Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Januari 2019

DAP Kuasai Tentera, Ini Respon Malaysia Military Power & Senarai Nama 'Bukan Melayu' Terlibat Pertahanan Negara..

SEMASA | Warganet pembangkang hari ini menyebarkan dakwaan kononnya Angkatan Tentera Malaysia kini telah dikuasai oleh DAP. Ia disebarkan berulangkali di aplikasi WhatsApp tanpa henti sejak pagi tadi.

Semua ini bermula gara-gara dakwaan seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Mohd Fauzi yang mempertikaikan lantikan bukan melayu di Angkatan Tentera Malaysia menerusi Facebook malam tadi.




"Persediaan rapi DAP mengambilalih Malaysia. Apa rasionalnya perlantikan bukan melayu ini dalam angkatan tentera kita," soalnya dalam kenyataan itu.


Pentadbir halaman Malaysia Military Power turut mengulas dakwaan itu.

"Aku tak faham. Ada sorang mamat ini persoalkan berkaitan Brigedier Jeneral Loh Kooi Leong yang menjadi Panglima 1 Briged Infrantri Seremban Negeri Sembilan

Ini laa akibat hari-hari makan tahi politik.. tak habis-habis nak raise isu racist. Malaysia ini Negara berbilang Bangsa. Paham laa sikit.

Semua Kaum berjuang menitis keringat dan darah semua. Bukan satu kaum je. Cuba laa jangan nak campurkan Politik dengan Pertahanan. Yang spinner dan tak tahu buat kerja tu cuma 2 orang yang kat MINDEF sekarang, Yang tu dari Politik. Yang tu korang nak hentam ikut suka hati korang laaaa.

Tuan Loh ini berperwatakan baik orangnya. Ramai pegawai di bawah menghormati dan senang berkerja di bawah arahan dia. Tiba-tiba tak semena-mena ada 2 - 3 ekor patriotik kononnya raise isu dia ni Komunis.

Bangang tu simpan sikit laaa ye. Ramai je Non Melayu yang jadi pegawai tertinggi dalam ATM. Jangan nak jumud sangat boleh.

Sekurang-kurangnya kita bukan macam lalang selatan tu.

Simpan bodoh tu sikit.

Dah tu kenapa tak pertikai Lt General Stephen Mundaw yang jadi Panglima Markas Timur.

Sekali lagi remind ni. Nak rasict biar bertempat sikit. Ni Tentera bukan orang Kampung hang,"
katanya dalam kenyataan itu. 


Seorang individu yang dikenali sebagai Tun Mohamad Shazlan turut berkongsikan senarai panjang penglibatan bukan melayu dalam mempertahankan negara dari ancaman luar.

"Security is beyond politic.. tiada apa yg boleh menilai harga sebuah patriotik..

Mari aku kasi list panjang 3 perkhidmatan setakat 1 Ogos 2018 untuk ko hadam.

Tentera Darat

1)   Lt Jen Dato' Dr.  William Rangit Stevenson (B) - Beliau adalah antara pegawai ATM yang paling awal mendapat ijazah doktor falsafah (PhD) semasa masih dalam perkhidmatan. William juga merupakan pegawai ATM bukan Melayu yang pertama mencapai pangkat Lt Jen.  Jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada tahun 2014 ialah Ketua Eksekutif MIDAS (Malaysian Institute of Defence and Security) sejak institusi tersebut ditubuhkan pada tahun 2010.

(2)   Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Pemerintahan Medan Timur TD

(3)   Mej Jen Dato N. Selvarajah (B) - jawatan terakhir ialah Panglima 3 Divisyen Infantri.

(4)   Mej Jen Dato Johan Hew  bin Abdullah (B) (nee: Hew Deng Onn) - jawatan terakhir ialah Panglima Divisyen Infantri.

(5)   Mej Jen Datuk Lai Chung Wah (B) - jawatan terakhir ialah Komandan MPAT

(6)   Mej Jen Dato' Leong Siew Meng (B) - bekas Ketua Pegawai Semboyan dan jawatan terakhir ialah Komandan MPAT.

(7)   Mej Jen Dato Dr Mohandas Ramachandran (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM

(8)   Mej Jen Dato Hj Mohd Affendy bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah AKS Logistik Pertahanan, MK ATM.

(9)   Mej Jen Dato S.Jeyabalan  (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral TD

(10) Mej Jen Datuk Dr Chia Lip Meng (B) - Pakar Perubatan

(11) Mej Jen Datuk Ranjit Singh Ramday (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Task Force 450

(12) Mej Jen Toh Chin Siang - Panglima 1 Divisyen

(13) Brig Jen Victor Nelson Stevenson (B) - bekas Panglima Briged AW

(14) Brig Jen Arulparagasam (B) - bekas Panglima Briged dan bekas Komandan MTAT

(15) Brig Jen Dato Chong Thean Bok (B) - bekas Panglima Briged.

