Isnin, 21 Januari 2019

Video Timbalan Menteri Mengamuk Kaw-Kaw Kerana Isu Guna Aset Kerajaan Tersebar..

LAPORAN | Nampaknya tindakan menegur Pakatan Harapan yang kantoi menggunakan aset kerajaan Jabatan Perhutanan Daerah tidak berakhir dengan baik.



Ini susulan tindakan Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang mempertikaikan pihak yang dianggapnya telah menyerang pasukan kempen Pakatan Harapan semasa mendedahkan jentera kerajaan itu disalahguna.

Menurut beberapa rakaman yang tular kini, Timbalan Menteri itu dilihat begitu marah ketika berjumpa dengan kumpulan yang mendedahkan penyalahgunaan aset kerajaan itu.

"Kurang ajar, kurang ajar, kurang ajar", katanya dalam nada yang marah.

"Awak tak boleh buat begitu. Negara ini ada undang-undang. Dalam dewan dah cakap kita nak tolong buat kerja-kerja sosial," luah Timbalan Menteri itu. 

Menurut Tengku Zulpuri kumpulan yang membongkarkan penyalahgunaan aset kerajaan untuk tujuan berkempen telah menggunakan cara yang salah ketika membuat pendedahan dan itu adalah kurang ajar. 

"Kalau tak puas hati pun takpe, ambil gambar takpe, jangan sampai siat macam tu. Buat kurang ajar. Macam gangster!," katanya ketika memarahi kumpulan berkenaan.


"Kalau saya tak koyak, mana ada bukti," bidas salah seorang kumpulan yang mendedahkan hal itu. Kumpulan itu dilihat memakai baju Barisan Nasional.


"Tapi jangan buat kurang ajar. Awak boleh ambil nombor plat," tengking Timbalan Menteri itu kepada pihak yang berlawan cakap dengannya.

Kedua-dua kumpulan itu pula kemudiannya dilihat seperti mahu menumbuk dan bergaduh namun cuba ditenangkan oleh beberapa orang yang terdapat disitu.

Insiden tolak menolak juga berlaku ketika kedua-dua pihak saling bertengkar.

Dalam perkembangan berkaitan, calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor membuat laporan polis berhubung apa yang didakwanya sebagai insiden serangan.


Menurut laporan polis itu, kumpulan Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli telah menahan kenderaan yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke Kampung Dayok.

Kumpulan itu kemudiannya menyapa secara agresif dan meminta pembantunya menyerahkan telefon bimbit. Bagi meredakan keadaan, Ramli kemudiannya turun dari kenderaan namun beliau melihat Tengku Zulpuri memanjat kenderaannya bagi tujuan merampas telefon bimbit milik pembantunya.

Timbalan Menteri itu juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat semasa insiden itu berlaku.

Setakat ini Tengku Zulpuri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab rakaman yang tersebar itu. - 21 Januari 2019.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...