Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Januari 2019

Ditegur Main Golf Di Pejabat, Ini Respon Pegawai KBS Dan EXCO Armada.

SOSMED | Awal tengahari ini tular satu gambar yang memaparkan seorang EXCO Armada, Zainal Abidin yang bermain golf di lobi pejabat Kementerian Belia Dan Sukan.


Berdasarkan maklumat yang tersebar di sosial media, gambar itu sebenarnya disebarkan oleh exco berkenaan di Facebooknya sendiri.




"Saya ini bukan sahaja-sahaja nak belajar hayun kayu golf ni. Ini semua berlatih untuk sebat kepala-kepala yang minta. So sampaikan pesan saya pada sesiapa yang nak hantar paperwork kat sini. 



Sila betulkan niat dan jangan salin kulit kerja orang, faham,"
katanya di post itu.



Gambar itu bagaimanapun tidak dapat diakses oleh orang awam memandangkan diset kepada circle rakan-rakan sahaja.



Namun ianya dikesan tular pada hari ini dan ini respon Zainal Abidin bagi menjawab isu tersebut;


"Terima kasih kepada semua yang memberi teguran kerana gambar saya yang sedang memegang kayu golf di pejabat menteri semalam. Saya menganggap semua teguran itu adalah kerana kamu semua masih sayang dan kasihkan kepada saya yang serba kekurangan ini.

Inilah dunia, manusia hanya akan beri perhatian kepada kita bila mana seseorang itu mempunyai kedudukan dan darjat tapi mereka semua akan hilang berlalu pergi bila mana kita diuji oleh Allah swt.

Saya hanya ingin memberi sedikit semangat kepada masyarakat dunia permotoran hari ini yang mana kamu semua jangan rasa rendah diri walaupun tidak mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi, walaupun hari ini hanyalah seorang despatch, pomen bawah pokok, dilabel manusia tiada masa depan atau apapun tanggapan sebilangan masyarakat kepada kita kerana masa depan kita semua terletak di tangan kita sendiri dan selebihnya, hanya dengan izin Allah swt.

Pergi jahanamlah dengan apa yang orang cakap untuk setiap apa yang kita nak lakukan, selagi ianya baik untuk kita dan tak menyusahkan orang tua. buat je. Inilah masanya untuk komuniti kita membuktikan yang golongan "mat rempit","mat moto" dan segala mat dalam dunia permotoran ini untuk membuktikan kita bukanlah "golongan yang takde masa depan"...

Saya sentiasa mengalukan sesiapa pun dari dunia permotoran untuk bersama berpimpin tangan dan berganding bahu mengubah masa depan komuniti kita supaya terus maju dan membuktikan perspektif masyarakat kepada kita adalah salah.

"Mat Rempit Bukan Sampah Masyarakat"
#MaluApeBosskurrr," jelasnya dalam satu kenyataan.


Dalam perkembangan berkaitan, salah seorang pegawai di Kementerian Belia Dan Sukan, Yaakob Osman tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul berikutan penyebaran gambar tersebut.

"Gambar ini viral hari ini. Sebaik saja saya lihat di newsfeed FB semalam, saya request beliau remove kerana boleh mengundang kontroversi. And original posting telah dipadamkan.

But I suppose it's too late, dah ada yang ambil gambar tersebut.

Walaupun gambar ini diambil lebih kurang jam 7 malam selepas shooting video YB untuk satu kejohanan golf.

That is why ada kayu golf tu, becoz YB Menteri sendiri tidak main golf.

Gambar ini di lobby luar pejabat. I know it's not in good taste when every thing can become an issue. Will ensure such thing doesn't happen again, Insyaallah.

Nota kaki : bukan staff atau pegawai Menteri,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - 17 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...