun kita sebut sebagai kos akhir yang merangkumi pembinaan, pengambilalihan tanah, operasi, fi perundingan, faedah pinjaman, pengurusan projek, sistem, aset dan lain-lain berkaitan.


Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447703/prasarana-komited-semak-semula-kos-projek-lrt3

Kedua : Prasarana komited kurangkan kos sejak Feb 2018. 

"Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham, dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung peningkatan kos keseluruhan projek LRT3 dan akan berusaha untuk mengurangkan lagi kos berkenaan".
 👉 Yang memberikan bayangan pendedahan Lim mengenai kos sebenar LRT3 bukanlah rekaan ataupun propaganda politik. Prasarana mengakui, bersetuju dan mengesahkan kenyataan Lim adalah merupakan fakta. Jika ia merupakan propaganda politik, Prasarana sepatutnya menafikan pendedahan Lim. 

Rujukan : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/447813/prasarana-laksana-usaha-pengurangan-kos-lrt-3-sejak-februari

Bagaimanapun semakan fakta bersetuju langkah Lim mengurangkan kos projek dari 31.65b kepada 16.63b bukanlah satu proses penjimatan yang boleh dibanggakan.


Bagi semakan fakta, tindakan Lim itu hanyalah proses 'downgrade' kerana apa yang Lim lakukan ialah menggurangkan jumlah jajaran, jumlah gerabak dan jumlah stesen yang akan dibina, yang secara langsung sudah tentu akan menggurangkan kos memandangkan cadangan projek asal telah 'dipotong'. 

Lim boleh dipuji jika kos sebenar berjaya dikurangkan sebanyak 47% dengan cadangan projek asal diteruskan seperti biasa.

Artikel semakan fakta adalah respon kepada penulisan Khairul Azri yang anda boleh baca dibawah ini;

LRT 3 antara Angka dan Persepsi.

"Kerajaan jimat RM15 Billion atau 47 peratus bagi projek LRT3 selepas kurangkan kos. Kos akhir RM16 Billion" - LGE

Maka macam-macam respon lah yang keluar, ada yang memuji ada yang mencebik.

Den tak nak respon banyak cuma nak senaraikan angka kos LRT3 dan garis masa sejak dari mula sampailah kini.

1. Mei 2016 : Prasarana Umum Projek LRT3.

Kos RM9 Billion, 50 peratus kerja pembinaan untuk bumiputera, LRT 3 akan menghubungkan Bandar Utama-Klang sepanjang 37 kilometer dengan penyediaan 26 ste­sen hentian. Projek pembinaan LRT itu dianggarkan bernilai RM9 bilion dan dijangka siap pada Ogos 2020.

Kesimpulan: Kos RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber : http://www.utusan.com.my/…/lrt-3-50-peratus-kerja-pembinaan…

2. Ogos 2016: Najib Lancarkan Projek LRT3.

Kos RM9 Billion, mula kerja awal 2017, siap 31 Ogos 2020, 26 stesen dan sebuah stesen bawah tanah.

*Fun Fact: Azmin yang ketika itu adalah MB selangor juga telah hadir ketika majlis berkenaan dan Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan*

Kesimpulan : Kos masih lagi RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber: http://www.astroawani.com/beri…/pm-lancar-projek-lrt3-114990

3. April 2017 : Kontrak projek LRT3 dimuktamadkan Julai 2017 - Prasarana

Kos RM9 Billion, dijangka siap juga masih pada Ogos 2020. Pembinaannya masih membabitkan laluan 37 kilometer dengan 26 stesen menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia.

Selain itu, sebanyak 10 stesen LRT akan dilengkapi dengan kemudahan 'park n ride', selain dibantu dengan bas pengantara untuk mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu.

Kesimpulan: Kos kekal RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber : https://www.bharian.com.my/node/275736
 

4. Julai 2017: Kenapa kos LRT P Pinang lebih mahal dari LRT3?

MCA mempersoalkan kos Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas akan menelan belanja sebanyak RM8.4 bilion.

Walhal pada Mei 2016, projek LRT sepanjang 30km itu dilapor bernilai RM7 bilion tetapi kini meningkat sebanyak RM1.4 bilion dalam tempoh setahun.

"Memandangkan projek LRT Pulau Pinang meningkat sepenuhnya, dengan harga RM280 juta setiap kilometer, nampaknya kos ini lebih mahal setiap km berbanding dengan projek LRT3 di Lembah Klang.

"LRT3 adalah 37km panjang tetapi juga termasuk seksyen terowong bawah tanah sepanjang 2km dan stesen bawah tanah. Walaupun demikian, kos LRT3 ialah RM9 bilion atau kira-kira RM243 juta setiap km," kata Datuk Michael Lee Beng Seng.

