Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Januari 2019

Cybertroopers BN Amuk Dituduh Habiskan Beras Je, Luahkan Perasan Bengang Pada Najib.

SOSMED | Nampaknya kumpulan yang menyokong Najib Razak di sosial media bengang dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mengutuk cybertroopers BN menghabiskan beras je.

Kenyataan itu dibuat oleh Najib ketika menghadiri satu rancangan bual bicara bertajuk "Malu Apa Bossku" di Shah Alam pada dua hari lepas.


"Tegur saya di Facebook pun cukup. Share. Like. Komen. Sebab saya tiada cybertroopers lagi. Saya cakap terus terang. Cybertroopers dulu buat habiskan beras," katanya dalam program itu.

Ia kemudiannya menjadi sensasi di internet dan beberapa penyokong Najib menzahirkan perasaan marah dan ketidakpuasan hati seolahnya segala sokongan yang diberikan ke atas Najib tidak dihargai.

Bagaimanapun menurut blog UMNO, Najib memberitahu beliau sebenarnya tidak memaksudkan semua cybertroopers BN menghabiskan beras.

Penjelasan itu diberikan menerusi aplikasi WhatsApp ketika Najib Razak ditegur kerana berbuat kenyataan mengenai cybertroopers secara terbuka. 



"Salam datuk seri. Saya rasa kenyataan datuk seri ini melukakan ramai pihak. Jika benar datuk seri kecewa dengan cybertroopers ia adalah isu dalaman yang tak patut diucapkan secara terbuka sehingga pihak musuh menjadikannya peluru untuk menyerang kembali.

Saya percaya ramai cybertroopers yang pernah tidak bersetuju dan kecewa dengan pelbagai keputusan yang datuk seri telah buat semasa menjadi presiden dan pm. Tapi team ds tak pernah menyatakan secara terbuka dan tetap di belakang ds, walaupun ketika ds kalah.

Apatah lagi menghentam ds secara terbuka, memalukan dikhalayak ramai.

DS sendiri menyatakan kita kalah kerana fitnah PH tetapi yang terbaru ds kata cybertroopers menghabehkan boreh sahaja. Seolah-olah kekalahan kita adalah disebabkan cybertroopers.

Adakah cybertroopers langsung tidak ada peranan dan jasa terhadap ds?

Pun begitu saya lihat ramai cybertroopers masih diam dan bersabar dengan ds. Belum lagi saya nampak cybertroopers menghentam ds secara terbuka selepas kenyataan ds yang melukan hati mereka.

Saya harap ds dapat menjernihkan semula ketegangan yang berlaku antara ds dan cybertroopers.

Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan. Mereka juga kecewa apabila umno kalah. Tidak sekali mereka salahkan ds. Sehingga kini mereka tetap dibelakang ds.

Harap ds dapat pertimbangkan,"
katanya dalam kenyataan itu.

Najib kemudiannya menjawab secara ringkas, "Ya , saya tak maksud semua . Segelintir sahaja . Perlu Di jelaskan saya menghargai usaha mereka," katanya.

Tidak dapat dipastikan samada jawapan tersebut berjaya memuaskan hati cybertroopers BN yang terluka parah kini berikutan ditembak oleh bossku sendiri. 😂😂😂 - 16 Januari 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...