Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Januari 2019

Netizens Kecam Guan Eng, Minta Hentikan Propaganda Politik Menggunakan FB Kerajaan..

LAPORAN | Tindakan Menteri Kewangan menjawab isu hutang Pahang terhadap kerajaan persekutuan dikecam netizens kerana dianggap 'terlalu berpolitik sehingga menjejaskan etika keprofesionalan seorang pegawai tinggi kerajaan'.


Ketika membidas kerajaan Pahang mengenai isu hutang di Facebook rasmi Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng yang menjelaskan mengenai hutang negeri Pahang telah menerima kecaman bertubi-tubi berbanding pujian dan sokongan.


Tak pro, sepatutnya kenyataan berbaur politik di halaman Facebook sendiri, YB!



Ini dah macam ugutan..



Tinjauan setakat ini lebih dari 2,000 komen yang menghentam Menteri Kewangan itu berbanding pujian. Bahkan ramai juga netizens yang menyebarkan semula bidasan dari pihak tertentu terhadap Guan Eng di ruangan komen.

Gambar troll
Antara lain mereka menyebarkan bidasan dari KJ yang menjawab penjelasan Guan Eng itu sebenarnya adalah propaganda bagi menutup perkara lain.

KHAIRY JAMALUDDIN | "Saya telah semak hutang Pahang kepada kerajaan pusat, yang dipolitikkan oleh Lim Guan Eng, dalam Laporan Ketua Audit Negara. Rupa-rupanya sebahagian besar (70%) hutang Pahang berkaitan dengan air. Inilah hutang sama yang diselesaikan oleh kerajaan pusat untuk Pulau Pinang dulu.

Lim Guan Eng menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan mengeluarkan kenyataan media untuk menyerang kedudukan hutang kerajaan negeri Pahang kepada kerajaan Persekutuan. Mengikut kenyataan terbaru Lim Guan Eng, kerajaan Pahang mmpunyai tunggakan hutang kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.18 bilion.

Mengikut semakan Laporan Ketua Audit Negara 2017, daripada keseluruhan hutang kerajaan negeri Pahang kepada kerajaan Persekutuan, RM2.2 bilion darinya adalah berkaitan dengan bayaran untuk bekalan air.

Sebagaimana negeri-negeri lain, hutang berkaitan bekalan air merupakan sebahagian besar jumlah hutang mereka kepada kerajaan Persekutuan dan hutang ini boleh dihapuskan apabila penstrukturan semula syarikat air dilaksanakan dengan memberi pajakan kepada kerajaan Persekutuan.

Sehingga akhir tahun 2018, kerajaan negeri Pahang masih lagi dalam proses rundingan bersama kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan penstrukturan syarikat bekalan air di negeri tersebut. Sehingga kini, penstrukturan semula ini masih belum lagi dimuktamadkan.

Lim Guan Eng juga janganlah buat-buat lupa tentang bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinannya pada tahun 2012 turut telah menghapuskan hutang RM 655 juta kepada kerajaan Persekutuan menerusi cara dan kaedah yang sama.

Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat Lim Guan Eng ini adalah jelas bermotifkan politik bersempena kempen PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung ketika ini,"
katanya dalam kenyataan itu.


Guan Eng bagaimanapun belum memberikan apa-apa maklum balas mengenai pendedahan oleh KJ itu. - 23 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...