Kesimpulan: Kos masih lagi RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/389140 

5. 9 Julai 2018: Boleh jimat RM6 bilion, Prasarana punca kos LRT3 melonjak.

Perubahan yang dibuat Prasarana Malaysia Bhd membabitkan laluan sepanjang 37km mengakibatkan kos melambung kepada RM15 bilion dan kalau diambil kira kos PDP akan bertambah lagi kos dalam RM900 juta yang menjadikan kos keseluruhan berjumlah kepada RM16 Billion.

Kos projek yang telah meningkat adalah disebabkan oleh pindaan terhadap reka bentuk LRT asal yang menggabungkan ciri-ciri baru dan usaha peningkatan kapasiti penumpang yang telah dilakukan.

Namun, kos melengkapkan projek sistem transit aliran ringan 3 (LRT3) boleh dikecilkan sehingga RM6 bilion jika kembali mengguna pakai pelan asal.

Pengurangan bilangan stesen, keretaapi dan reka bentuk stesen boleh mengecilkan kos kembali kepada sekitar RM9 bilion iaitu kos asal projek tersebut.

Kesimpulan: Kos dah naik RM16 Billion, masih lagi siap 2020, peningkatan sebab perubahan rekabentuk dan juga pertambahan kapsiti penumpang.

Sumber : https://www.edgeprop.my/…/prasarana-ponders-taking-over-lrt…
https://www.projekmm.com/…/boleh-jimat-rm6-bilion-prasarana…

6. 10 Julai 2018: Kos LRT3 perlu dikurangkan

MOF bagi syarat LRT3 hanya akan diteruskan jika Prasarana dapat mengurangkan kosnya lebih daripada RM6 bilion.

LGE umumkan bahawa pada 30 Mac lalu, Prasarana telah meminta jaminan kerajaan tambahan sebanyak RM22 bilion lagi untuk membiayai pinjaman bagi menyiapkan projek LRT3 ini.

Guan Eng berkata, kos keseluruhan projek itu mencecah RM31.45 bilion akibat kelemahan pengurusan projek oleh Prasarana.

Kesimpulan: Kos bukan lagi RM16 Billion, tapi dah jadi RM31.45 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber : https://www.bharian.com.my/…/447516/kos-projek-lrt3-disemak…
http://temp.malaysiagazette.com/…/kos-lrt3-perlu-dikurangk…/

7. 11 Julai 2018: Putrajaya jimat RM15 bil projek LRT3 selepas kurangkan koc, kecilkan stesen.

Keputusan dicapai dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam, yang menyaksikan jumlah kos asal RM31.65 bilion dikurangkan kepada RM16.63 bilion, pengurangan sebanyak 47%, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Antara perkara yang membantu pengurangan kos termasuk pembinaan stesen yang lebih kecil, dan bilangan koc dikurangkan daripada 42 set tren 6-koc kepada 22 set tren 3-koc.

Di samping itu, pembinaan 5 stesen ditangguhkan, iaitu Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic, sehingga wujud keperluan berdasarkan pertambahan penumpang.

Sebuah terowong bawah tanah sepanjang 2km di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam, juga dibatalkan.

Selain itu langkah lain yang turut diambil adalah dengan melanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari tahun 2020 ke 2024 untuk mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek itu.

Kesimpulan : Kos dah jadi RM16 Billion balik, Koc dikurangkan, stesen dikurangkan, tempoh siap dipanjangkan kepada 2024.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/…/putrajaya-jimat-rm15-bi…/

Persoalan : Perasan tak, hanya dalam masa tiga hari, kos LRT 3 yang asalnya dari 9 billion -> naik 16 billion ->naik 32 billion ->lepastu turun 16 billion balik.

Dan paling best walaupun kos dah kembali jadi RM16 Billion yang mana angka ini adalah angka baru yang disebabkan oleh pindaan terhadap reka bentuk LRT asal yang menggabungkan ciri-ciri baru dan usaha peningkatan kapasiti penumpang..

Last-last rakyat tak dapat pun spec seperti diatas, tapi kita dapat -

Koc kena potong, stesen kena potong, tempoh siap pun delay.. tapi still pada harga RM16 Billion, apakah?

Lagi satu, MOF kata bagus sebab dapat jimatkan kos sehingga RM15 Billion, ni den nak koba sikek, bang kalau kita dapat menjimatkan kos lepas kurangkan spec dan requirement dalam apa-apa projek pun, itu bukan berjimat tu bang, itu namanya..

'Downgrade.'

Sekian.

#malaysiabaru

p/s : Time Value of Money, benda jadi lagi murah ke kalau kita dok tangguh konon-konon nak buat projek ni di masa depan?

Selasa, 2 Januari 2018

Semakan Fakta : Amanat Hadi Dikeluarkan Ketika Tun Hussien Onn Sebagai PM Malaysia, Bukannya Mahathir.

Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed yang dipetik sebagai 
berkata : “Amanat Haji Hadi (Abdul Hadi) dikeluarkan ketika itu sesuai dengan waktunya kerana Umno di bawah kepimpinan Dr Mahathir waktu itu amat teruk, anti-Islam.

Sekarang pendekatan kita berubah terhadap Umno sebab parti itu hari ini tidak macam Umno bawah Dr Mahathir dulu, bila kita beri penerangan hari ini, Alhamdulillah sedikit sebanyak diterima. 

Kalau dulu, asal Islam sahaja ditentang". 

Maksud dari ayat ini memberikan gambaran :

1. Amanat Haji Hadi dikeluarkan ketika UMNO berada di bawah kepimpinan Mahathir.

2. Kepimpinan ketika itu amat teruk dan anti Islam.


Fakta.

1. Teks yang dikenali sebagai “Amanat Hadi Awang 1981" sebenarnya merupakan sedutan ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. 

2. Ketika itu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berusia 34 tahun, dan baru kembali ke Malaysia selepas menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah.

3.“ Teks ucapan Amanat Hadi Awang 1981 itu telah didokumentasikan dan dicetak atas tujuan untuk disebarkan ke merata pelosok negara oleh penyokong PAS. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub.  


4. Menurut Kertas Putih Memali 1986, Amanat Hadi Awang ketika itu telah dicetak dan disebarkan dalam empat versi yang berbeza :

i) Dicetak dalam tulisan jawi oleh Bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk kegunaan bahan kempen pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.

ii) Pernah dicetak dalam tulisan rumi oleh PAS Pusat.

iii) Dicetak dalam tulisan rumi dan jawi oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat.

5. Pada tahun 1984, Amanat Haji hadi telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

6. Pada tahun 2001, satu perjumpaan diadakan di antara Tuan Guru Hadi Awang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila Amanat tersebut sekali lagi ditimbulkan dan menjadi polemik politik ketika itu.

7. Tun Mahathir Mohamed mula menyandang jawatan Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003.

8. Ini bermaksud 3 bulan selepas Tuan Guru Hadi Awang menyampaikan ucapan yang mengandungi Amanat Haji Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

9. Ketika ceramah itu disampaikan, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu ialah Tun Hussien Onn - Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga bapa kepada Menteri Pertahanan Malaysia kini, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn.

10. Namun pentadbiran negara sememangnya berada dibawah penguasaan UMNO Barisan Nasional.

11. Mahathir ketika itu menjawat jawatan :

Timbalan Perdana Menteri - 15 September 1978 - 16 Julai 1981.

Menteri Perdagangan & Industri (MiTi) - 1 Januari 1978 - 16 Julai 1981.


Semakan fakta mendapati kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed terdapat sedikit kesilapan yang mana ketika Amanat Hadi dikeluarkan, negara ketika itu berada dibawah kepimpinan Tun Hussien Onn.

Bagaimanapun Semakan Fakta tidak menafikan perubahan corak pentadbiran negara dengan perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat selepas itu memungkinkan menyemarakkan lagi penyebaran Amanat Hadi itu.

Sekian.

Rujukan kami : 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

https://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/316393/nafi-amanat-haji-hadi-punca-peristiwa-memali

https://www.youtube.com/watch?v=oMNuv2_YYzY

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121224/re_04/Kenapa-Amanat-Hadi-Awang-1981-salah

Isnin, 17 April 2017

Semakan fakta - Pilih PAS Atau UMNO, Transkrip Lengkap Wawancara Hadi Bersama Utusan.

Semakan fakta bagi episode kali ini adalah berkenaan laporan kontroversi dari portal The Malay Mail yang dikatakan telah menfitnah presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang yang kononnya menyeru pengundi melayu memilih antara UMNO ataupun PAS.

Rakan-rakan yang menyokong PAS telah menyebarkan kenyataan dibawah ini bagi mengkritik laporan portal itu.


Semakan fakta kemudiannya membaca laporan penuh dari portal yang dikatakan cuba menimbulkan persepsi itu.

Berikut dibawah ialah kandungan yang menjadi tajuk utama bagi berita berkenaan.


Pihak kami mendapati The Malay Mail melaporkan kenyataan Hadi adalah berdasarkan kepada laporan yang tersiar di Mingguan Malaysia. Tiada manipulasi atau elemen menyebarkan fitnah. Jadi Semakan Fakta tidak bersetuju dengan kenyataan bahawanya The Malay Mail telah menyebarkan fitnah atau cuba menerapkan persepsi negatif dalam laporan tersebut.

Apa sebenarnya yang perlu difahami?

Hadi ditanyakan tentang peranan PPBM yang dikatakan memecahkan lagi kuasa politik orang melayu dan apakah pandangan Tuan Guru berhubung hal tersebut yang mana dijawab Hadi, mana-mana parti yang mahu mentadbir perlu memilih antara PAS dan UMNO kerana kuasa politik orang melayu hanya ada pada PAS dan UMNO dan jika mahu bekerjasama dengan PAS, maka perlu pilih Islam. 

