Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Januari 2019

Asyraf Wajdi Kata Tommy, Richard Memalukan Selepas Viral Video Joget.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki | MAJLIS SOSIAL MELIBATKAN KETUA HAKIM NEGARA, PEGUAM NEGARA DAN ORANG POLITIK AMAT MEMALUKAN

Penularan video majlis tari menari yang turut melibatkan personaliti-personaliti seperti Menteri di JPM (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara TS Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan peguam-peguam politik yang dilihat pro Pakatan Harapan seperti Datuk Ambiga dan Siti Kasim adalah suatu yang amat memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara.


Sejak dulu institusi kehakimanan dan perundangan negara amat sensitif dengan apa jua bentuk pergaulan sosial terutamanya para Hakim yang mampu menggugat keyakinan masyarakat terhadap kehormatan, nilai etika, integriti dan adab susila mereka.

Apatah lagi jika melibatkan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang bersosial dengan ahli politik dan individu berprofil tinggi yang pastinya boleh mengundang kontroversi dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sebarang keputusan yang bakal mereka ambil kelak.

Ini juga terkait dengan mantra yang harus mendasari sistem kehakiman dan perundangan negara iaitu ’Keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan, bahkan mesti dilihat dilaksanakan’.

Justeru Pergerakan Pemuda UMNO melahirkan rasa amat kecewa dengan penularan video majlis sosial tersebut yang hakikatnya telah mencalar institusi kehakiman dan sistem keadilan negara terutamanya institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang dilihat semakin hilang kredibiliti dan nilai Integriti lantaran pencabulan etika dan prinsip konflik kepentingan (conflict of interest) yang mula dipersoalkan rakyat. - 19 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...