Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Januari 2019

Memahami Maksud Sepupu Altantuya Sahkan Melihat Gambar Mendiang Bersama Najib Razak.

SEMAKAN FAKTA | Nampaknya kedua-dua kem pro kerajaan dan pro pembangkang tidak memahami maksud sebenar laporan yang tersiar di portal-portal mengenai kenyataan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg yang dilaporkan telah mengesahkan melihat gambar mendiang bersama Najib Razak dan Razak Baginda.

Penjelasan ini hanya menyentuh mengenai salahfaham yang berlaku berikutan kegagalan sesetengah pihak memahami laporan berita yang tersiar dan tidak berniat untuk menyebelahi sesiapa.

Semalam, ini situasi yang berlaku.

Pro kerajaan : Akhirnya sah, Najib kenal dan pernah jumpa Altantuya, gambar tu dah dibuktikan benar di mahkamah. Najib memang terlibat. Siapa kantoi menipu sekarang.

Pro pembangkang : Mula-mula cakap dah sahkan gambar lepas tu bila ditanya, dalam gambar tu Burmaa Oyunchimeg cakap bukan Altantuya pula, apa bodoh sangat berita neh? Kalau betul ada gambar tunjukla kat semua. Kenapa nak sorok-sorok?

HURAIAN.

1. Pertama sekali, laporan berita perlu dibaca sehingga habis dan dengan pemahaman yang betul.

2. Oleh kerana yang tular semalam ialah laporan dari Malaysiakini, maka petikan tangkaplayar hanya akan menfocuskan Malaysiakini sebagai sumber primer dalam penjelasan ini.

3. Lihat tangkaplayar;



- Burmaa memberitahu kepada mahkamah yang beliau pernah melihat gambar mendiang bersama Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, yakni Najib Razak.

- Burmaa tidak mempunyai gambar itu dalam simpanannya. Jika ada, pasti beliau akan membawa gambar itu bersama dan tunjukkan ke mahkamah.

- Apa yang berlaku ialah Burmaa pernah tengok gambar tu, Altantuya yang tunjukkan padanya, itu yang beliau katakan semalam. Samada kenyataan Burmaa itu fakta atau sebaliknya, itu mahkamah yang akan tentukan.

- Gambar itu dikatakan ditunjukkan kepada Burmaa ketika mendiang dan Burmaa berada di Mongolia. Altantuya memberitahu kepada Burmaa beliau ke Paris dengan Razak Baginda. 

- Dalam gambar itu ada tiga orang keseluruhannya, iaitu Altantuya, dan dua orang lelaki.

- Ketika ditanyakan siapa kedua-dua lelaki tersebut, mendiang menjelaskan seorang lagi ialah ahli perniagaan dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri (dengan menyebut kedua-dua nama mereka), dan Burmaa kemudiannya bertanya adakah kedua-duanya adik beradik kerana memiliki nama yang sama, Altantuya kemudiannya berkata tidak dan memberitahu mereka adalah rakan baik dan bekerja sama-sama. 

4. Lihat tangkaplayar yang seterusnya;




- Dalam keterangan seterusnya, ia merujuk kepada dua gambar yang berbeza.

- Gambar yang dilihat Burmaa tiada dalam mahkamah, ia hanyalah keterangan Burmaa semata-mata sebagai saksi pembelaan.

- Gambar yang lain ditunjukkan kepada Burmaa, gambar tersebut merujuk kepada gambar dibawah ini;


- Gambar di atas ini adalah gambar edit dan disahkan palsu dalam satu perbicaraan mahkamah yang melibatkan Tian Chua.

- Burmaa berkata wanita di dalam gambar itu bukanlah Altantuya.

- Beliau tidak mengatakan gambar yang ditunjukkan kepadanya fake ataupun sebaliknya. Hanya menjelaskan wanita yang berada dalam gambar tersebut, bukanlah Altantuya.

Kesimpulannya, 

- Cerita ini mengenai dua gambar yang berbeza.

- Burmaa tidak menunjukkan gambar yang pernah dilihatnya kepada mahkamah jauh sekali ada mengakui mempunyai gambar tersebut dalam simpanannya.

- Gambar yang dikatakan palsu itu adalah gambar yang pernah tular dahulu, bukanlah gambar yang Burmaa akui pernah melihatnya.

Ulasan.

Pada tahun 2013, kedua-dua suspek utama Azilah dan Sirul pernah dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.


Ia adalah sesuatu yang paling tidak masuk akal sama sekali. Seseorang telah dibunuh dengan kejam, dan suspek utama dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.

Disebabkan ia mencetuskan kemarahan orang ramai, rayuan dibuat sekali lagi dan akhirnya kedua-duanya dihukum gantung sampai mati.


Bagaimanapun Sirul berjaya melarikan diri ke luar negara semasa hukuman dijatuhkan dan Azilah kembali ke penjara semula. Untuk rekod, Sirul kini dalam tahanan pihak kerajaan Australia dan tidak boleh dibawa pulang kerana Australia tidak menyokong ektradisi pesalah yang dihukum gantung sampai mati.

Kes ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi liar. Macam-macam yang orang kata.

Oleh kerana Razak Baginda dikaitkan mempunyai hubungan erat dengan Najib Razak, maka siasatan pembunuhan Altantuya dianggap telah tercemar.

Ia diburukkan dengan dakwaan;

Rekod kemasukan Altantuya yang dipadamkan,
Motif pembunuhan tidak dinyatakan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan baru membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya dengan memastikan siasatan kali ini adalah benar-benar bersih dari tangan-tangan politikus dan campurtangan kerajaan.

Rakyat perlu tahu dari motif pembunuhan kepada apa hubungan sebenar mangsa dengan Razak Baginda dan bagaimana Najib boleh terkait dalam kes tersebut.

Sampai bila kita nak bergantung pada spekulasi-spekulasi sebagai hujah?

Mendiang perlu mendapatkan keadilan yang selayaknya, keluarganya perlu mendapatkan pembelaan yang sewajarnya dan rakyat Malaysia, mereka pun nak tahu apa yang betul dan apa yang tak betul. Rakyat juga perlu dihentikan dari bersembang merapu sepanjang masa. Sampai bila Altantuya ini perlu dijaja sebagai modal politik? Tidakkah 13 tahun sudah lebih dari mencukupi menyeksa (menjual) mangsa yang terkorban itu?

Kesemua pihak yang terlibat dalam kes perbicaraan itu masih hidup, belum terlewat untuk kerajaan menjalankan siasatan semula sekali lagi. Biar kali ini, kita bercakap berdasarkan fakta semata-mata. Kisah pembunuhan ini perlu ada garis penamatnya. - 24 Januari 2019.

Rujukan :  https://www.youtube.com/watch?v=BWMlgmXw3_A

https://www.malaysiakini.com/news/461330

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...