Bukannya meminta pengundi memilih di antara PAS atau UMNO sebaliknya meminta parti PPBM (atau mana-mana parti lain) memilih untuk bekerjasama dengan PAS ataupun UMNO bagi menjamin kestabilan kuasa politik orang melayu. Berikut dibawah ialah transkrip lengkap wawancara Hadi bersama Mingguan Malaysia seperti yang tersiar pada semalam untuk pembaca nilaikan sendiri.

Harus diingat, Semakan Fakta bukan bertujuan untuk membela mana-mana pihak sebaliknya rakyat perlu tahu dan berhak tahu tentang kesahihan serta kebenaran satu-satu isu yang tular di laman sosial. 

Satu lagi, Semakan Fakta mendapati tiada laporan Harakah seperti yang ditularkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp. Samada ia dipadamkan atau sememangnya laporan itu direka-reka.

KEMENANGAN SEBAGAI PRESIDEN PAS

MINGGUAN : Tahniah Datuk Seri atas kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas. Apakah komen Datuk Seri berhubung kemenangan ini? 

ABDUL HADI : Ini suara ahli Pas, sebelum ini saya telah maklumkan, saya serahkan kepada ahli Pas untuk menentukan kedudukan saya dan kepemimpinan Pas. Dengan kepercayaan ini, saya dengan penuh tanggungjawab akan menunaikan amanah ini sebaik-baiknya, insya-Allah. 

Ramai pihak berpendapat kemenangan ini menunjukkan pemimpin dan ahli Pas tidak terpengaruh dengan pelbagai asakan yang dilihat bertujuan menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Presiden, apa pandangan Datuk Seri? 

ABDUL HADI : Kita ahli-ahli Pas dididik supaya menyertai Pas kerana dasar Islam yang diperjuangkan. Maka ahli Pas memilih pimpinan yang boleh membawa dasar Islam, tegas mempertahankan Islam dan tak terpengaruh dengan suara luar Pas. Mereka yang cuba ingin mengubah hala tuju perjuangan Pas akan ditolak oleh ahli Pas. Sejarah telah membuktikan. 

Adakah Datuk Seri terganggu dengan kenyataan bahawa kepemimpinan Datuk Seri kurang berkarisma berbanding Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat? 

ABDUL HADI : Kepemimpinan terdahulu telah berjuang sehingga ke akhir hayat mereka bersama dengan Pas kerana mereka meyakini Pas adalah sebuah gerakah Islam, dan mereka bekerja keras dengan kelebihan tersendiri. Saya hanya menyambung perjuangan Islam yang pernah didokong oleh mereka yang telah lalu. 

Muktamar kali ini dianggap muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan, apakah yang Datuk Seri harapkan daripada perwakilan? 

ABDUL HADI : Saya mengharapkan jentera Pas bekerja keras, setiap cawangan, kawasan dan negeri berada pada tahap bersedia dengan sebarang kemungkinan. Patuh dan taat kepada arahan pimpinan. Dekati rakyat, tidak ada jalan lain untuk selamatkan negara ini dengan kita kembali kepada bahtera Islam. 

Pada tahun lalu, ucapan dasar Datuk Seri berkisar soal mewujudkan budaya politik matang, tahun ini apakah pula mesej yang ingin Datuk Seri sampaikan kepada perwakilan? 

ABDUL HADI : Mesej kali ini kita mahu sampaikan kepada perwakilan dan rakyat, kita mahu selamatkan negara dengan Islam. Ini kerana, selepas terbuktinya kegagalan agama dan ideologi lain dalam menyelesaikan masalah ekonomi, politik dan moral, kini sudah tiba masanya Islam diberi peluang untuk menyelesaikan masalah negara. Kita mahu tukar sistem yang sedia ada dengan sistem Islam, tidak cukup sekadar tukar individu semata-mata. 

Budaya politik matang yang Datuk Seri kemukakan dilihat sesetengah pihak hanya merugikan perjalanan politik Pas kerana berpandangan ia akan menjejaskan usaha Pas untuk menggantikan UMNO, apa pendapat Datuk Seri?

ABDUL HADI : Mesej Pas adalah menyelamatkan manusia bersama Islam, maka konsep Dakwah Bil Hikmah yang mengutamakan damai atau disebut Muwajahah Silmiyyah hendaklah diutamakan.Nabi Muhammad SAW sudah bagi panduan untuk memerintah negara. Apabila Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan ketua-ketua kaum menerima Islam, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing. Namun kalau ada yang menolak, maka diturunkan daripada jawatannya dan digantikan dengan mereka yang beriman dan bertakwa bersama Islam. 

