Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Januari 2019

Ceramah Politik Di Program KBS Cameron Highlands, Ini Respon Syed Saddiq.

LAPORAN | Menteri Belia Dan Sukan menafikan berpolitik di satu program anjuran KBS ketika turun berkempen di Cameron Highlands baru-baru ini.

Syed Saddiq sebelum ini didakwa kantoi berpolitik ketika menghadiri program anjuran kerajaan di Cameron Highlands.

Sembang dan mempunyai masalah ingatan, itulah kata pengkritik terhadap Syed Saddiq selepas dianggap berpolitik di majlis anjuran kerajaan.

Baca : Syed Saddiq Kantoi Cakap Besar Di Cameron Highlands

Bagaimanapun Syed Saddiq menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak berpolitik atau menyeru sesiapa untuk mengundi di program itu.


Katanya;

"Mula ja berucap, saya terus betulkan penganjur dan kata saya tidak datang atas kapasiti menteri. 

Ucapan pun berkenaan #YouthPower dan tidak sama sekali sentuh bab politik. Boleh tengok video. 

Penganjur (NGO), dikenali kerana sering jemput ALL SIDES. Tiada Jentera kerajaan," katanya ketika menjawab kecaman pengkritik. - 17 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...