Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Januari 2019

Propaganda Guan Eng Mengenai Defisit Pahang Terbongkar.

ABDUL RAHIM HILMI | DEFISIT : BIDASAN KE ATAS MENTERI KEWANGAN

Tengah hari semalam (22 Januari 2019), Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menyerang kedudukan kewangan Negeri Pahang di ambang PRK Cameron Highlands.[1] Secara prinsipnya, tindakan menggunakan medium suara kementerian bagi tujuan politik adalah sesuatu yang tidak dialu alukan di negara ini.


Pertama sekali yang perlu difahami, konsep belanjawan defisit ini tidak boleh dipandang dari sudut negatif semata mata. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Prof Jomo Kwame Sundaram pernah menulis bahawa dalam keadaan meleset, kerajaan mesti berani menggunakan rizab tunai yang ada bagi meransang ekonomi melalui bajet defisit. Kerajaan tidak boleh terlalu terikat untuk mencapai bajet berimbang sahaja.

Kedua, hujah Kementerian Kewangan adalah sangat simplistik apabila mengatakan kerajaan Pahang tidak mampu membangunkan negeri kerana mengalami defisit terkumpul negatif RM228.37 juta bagi tempoh 4 tahun (2014 - 2017).[2]

Apakah YB Menteri tidak tahu bahawa defisit belanjawan Pulau Pinang bagi tahun 2019 sahaja adalah sebanyak RM 352.8 juta sementara defisit bagi tahun 2018 pula ketika YB masih bergelar Ketua Menteri adalah sebanyak RM 748.5 juta?[3]

Jumlah defisit terkumpul selama 2 tahun ini adalah kira kira 5 kali ganda daripada defisit terkumpul Pahang dalam tempoh 4 tahun.

Begitu juga dengan negeri Selangor. Bajet negeri Selangor pada 2019 dijangka mengalami defisit sebanyak RM360 juta [4] sementara defisit bagi tahun 2018 pula adalah sekitar RM820 juta. [5]

Bila Selangor dan Pulau Pinang nak bangkrap? Bagaimana Selangor dan Pulau Pinang nak membangunkan negeri kalau jumlah defisit bagi 2 tahun terakhir ini melebihi RM1 bilion?

Bagaimana?

Melalui kerajaan Persekutuan lah YB. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab dari segi perlembagaan untuk sama sama membangunkan negeri negeri sebagai ganti pemerolehan persekutuan dari segi pungutan cukai daripada rakyat di negeri tersebut.

Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab penuh daripada segi perlembagaan dalam apa apa isu melibatkan perdagangan, industri, kewangan, pengangkutan, perkapalan, kebajikan orang asli dan kerjaraya persekutuan / tenaga. Disamping itu kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab bersama dengan kerajaan negeri apabila terdapat isu melibatkan perancangan bandar / desa, pengaliran/ pengairan dan pemulihan tanah lombong.

Dan berbanding dengan negeri negeri lain, Pahang telah berjaya mencatatkan bajet surplus (lebihan) bagi tempoh dua tahun berturut turut. Iaitu RM600 ribu untuk tahun 2018 [6] dan RM24.38 juta bagi tahun 2019 [7].

Kerajaan Persekutuan bagaimana pula? Berapa defisit bajet Persekutuan untuk tahun 2019 sahaja?

Ya RM52.7 bilion.[8]

Rujukan:

[1] Siaran media Kementerian Kewangan, 22 Januari 2019

[2] https://www.freemalaysiatoday.com/…/guan-eng-serang-rekod-…/

[3] https://www.bharian.com.my/…/pulau-pinang-bentang-belanjawa…

[4] http://www.astroawani.com/…/peruntukan-rm2-56-bilion-untuk-…

[5] https://www.freemalaysiatoday.com/…/azmin-umum-belanjawan-…/

[6] https://www.nst.com.my/node/305749/amp

[7] http://m.utusan.com.my/…/pahang-umum-belanjawan-lebihan-rm2…

[8] https://www.bharian.com.my/…/peruntukan-lebih-tinggi-untuk-…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...