HUBUNGAN DENGAN PKR DAN PAKATAN HARAPAN 

Datuk Seri sudah membuat keputusan bahawa Pas tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan kerana tidak mahu menjalin hubungan dengan DAP dan PAN, tetapi ramai yang tertanya-tanya soal hubungan Pas dengan PKR kerana PKR juga adalah komponen dalam Pakatan Harapan? 

ABDUL HADI : Tunggu Muktamar Pas Ke-63 nanti. Ketika ini desakan di peringkat kawasan semakin ketara menggesa Pas supaya memutuskan hubungan dengan PKR, pada pandangan Datuk Seri kenapakah desakan itu wujud? ABDUL HADI: Kita pimpinan Pusat akan dengar dulu pandangan ahli, dan kita akan bawa suara mereka untuk dibincangkan di peringkat kepemimpinan parti. 

Ramai meramalkan Pas akan kalah teruk jika bertanding sendirian dalam PRU-14 nanti. Ini berikutan perpecahan yang berlaku dalam Pas sehingga tertubuhnya PAN, adakah Datuk Seri tidak bimbang dengan pandangan ini? 

ABDUL HADI : Keahlian Pas meningkat setiap bulan, Pas semakin kuat. Pimpinan dan ahli bersatu dan jelas matlamat yang hendak dibawa. Kita ada kekuatan akar umbi yang tidak dimiliki oleh parti pembangkang yang lain. Kita ada strategi tersendiri. Kita yakin masa depan cerah untuk Pas dalam PRU-14. Apa yang nyata ialah dalaman Pas semakin kuat dengan gerombolan kemasukan semua kalangan termasuk profesional dan agamawan, rakyat dan sebagainya ke dalam Pas. Pas tidak berpecah daripada muktamar lalu, apa yang berlaku ialah ada pihak yang kecewa dan mereka ini memisahkan diri daripada Pas kerana gagal mengubah dasar dan kaedah mengikut selera mereka. Apa yang berlaku ialah dasar perjuangan Pas yang tetap kekal hingga kini. 

PAN cuba meraih undi dengan terus memperalatkan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz dan DAP pula membandingkan Allahyarham dengan kepemimpinan Datuk Seri, persoalannya kenapakah mereka berbuat demikian?

ABDUL HADI : Sekiranya sesuatu pihak itu kuat dan mampu berdikari, tentunya mereka tidak akan mempergunakan tokoh yang tetap istiqamah bersama Pas hingga akhir hayatnya. Nampaknya mereka tak boleh berdiri atas kaki sendiri sehingga terpaksa menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk menghalalkan tindakan mereka. Apatah lagi kita melihat mereka telah menjadi jurucakap kepada pihak yang keras dan kasar terhadap pelaksanaan syiar Islam dalam negara ini. Lihat dan telitilah balik kenyataan Allahyarham Nik Aziz yang keras terhadap DAP apabila mereka menentang apa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Hakikatnya ialah Allahyarhamlah yang memberikan sokongan dan dokongan yang kuat kepada saya semasa saya menjadi Presiden Pas selama ini. 

DAP nampaknya terus melakukan serangan ke atas Pas, pada pandangan Datuk Seri kenapakah mereka berterusan berbuat demikian sedangkan Pas bukan lagi berada dalam pakatan pembangkang dan tidak juga menjadi sekutu UMNO? 

ABDUL HADI : Kerana Pas tidak berkompromi soal kepentingan Islam. DAP sedar Pas menjadi penghalang utama kerakusan mereka yang mahu memerintah Malaysia atau mahu suara mereka kuat dan mampu menundukkan pihak lain. Ini bukti Pas tak pernah tunduk kepada sesiapa, sama ada DAP atau UMNO. Pas ada jati diri Islam. 

Apakah pandangan Datuk Seri mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?  

ABDUL HADI : Kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan UMNO. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau UMNO. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam

RANG UNDANG-UNDANG 355 

Apakah perasaan Datuk Seri sebagai Presiden Pas apabila impian untuk membentangkan Rang Undang-Undang 355 akhirnya tercapai? 

ABDUL HADI : Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan usaha sedikit ini untuk mengusahakan cadangan memperkasa beberapa aspek perundangan untuk Mahkamah Syariah di negara kita. Saya ucap terima kasih kepada kerajaan yang memberi laluan, kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, kakitangan kerajaan, para peguam, ahli akademik dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus berusaha dan mendoakan usaha murni ini. Ia adalah usaha bersama semua pihak yang cintakan agama dan penghayatan agama dalam kehidupan mereka. 

Walaupun pelbagai penjelasan diberikan termasuklah menegaskan berkali-kali bahawa RUU355 itu bukan hukum hudud dan khususnya untuk orang Islam, tetapi DAP, PKR dan PAN tetap menentangnya, apa komen Datuk Seri? 

