Khamis, 17 Januari 2019

Asal Tegur Sikit Pemimpin PH, Digelar Perkauman..

Ku Syafiq | Ini satu lagi kes bawa bawang tapi pergi marah orang yang cakap itu bawang.

Ini wirid baru kerajaan. Orang tegur sikit, dia suruh henti main isu perkauman. Apa yang kau buat itu memang perkauman lah, bodoh!

Siapa yang hadir majlis itu? Semuanya menteri Cina! Apa sibuk sangat ke Maszlee Malik sampai kau tak boleh jemput dia? Kenapa mesti Teo Nie Ching?


Dan kau tanya sendiri Teo Nie Ching, kenapa dalam post fb dia hal tentang peruntukan kepada Kolej New Era hanya ditulis dalam Bahasa Mandarin? Keterangan bahasa Melayu tak ada perkataan New Era langsung!

Siapa yang perkauman? Waktu meraikan sumbangan kepada SMPC, tidak ada unsur Melayu-Malaysia langsung dalam majlis tu. Tulisannya semua Cina, VIP-nya semua Cina termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Wanita. Apa kena mengena portfolio Hannah Yeoh dengan peruntukan tu? Bukankah dia dijemput kerana dia Cina? Lim Lip Eng itu wakil bangsa apa?

Siapa yang perkauman?

Apabila isu Melayu, terus dicampak label perkauman. Apabila Cina, dia marah orang cakap itu perkauman. Kau ingat orang Melayu ni semua bodoh-bodoh ke nak makan permainan persepsi kau tu bulat-bulat?

Aku tak pernah sebut ini secara terbuka tapi semua ini hanya membuktikan Cina DAP ni bangsa yang biadap. Kemudian kau salahkan Melayu bila Melayu tak suka pada bangsa kau.

Kenapa semua berkaitan pendidikan Cina akan diurus Teo Nie Ching?

Kau nak cakap BN pun macam tu? Memanglah, BN memang perkauman. Strukturnya sendiri terbentuk secara perkauman. Ada parti berasaskan setiap kaum. Itu memang jelas. Mereka tak hipokrit dan bangsat macam kau, DAP. Sembang Malaysian Malaysia, I'm not Chinese I'm Malaysian tapi senyap-senyap kau buat kerja yang menguntungkan bangsa kau. Kemudian kau calit habis muka Melayu dengan label perkauman.

Sekarang, Lim Guan Eng perlu jelaskan, mengapa perlu beri peruntukan kepada sekolah swasta Cina dan kolej swasta Cina. Dulu BN buat begitu kerana ada permintaan dari MCA, parti berasaskan kaum Cina. Sekarang DAP parti orang Cinakah? Bukankah kau wakil semua rakyat Malaysia?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...