Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Januari 2019

Difitnah Guna Aset Kerajaan Untuk Berkempen, Mat Sabu Kini Mahu Saman KJ.

Kenyataan Media | AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG, KHAIRY JAMALUDDIN FITNAH MENTERI PERTAHANAN

Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu kesal dengan kenyataan fitnah yang dikeluarkan Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar daripada parti pembangkang Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands hari ini.


Dalam satu kenyataan pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang hari ini, bekas ketua Pemuda Umno itu mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengatakan menteri pertahanan menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands.

Kenyataan Khairy itu dilaporkan oleh portal atas talian Malaysiakini dalam berita berbahasa Inggeris yang bertajuk “KJ: It's clear, Harapan doesn't practice what it preaches on gov't asset use” dan berita berbahasa Melayu bertajuk “PH cakap tak serupa bikin, guna jentera k'jaan – KJ”.

Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019 yang lalu.

Peguam peribadi kepada menteri pertahanan akan menghantar notis tuntutan kepada Khairy dalam jangkamasa terdekat.

AMIN SHAH BIN ISKANDAR
Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Pertahanan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...