ABDUL HADI : Sudah berkali-kali saya menjelaskan dalam ucapan dan penulisan saya bahawa cadangan pindaan ini tiada kaitan dengan hudud, tetapi nampaknya ada lagi individu dan parti-parti politik tertentu dalam negara ini yang tidak cuba memahami, atau buat-buat tak faham, atau sengaja tidak mahu faham. Sepatutnya baca dan lihatlah dengan mata hati yang murni dan tenang. Kita mendapat maklumat, mereka takut sekiranya syariat Islam diperkasakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan ini. 

Satu lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Pas ialah langkah kerajaan membenarkan Datuk Seri membentangkan Rang Undang-undang ini hanya akan memecah belahkan orang Islam, apa pendapat Datuk Seri? 

ABDUL HADI : Orang Islam akan bersatu dengan berpegang kepada ajaran Islam, orang Islam akan berpecah apabila meninggalkan Islam. Kita lihat melalui RUU355 berlakunya kesatuan umat Islam, orang Pas sokong, orang UMNO sokong, NGO-NGO Islam pun sokong. Kita juga dapati rakyat yang cintakan agama berterusan menyokongnya. 

Sejauh manakah hubungan Pas dengan UMNO memandangkan walaupun pihak kerajaan tidak membentang Rang Undang-undang tetapi laluan tetap diberikan kepada Datuk Seri untuk membentangkannya dan ada yang melihat Pas dan UMNO mempunyai pakatan sulit. Adakah pandangan ini benar? 

ABDUL HADI : Kerjasama Pas dengan UMNO atas dasar ta’awun, bekerjasama dalam perkara kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara kejahatan. Pas bersama UMNO dalam isu RUU355, Rohingya tetapi Pas menentang UMNO dalam isu TPPA, GST dan Akta 164. Ini kematangan Pas dalam berpolitik. Kita bukan berperang 24 jam, ada masa kita bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat. Kita ingin menawarkan politik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat kerana politiking melampau dan adu domba tidak ada kebaikan untuk negara. Kita ingin membawa rakyat keluar daripada masalah, bukannya memberi masalah baharu kepada rakyat. 

Apakah mesej yang Datuk Seri ingin sampaikan kepada seluruh ahli Pas dalam berhadapan dengan cabaran politik masa kini? 

ABDUL HADI : Istiqamah bersama Islam, sejahterakan negara dengan Islam.

Sabtu, 15 April 2017

Semakan Fakta - Ya Atau Tidak Rafizi Cadangkan Harga Minyak Disemak Mingguan Kemudiannya Uturn.

Semakan fakta kali ini adalah tentang isu Rafizi yang dikatakan UTURN selepas mencadangkan kepada kerajaan agar melakukan semakan harga minyak secara mingguan supaya tidak membebankan pengguna. Selepas mencadangkan perkara itu dan kerajaan melaksanakan ia, Rafizi sekali lagi mengkritik kerajaan kerana melakukan semakan harga minyak secara mingguan.

Benarkah dakwaan ini yang tersebar dalam bentuk poster dan komen terutamanya dikalangan yang menyokong parti kerajaan?

Mari kita lakukan semakan fakta tentang hal ini.

Pada Januari 2, tahun 2015 Rafizi ada mencadangkan semakan harga minyak dilakukan secara mingguan disebabkan dua faktor utama iaitu;

1. Harga minyak jatuh setiap hari, oleh itu ia menyebabkan rakyat perlu membayar lebih jika harga ditetapkan secara bulanan.

2. Apabila rakyat membayar lebih, maka setiap sen lebihan dikutip sebagai cukai.

Kenyataan itu boleh dilihat dibawah ini;


(rujukan kami)
 
Kemudiannya bermula pertengahan Mac lepas, kerajaan telah menetapkan harga minyak secara mingguan. Kerajaan juga mengumumkan akan menetapkan harga siling bagi minyak namun ia masih lagi belum diumumkan.

Untuk rekod, sebelum subsidi minyak dimahsuhkan sepenuhnya, Najib berkata kerajaan akan memperkenalkan satu mekanisme baru agar subsidi minyak hanya sampai kepada golongan yang benar-benar perlu namun perkara itu masih belum dilaksanakan walaupun kenyataan itu dikeluarkan pada akhir tahun 2014.

Selepas kerajaan memutuskan untuk membuat semakan harga minyak secara mingguan, Rafizi sekali lagi tampil mengkritik tindakan tersebut. Berikut dibawah adalah point-point Rafizi terhadap tindakan kerajaan;


(rujukan kami)

Semakan fakta mendapati;

1. Pada awal cadangan Rafizi tentang harga minyak disemak setiap minggu adalah kerana ketika itu harga minyak menurun dengan kerap; ia bagi menghalang kerajaan mengutip lebihan sen sebagai cukai.

