Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 Januari 2019

Kenderaan Milik Kerajaan Dirampas Selepas Timbalan Menteri Didakwa Salahguna Untuk Tujuan Kempen.

LAPORAN | Kenderaan yang digunakan oleh Timbalan Menteri ketika hadir ke program yang diadakan di Cameron Highlands dirampas oleh kerajaan negeri selepas ianya didakwa salahguna kuasa kerana digunakan untuk tujuan berkempen politik.

"Lagi penyalahgunaan kenderaan kerajaan untuk berkempen. Sejak bila 4x4 Pejabat Hutan Daerah Raub jadi milik PH," soal individu yang mempertikaikan hal itu menerusi laman Facebook semalam.


Najib juga turut mempertikaikan hal itu di Facebooknya hari ini dengan menyertakan bukti kenyataan yang kenderaan milik kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan berkempen oleh mana-mana pihak sekalipun.

 
"Kereta ini milik Jabatan Hutan Daerah ke?

Model apa ini? Nampak ok.

Saya fikir nak test-drive lah.

Pandu 4x4 feel dia lain sikit kan?,"
katanya dalam nada menyindir.


Susulan penyebaran gambar itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak kemudiannya menjelaskan kenderaan itu telah diambil semula serta-merta selepas ianya disalahguna.

"Saya dihujani pertanyaan oleh netizen tentang kenapa kenderaan milik kerajaan negeri Pahang digunakan untuk berkempen dan dilekatkan lambang parti. 
Suka saya menjelaskan bahawa jabatan berkenaan dibenarkan meminjamkan kereta berkenaan kepada satu kementerian bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri. Walaubagaimanapan, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta," katanya dalam satu kenyataan.


Timbalan Menteri yang dianggap menyalahgunakan kenderaan itu tidak dinamakan dalam kenyataan tersebut. - 20 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...