Isnin, 14 Januari 2019

PH Boleh Bagi Duit Minyak, Jika BN Bagi, Itu Baru Salah - Najib.

LAPORAN | Najib Razak hari ini menyindir kenyataan Lim Kit Siang yang dianggapnya mempertahankan amalan memberikan wang kepada jentera parti.

Sambil berkongsikan kenyataan hakim yang dipetik dari perbicaraan mahkamah kes Sivaraajh, Najib berkata, "hakim kata, tak kira pemberian itu dalam bentuk duit minyak atau duit rokok, ianya tetap rasuah.

Begitulah pendapat hakim pada bulan November tahun lepas apabila mengumumkan keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan calon BN di Cameron Highlands pada PRU14,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


"Nampaknya isu pemberian duit minyak kepada jentera Pakatan Harapan di Cameron Highlands telah memasuki

Kit Siang telah mengaku duit minyak di beri kepada orang asli yang juga pegundi di Cameron Highlands, tapi ini tidak salah.

PH kata tak salah.

Calon DAP kata ini tidak salah.

BERSIH. Tanya mana ada salah?

SPR juga kata tidak ada kuasa untuk menyiasat.

Tetapi hakim kata, tak kira pemberian itu dalam bentuk duit minyak atau duit rokok, ianya tetap rasuah.

Begitulah pendapat hakim pada bulan November tahun lepas apabila mengumumkan keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan calon BN di Cameron Highlands pada PRU14.

Pelik Malaysia Baru ini.

Tak apa.

Sekurang-kurangnya, DAP berpeluang untuk menambah jumlah kerusi parlimen dan memperluaskan pengaruh mereka di kerajaan,"
katanya seperti yang dipetik dari Facebook. 


Semalam Lim Kit Siang dalam satu kenyataan mengesahkan wujudnya agihan wang sebanyak rm20 kepada setiap individu yang terlibat.


"Wanita memakai baju berwarna merah itu dikenali sebagai Vanessa, berketurunan Dusun-Punjabi dari Kota Kinabalu. Beliau menjadi sukarelawan Impian Malaysia sejak 2014. Beliau adalah graduan dalam bidang komunikasi yang melakukan kerja-kerja sukarelawan menerusi Impian Malaysia di seluruh negara.

Beliau ditugaskan untuk menguruskan Orang Asli dari pelbagai kampung Orang Asli yang hadir menaiki motosikal pada hari penamaan calon di Tanah Rata, semalam.

Terdapat 60 penunggang motosikal dan beliau membuat pembayaran balik sebanyak RM20 setiap seorang,"
katanya dalam kenyataan itu.


Lim juga mencabar Barisan Nasional untuk mendedahkan perbelanjaan kempen mereka dan menolak dakwaan beli undi.

"Adakah Barisan Nasional bersedia untuk mendedahkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membawa orang ramai ke hari pencalonan semalam, dan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang terlibat serta menjawab semua pertanyaan mengenai perbelanjaan sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini?," soalnya.

"Pemimpin Barisan Nasional membangkitkan mengenai beberapa keping gambar yang tular di media sosial yang memaparkan beberapa orang berpakaian baju-T dengan logo Pakatan Harapan dikatakan memberikan wang kepada pengundi. Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat atas dakwaan berlaku pembelian undi.

Kami tidak gentar dengan tuduhan itu kerana tidak ada sebarang pembelian undi berlaku dalam kejadian itu,"
katanya lagi. - 14 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...