2. Rafizi tidak menyebut sama sekali = tertakluk kepada pengembalian subsidi.

3. Rafizi hanya menyebut; ia akan membebankan pengguna dan kerajaan pula mendapat manfaat dengan mengenakan cukai secara tersembunyi.

4. Bagaimanapun setelah dikritik, Rafizi menegaskan cadangan beliau yang terdahulu tertakluk kepada pengembalian subsidi minyak; yang mana kami membaca dan meneliti satu per satu kandungan kenyataan tersebut dan pihak kami mendapati tiada satu pun ayat 'tertakluk kepada pengembalian subsidi minyak' disitu.

5. Ya, pihak kami beranggapan Rafizi bersikap seperti "uturn" namun dalam masa yang sama, cadangan terbaru Rafizi adalah baik untuk kebaikan rakyat. Rafizi tidak uturn dalam pendiriannya bahawa harga minyak patut disemak setiap minggu sebaliknya Rafizi menambahbaik cadangan lama kepada satu mekanisme penetapan harga minyak yang lebih menyeluruh; dimana rakyat tidak dibebankan samada harga minyak naik atau ketika harga minyak turun.

6. Harga siling = ialah satu had harga yang ditetapkan. Jika harga minyak mencapai harga siling yang telah ditetapkan terlebih awal, kerajaan hanya perlu menjual harga minyak pada harga siling tersebut dan menyerap lebihan kos dengan menanggungnya sebagai subsidi. Mekanisme ini baik jika harga minyak menjadi terlalu mahal dan diluar kemampuan pengguna.

7. Harga disemak secara mingguan = ialah harga minyak yang disemak dan dikemaskini secara mingguan. Mekanisme ini sangat tepat apabila harga minyak jatuh setiap hari atau jatuh terlalu kerap. Maka kerajaan tiada peluang atau kurangnya peluang untuk menyerap lebihan sen sebagai cukai.

Diharapkan kerajaan memperkenalkan harga siling minyak dan mengembalikan subsidi jika harga minyak melebihi dari harga siling yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Semakan fakta ini bukan bertujuan untuk melawan atau mengampu mana-mana individu/pihak yang dinamakan dalam artikel ini sebaliknya hanya mahu menegaskan bahawa rakyat Malaysia berhak mendapatkan fakta sebenar. 

Terima kasih.

Isnin, 6 Februari 2017

Ya Atau Tidak Kerajaan Negeri Pulau Pinang Masuk Campur Urusan Fatwa? Nah, Lihat Hujah Ini Dan Nilaikan Sendiri.

Artikel ini bertujuan untuk menyemak fakta yang menjadi pertikaian di antara kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Harapan dengan PAS selaku pembangkang negeri iaitu benarkah kerajaan (DAP) campur-tangan dalam soal fatwa di Pulau Pinang?.

Sebelum ini Afnan Hamimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendakwa wujudnya campurtangan kerajaan negeri dalam persoalan fatwa negeri.





Bagaimanapun DAP menafikan dakwaan tersebut. Sejurus laporan penafian itu tersebar, sekali lagi Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden mempertahankan dakwaan.

"Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sehingga Disember 2015, saya menegaskan dakwaan wujudnya campur tangan politik terhadap proses fatwa adalah benar dan bukan fitnah yang direka".


Namun, kerajaan negeri sekali lagi bertindak menafikan tuduhan. Mereka mengatakan dakwaan tersebut tidak benar dan PAS perlu sertakan bukti di atas tuduhan tersebut.

Tidak, kami tidak pernah campur tangan soal fatwa kata DAP.



(RoketKini)

PAS tidak berdiam diri. Mereka kemukakan bukti tatacara fatwa yang sepatutnya dan bagaimana kerajaan negeri dikatakan telah campurtangan dalam urusan fatwa.

Tatacara pengrekodkan fatwa.



Apabila terpaksa 'sembahkan' kepada mesyuarat exco sebelum boleh digazetkan, itu bermaksud campurtangan kata PAS. Sedangkan tatacara asal tidak memerlukan mufti untuk berbuat demikian. Menggunakan hujah yang disahkan sendiri oleh Mufti Pulau Pinang.



(sumber)

Sebelum ini mufti Pulau Pinang menafikan wujudkan fatwa-beku dan campurtangan kerajaan dalam proses pelaksanaan fatwa negeri.

"Fatwa yang dikemukakan ke mesyuarat EXCO untuk makluman sahaja bukan untuk dibahaskan" - Wan Salim, Mufti Pulau Pinang. 



(Sumber)

Pengakuan dari bekas mufti Pulau Pinang mengesahkan campurtangan itu wujud dan menjadi faktor kenapa kontraknya sebagai mufti tidak disambung selepas tamat pada 2014. 

