Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Januari 2019

Pelajar Singapura Terdiam Disekolahkan PM? Maaf, Saya Tak Bersetuju, Sebaliknya Tun Mahathir Lah Yang Tak Jawab Soalan..

Khairul Azri | PERSPEKTIF.

Semalam heboh dimedia-media utama memperkatakan mengenai kepetahan Tun M 'mengajar' seorang pelajar Oxford dari Singapura mengenai isu air yang sedang diperkatakan di antara kedua negara.

Maka banyaklah media menggunakan tajuk 'click-bait' seperti, 'pelajar tersebut terdiam', 'pelajar berani sudahnya..'





Malah berita tersebut turut diangkat di media kaca TV seperti TV3, RTM sebagai 'prime time news' mereka. Seolah-olah menggambarkan ke'serius'an berita berkenaan.

Malangnya kalau kita tonton sendiri video majlis di Oxford berkenaan kita akan dapati sebenarnya Tun M agak lari daripada soalan sebenar yang ditanya oleh pelajar yang berasal dari Singapura berkenaan.

Pelajar berkenaan telah bertanya dua soalan:

1. Mengenai isu sempadan maritim yang kembali hangat berikutan lawatan menteri besar Johor ke atas kapal Malaysia yang berada dikawasan dispute menggunakan nama menteri luar Malaysia beberapa hari lepas, yang telah dinafikan kemudiannya oleh Wisma Putra, seolah-olah tidak menghormati persetujuan yang dilakukan oleh menteri luar Malaysia dan Singapura beberapa hari sebelum itu. Jadi apakah Tun(kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan ke atas MB Johor?dan apakah langkah yang akan diambil untuk mengelakkan sesuatu seperti ini daripada berulang lagi?

2. Adakah dengan tindakan sebegini akan menguatkan lagi persepsi bahawa kerajaan Malaysia dibawah Tun adalah sebuah kerajaan yang tidak jujur, bad faith dan menggunakan perkataan Najib Razak bahawa Malaysia ketika zaman Tun dulu menggunakan diplomasi konfrantasi 'barbed' retorik.

Bila masuk ke soalan kedua ini yang menyebabkan Tun berkata kepada pelajar berkenaan bahawa anda dipersilakan untuk memilih Najib tapi malangnya anda bukan rakyat Malaysia untuk memilih beliau.

Yang kemudiannya dicelah semula oleh pelajar berkenaan bahawa soalanya bukanlah mengenai Najib atau Tun akan tetapi mengenai dasar luar Malaysia dengan Singapura sebagai contoh isu keretapi laju, ruang udara, jambatan bengkok, sempadan maritim, penetapan harga air adakah Tun mahu kembali ke zaman diplomasi buruk dengan Singapura seperti ketika waktu PM ke 4 dahulu atau Tun nak berubah daripada keadaan tersebut.

Jadi soalannya mengenai polisi luar Malaysia terhadap Singapura.

Tapi daripada menjawab apa dasar luar baru yang akan Tun laksanakan dengan Singapura, Tun sebaliknya fokus bercerita mengenai harga air 3sen per 1000 gelen, dan juga bagaimana Singapura buat untung jual air di sesetengah tempat di Singapura secara domestik pada harga $60(sebenarnya RM60) per 1000gelen di Singapura.

Bagaimana Singapura buat duit dari Malaysia sekian-sekian.

Pelajar tersebut cuba berhujah dengan mengatakan bahawa Malaysia mempunyai peluang untuk berunding harga air (pada 1987-zaman PM-4) namun tidak melakukannya, malah Singapura juga telah memberikan timbal balas dengan membekalkan air rawatan bersubsidi kepada Johor sebanyak 11 juta gelen sehari walhal perjanjian 1962 hanya memerlukan Singapura membekalkan 5 juta gelen sehari sahaja.

Tun bertanya semula adakah jumlah 3sen sejak 1926 itu patut? (dibetulkan semula oleh pelajar berkenaaan kepada 1962 kemudiannya)

Pelajar berkenaan mengulangi mengenai air rawatan bersubsidi dan menyebut mengenai good wills yang kemudiannya digelakkan oleh orang ramai. Dan mempersoalkan kenapa Tun tidak mengambil peluang berunding harga air yang Malaysia boleh buat ketika tahun 1987 tersebut.

Namun Tun meneruskan jawapan bahawa Singapura sememangnya buat duit dengan air Malaysia sekian-sekian.

Nota kaki : Mungkin ramai yang tidak tahu, Singapura memberikan air rawatan bersubsidi sebanyak 22 juta gelen sehari kepada Johor walhal perjanjian 1962 hanya memerlukan Singapura membekalkan 5 juta gelen sehari sahaja, dengan harga RM0.50(harga asal RM2.40) per1000 gelen dan kemudiannya menjual semula air terawat berkenaan dengan harga RM3.95 per 1000 gelen secara domestik.

Melihatkan yang Tun semakin melalut, pelajar berkenaan akhirnya mengulangi soalan beliau mengenai tindakan menteri besar dan apakah tindakan yang akan diambil keatasnya.

Barulah Tun memberikan jawapan mengenai isu tersebut yang mana pada akhirnya Tun memberikan sokongan kepada MB johor dan seolahnya memberikan msej bahawa sememangnya diplomasi konfrontasi Malaysia-Singapura telah bermula.

Secara jujurnya, rasanya adalah agak kurang tepat untuk mengatakan bahawa Tun telah 'mengajar' pelajar Singapura tersebut jika kita melihat dari perspektif dan konteks bagi keseluruhan soalan berkenaan.

Malah adalah sesuatu yang tidak pelik jika ada dikalangan kita untuk berpendapat bahawa perkara sebaliknya yang mungkin telah berlaku. :)

Sekian.

Nota Kaki : Bacaan lain yang berkaitan dengan pelarasan harga air Malaysia-Singapura

Malaysia lost its right to review price of water - Singapore
http://english.astroawani.com/…/malaysia-lost-its-right-rev…

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...