Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Januari 2019

Viral Gambar Main Golf Di Pejabat Menteri KBS, Jadi Tempat Melepak, EXCO Armada Dikecam.

SOSMED | Tular satu gambar yang menunjukkan seorang lelaki sedang bermain golf di Pejabat Menteri Belia Dan Sukan sejak tengahari tadi.


Bersama-sama gambar tular itu, satu kenyataan dibuat bagi menegur tindakan itu.


Ianya dimuatnaik oleh seorang netizen yang dikenali sebagai Kamaruddin Kassim. Berikut dibawah ialah kenyataan tersebut;

"Adik-adik exco Armada sekalian. Tak elok buat begini di pejabat Menteri.

Kanda Deen ada ramai kawan-kawan pegawai yang kerja kat KBS tu. Mereka meluat dengan gelagat adik-adik exco kat sana. Ada yang sudah berani gelarkan macam-macam gelaran pada team YB Menteri. Tak tergamak pula kanda Deen nak sebut kat sini.

Adik-adik Exco yang setahun jagung.


Malu pada ahli2 biasa kat bawah tu. Mereka duk tengah pening nak fikir jawapan macam mana nak jawab isu pengangguran, isu PTPTN, isu peluang pekerjaan dan macam2 lagi isu anak muda.

Adik-adik exco Armada.


Pejabat menteri ni bukan kepunyaan mak bapak kita tau. Zaman KJ dan zaman menteri belia sukan sebelum ni tak pernah buat macam ni.

Sikap kebudak-budakkan kena simpan dik.

Ini pejabat kemeterian yang menjaga kepentingan anak muda belia dan sukan di Malaysia dan bukannya bilik hostel.

Anak muda akan meluat dengan Armada kalau benda2 begini dibuat dan diamalkan.

Kita tahu adik-adik semua tak sampai 3 tahun dalam parti tapi jangan tunjukkan kita dangkal dik.

Ingat balik kata-kata YB Syed Saddiq ketika PAT itu hari.

Hari ni saya nak ulang "...MANA KITA NAK LETAK MARUAH KITA.. Mana ada pemuda atau ahli-ahli dalam PKR,DAP,AMANAH atau UMNO yang buat pejabat menteri macam hak mak ayah diorang... (pekik) MANA MARUAH KITAAAA..".
Saya nak cadangkan agar YB Menteri ikhtiarkan cari satu lot kedai 3 tingkat khas untuk adik-adik exco lepak. Kat situ adik-adik exco nak buat apa pun buat lah. Nak main bola ke, nak main egames ke, nak karaoke ke, nak main boling ke, nak tidur lepak ke tidak menjadi masalah syarat lot kedai tu pakai duit sendiri atau duit mak bapak sendiri.

Maafkan kanda Deen sebab tegur dengan cara ini. Kadang-kadang fikir, tegur dengan cara ni boleh beri pengajaran pada adik yang baru nak belajar berjalan.

Bila adik-adik exco gatal buat tindakan yang tidak patut, maka kanda Deen pun gatal nak menulis tegur.

Kanda Deen sayang BERSATU. Kanda Deen tak sayang pada exco yang tidak cerdik,"
katanya di post Facebook itu.


PPBM dan Syed Saddiq belum lagi memberikan apa-apa kenyataan balas akan dakwaan yang tersebar itu setakat ini. - 17 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...