Ini kerana bekas mufti, Datuk Seri Hassan Ahmad mendakwa pernah menghantar surat untuk menegur kerajaan negeri bahawanya pemakluman fatwa ke mesyuarat EXCO adalah tidak perlu kerana selaras dengan peraturan sedia ada iaitu usul berkaitan fatwa boleh dibawa terus kepada Agong bagi tujuan pelaksanaan.



Laporan itu turut menyebut, tindakan kerajaan negeri mengubah sedikit pelaksanaan fatwa adalah disebabkan isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian yang pernah menjadi polemik negara suatu masa dahulu. 

Dalam isu berkenaan, bekas mufti berpendapat seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang termasuk Lim Guan Eng perlu mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian.



(Sumber)

Namun sekali lagi, tuduhan oleh PAS dinafikan oleh kerajaan negeri. Menurut Datuk Abdul Malik Kassim, selepas fatwa pengharaman penggunaan Kalimah Allah oleh bukan-muslim diwartakan di Pulau Pinang, jawatan Mufti telah disambung-khidmat setiap tahun sehingga Jun 2014. Pengwartaan pengharaman berlaku pada tahun 2012 (sila rujuk link berita yang telah diberikan di atas).

MENJAWAB FITNAH OLEH KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG, AFNAN HAMIMI BAHAWA KETUA MENTERI LIM GUAN ENG ARAH TUKAR MUFTI PULAU PINANG. 
 .
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menyambung kontrak bekas Mufti Dato’ Seri Hassan Ahmad kerana isu fatwa kalimah Allah, selain kononnya kerana membantah arahan Ketua Menteri bahawa semua fatwa perlu dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). 
 .
Tuduhan itu fitnah dan berniat jahat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Sebagai seorang yang memahami ajaran Islam dan hukum-hakam, beliau sepatutnya memahami dosa fitnah. 
.
Fatwa kalimah Allah bersama 39 kalimah suci Islam yang lain, diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 29 April 2010, sewaktu Dato’ Seri Hassan sebagai Mufti Pulau Pinang. 
 .
Dato’ Dr.Wan Salim mengambilalih jawatan Mufti daripada Dato’ Seri Hassan, pada 7 Jun 2014, iaitu selepas 4 tahun pewartaan kalimah Allah oleh Kerajaan Negeri. Dalam tempoh empat tahun, Dato’ Seri Hassan disambung kontraknya pada setiap tahun iaitu sebanyak 4 kali. 
.
Sebenarnya kebanyakan urusan untuk memartabatkan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang, saya mendapat nasihat terus daripada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal perlantikan Mufti, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Ahli Majlis MAINPP disyorkan dan diluluskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada sebarang campurtangan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
.
Sepertimana dijelaskan oleh Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebelum ini, bahawa Exco dan kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau menghalang sebarang pewartaan fatwa. 
 .
Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik yang tidak berasas ini. 
.
Sebagai seorang bergelar ustaz, Afnan tidak sewajarnya membuat tuduhan semberono terhadap kerajaan negeri. Meskipun tohmahan itu ditujukan kepada pemimpin bukan Islam. Allah melarangnya.
.
Islam Rahmatun Lil Alamin, 
Islam Rahmat Seluruh Alam, 
Islam Rahmat Untuk Semua.
KENYATAAN MEDIA
YB Dato’ Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama, P.Pinang
4 Februari 2017

Semakan kami.

Ya atau tidak, kerajaan negeri masuk campur dalam urusan pelaksanaan fatwa di negeri Pulau Pinang - tiada bukti yang mengesahkan dakwaan PAS. Apa yang ada hanyalah DAP menambah (ubah-suai) tata-kerja pelaksanaan fatwa dengan mahu semua jenis usul dimaklumkan ke mesyuarat EXCO terlebih dahulu.

Tiada bukti sehingga ke hari ini, kerajaan negeri TELAH menghalang mana-mana fatwa dari dilaksanakan di Pulau Pinang.

Pemakluman ke mesyuarat EXCO boleh dibaca seperti sedang campur-tangan tetapi juga boleh dianggap sebagai tujuan makluman, pemberitahuan, sebagai langkah persediaan - tidak la kerajaan negeri terpinga-pinga. 

Kami tidak pasti kenapa penambahan itu wujud namun selagi tiada bukti kerajaan negeri telah menghalang mana-mana fatwa dari diwartakan di Pulau Pinang, maka tuduhan kerajaan negeri campur-tangan dalam soal pelaksanaan fatwa di Pulau Pinang adalah tidak berasas. 

Kami akan menunggu bukti selanjutnya dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang dan bersedia mengubah analisis ini andai ada bukti yang menyokong dakwaan itu.

PAS mahu saman atas alasan kerajaan negeri tidak menjawab - tetapi semakan kami di beberapa portal berita, kerajaan negeri telah menjawab dakwaan terutamanya oleh Datuk Abdul Malik Kassim.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...