Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Januari 2019

Ini Bukti Kod Etika Hakim 2009 Tak Boleh Dilihat Menari Atau Bersosial Dengan Peguam Yang Ada Kes Perundangan..

Abdul Rahim Hilmi Zakariya | Saya terbaca komen Tan Sri Rais Yatim, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan petang tadi bahawa video tarian melibatkan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, ahli politik dan peguam kontroversi semalam bukanlah isu besar. Alasannya , ia bukanlah tarian lucah[1]


Maka saya nak mengingatkan TS Rais untuk merujuk Kod Etika Hakim 2009 yang mana menyebut:

Perkara 8 (1)(a) : Seorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya TIDAK MENIMBULKAN KERAGUAN yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai sorang hakim.
Dan

Perkara 8(2) : Seseorang hakim hendaklah MENGELAKKAN HUBUNGAN RAPAT DENGAN ANGGOTA PROFESION PERUNDANGAN secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah.
Oleh itu, memandangkan video tersebut menunjukkan 'hubungan rapat' Ketua Hakim Negara dengan peguam peguam yang masih mempunyai kes perundangan dalam mahkamah di bawah pentadbiran beliau, maka adalah munasabah jika rakyat merasa syak terhadap integriti dan keadilan institusi kehakiman selepas ini.

TS Rais, ini bukan isu tarian lucah atau tidak. Kalau dia nak menari dengan bini dia dalam bilik, kami pun tak nak ambil kisah! - 21 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...