Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Januari 2019

Dituduh Main Golf Di Pejabat, Ini Jawapan Pedas Syed Saddiq Kepada Asyraf Wajdi Dusuki.

SOSMED | Isu main golf kat pejabat Menteri Belia Dan Sukan nampaknya belum habis lagi. Jika tiga hari lepas seorang EXCO Armada yang dikenali sebagai Zainal Abidin dikecam kerana didakwa bermain golf di pejabat menteri kali ini Syed Saddiq pula ditempelak pembangkang.

BACA : EXCO ARMADA DIKECAM SEBAR GAMBAR MAIN GOLF DI PEJABAT MENTERI.

Bagaimanapun situasi Syed Saddiq adalah jauh berbeza dengan situasi Exco Armada, dimana ketika itu Menteri KBS sebenarnya sedang menjalankan tugasnya!

Awalnya, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempertikaikan perkara itu di Facebooknya.

"Sibuk benar training YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Bila tarikh dialog kita mengenai Ketuanan Melayu YB? Parlimen dan lama selesai bersidang. 

Macam saya katakan dulu, YB tak perlu risau. Kita bukan nak berdebat tentukan siapa hebat kerana YB memang dah terkenal Pendebat terbaik dunia. Saya hanya ajak berdialog kerana YB kata ketuanan Melayu sudah tidak relevan," katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun tindakan mengkritik Syed Saddiq itu memakan dirinya sendiri apabila menteri menjelaskan beliau sebenarnya bukanlah sedang berlatih sebaliknya hanya menjalankan sesi video shoot untuk satu kejohanan golf yang bakal diadakan tak lama lagi. 

Atas kapasiti Menteri Belia dan Sukan, itu adalah sebahagian dari tugasnya bagi membantu menjayakan mana-mana kejohanan sukan.

Oleh kerana ketiadaan masa, dan tidak tahu bermain golf, maka Syed Saddiq menjemput pasukan media itu untuk melakukan video shoot (dan juga photo shoot) di pejabatnya, itupun ketika beliau sedang berhenti berehat semasa bermesyuarat. 

Rakaman itu dilakukan dalam masa 30 minit dan selepas itu menteri berkenaan dilaporkan terus menyambung tugasnya bermesyuarat selama hampir lapan jam.



"Ini namanya troll tak bertempat.

Video-shoot untuk pertandingan golf pun dipolitikkan.

Saya tiada masa nak ke padang golf (dan tak pernah main dan reti main golf pun😝), maka meluangkan 5 minit di pejabat. Itu pun video-shoot after office hours (7pm), sebelum lagi dua mesyuarat di pejabat.

Saya bukan seperti mereka yang menggunakan puluhan juta duit YAPEIM (Anak yatim) untuk beli golf simulator dulu.
(Ref: https://m.malaysiakini.com/news/323684 )

We remember😉

https://m.malaysiakini.com/news/460978,"
katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya.


Selepas Syed Saddiq mengeluarkan penjelasan itu, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki nampaknya terdiam sampai sekarang. - 21 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...