Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Januari 2019

Harga Makanan Kantin Naik Melampau, Budak Sekolah Pun Mengeluh..

NAJIB RAZAK | Kita maklum murid sekolah bukan pengilang.

Tapi mereka juga mangsa yang terkena Senyap-Senyap Tibai di bawah kerajaan PH.

Harga makanan untuk kanak-kanak di kantin sekolah naik harga minggu lepas.

 
Bukan sekadar naik sedikit. Naik melampau.

Harga nasi lemak naik 50 sen. Roti Telur naik 30 sen.

Mereka ada tanya acik kantin dan jawapan yang diterima - “Semua barang dah naik harga nak oi!”

"Walau bagaimanapun, harga makanan di kantin sekolah naik sehingga 50 sen adalah keterlaluan."

“Tak okay macam ni. Sini semua budak-budak. Belanja budak sekolah sekarang sudah mahal, kurang-kurang RM5 sehari. Sekali makan, minum sudah RM2, RM3. Selebihnya benda-benda lain macam tambang pun nak kena bayar." kata seorang bapa kepada murid sekolah.

Kalau harga makanan murid-murid di kantin sekolah pun gagal dikawal, jangan harap mahu kawal harga di tempat lain.

Saya masih ingat PH kecoh seluruh Malaysia apabila ada laporan berita keluar bahawa harga di kantin naik 10 sen atau 20 sen pada masa GST mula dilaksanakan.

Tuduh BN zalim.

Kini naik 30 sen dan 50 sen, PH bisu pula.

Tak zalim lagi ini, ke?

Harga naik melampau. Bantuan kerajaan dipotong pula.

Apa yang menteri PH buat?

Menteri boleh tanya Tony Pua mengapa ini berlaku?

Mengapa janji SST akan turunkan harga barang-barang tidak berlaku?

Mana perginya janji manifesto PH untuk mengurangkan kos sara hidup?

Yang paling hairan ialah tak ada seorang pun dari PH yang mahu ambil berat tentang isu ini.

PH menang, PH senang. Bukan rakyat senang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...