(16) Brig Jen Baljit Singh (B)  - bekas Panglima Briged.

(17) Brig Jen Dato M.A.A Rodrigo  (B) - bekas Panglima Briged.

(18) Brig Jen Dato Hon Mun Loong  (B) - bekas Panglima Briged.

(19) Brig Jen Rajban Singh Gill (B)  - bekas Timbalan Panglima Divisyen.

(20) Brig Jen Philip Lee Puh Kui (B) - bekas Panglima Briged

(21) Brig Jen S. Mahendran (B)  - bekas Panglima Briged.

(22) Brig Jen Datuk Goh Ah Bah (B) - bekas Panglima Briged.

(23) Brig Jen Dato Dr Arichandra Nadarajah (B) - Pakar Perubatan

(24) Brig Jen Dato' Dr T. Thanachelvi a/p Thangarajah- Pakar Perubatan

(25) Brig Jen Dato Dr Jegathesan Singaraveloo (B)- Pakar Perubatan

(26) Brig Jen Dato Dr Sivalingam a/l Sothilingam (B) - Pakar Perubatan

(27) Brig Jen Dato' Ng Chin Huat (B) - CEO SMEO Sdn Bhd

(28) Brig Jen Dato' Muhammad Daniel bin Abdullah (nee: Damian Christopher anak Dalang) - Panglima 9 Briged.

(29) Brig Jen Dato' Mahendaran a/l Sivapatha Sundram (BOLP, Markas ATM)

(30) Brig Jen Anuar Tai bin Abdullah - Markas Latihan dan Doktrin TD

(31) Brig Jen Dato' Wee Han Siew (Bersara)- mantan Komander Briged Roket Artileri

(32) Brig Jen Johnny Lim Eng Seng - Ketua Pengarah MiDAS

TLDM

1)   Laksda Tan Sri Thanabalasingham (B) - PTL pertama.

(2)   Laksda Dato Danyal Balagopal bin Abdullah (B) (nee: Balakrishnan a/l Gopal)

(3)   Laksda Dato Gunaselan a/l Salamuthu (B)

(4)   Laksda Dato Tan Eng Seng (B)

(5)   Laksda Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah (nee; Tan Chin Hau)

(6)   Laksda Dato' Ganesh a/l Navaratnam - PANGWILA 2

(7)   Laksda Mohd Saiful Adli Chung bin Abdullah (nee: - ) - AKS Kejuruteraan MTL

(8)   Komodor Parvithran Krishnan Nettur (B) - mendiang

(9)   Komodor Malcolm William Alvisse (B)

(10) Laksma Lim Say Kiang (B).

(11) Laksma Albert Thong Yin Shin (B)

(12) Laksma Ramachandran a/l Visvanathan (B).

(13) Laksma T.Thiruchandran a/l Thambipillay (B).

(14) Laksma Foong Soo Hoi (B)

(15) Laksma Dato' Nicholas Eugene Peterson (B)

(16) Laksma K. Arasaratnam a/l Kasinater (B)

(17) Laksma Dato' Tan See Ming (B)

(18) Laksma Dato Wah Yuen Wei (B)

(19) Laksma Dato' Subramaniam a/l Raman (B)

(20) Laksma K. Soundarajan a/l Kaliappan (B)

(21) Laksma Dato' Chin Yoon Chin (B)

(22) Laksma Datuk Kay Hai Thuan (B)

(23) Laksma Datuk Ong Thiam Hock (B)

(24) Laksma Dato' Yeow Hui Siong

(25) Laksma Chan Peng Cheong

(26) Laksma Ir Aw Teck Bin

(27) Laksma Franklin Jeyasekhar Joseph

TUDM

1)   Mej Jen Dato' Gophal Ramdass TUDM (B)

(2)   Mej Jen Dato' Ansar Ali a/l Majeth TUDM (B)

(3)   Mej Jen Dato' Teoh Siang Chang TUDM (Bersara)

(4)   Mej Jen Dato' Lim Tiow Yew TUDM (B)

(5)   Brig Jen Datuk Richard Casimir Robless TUDM (B)

(6)   Brig Jen Dato' Huang Chew Siong TUDM (B).

(7)   Brig Jen Dato' Soon Lian Cheng TUDM (B).

(8)   Brig Jen Dato' T. Parameswaran TUDM (B).

(9)   Brig Jen Samsuri Welch bin Abdullah TUDM (B) -nee: Samuel Ponniah Welch - allahyarham

(10) Brig Jen Datuk Toh Boon Fook TUDM (B) - mendiang

(11) Brig Jen Dato' Goh Seng Toh TUDM (B)

(12) Brig Jen Dato' Loke Kok Yee TUDM (B)

(13) Brig Jen Dato' Stephen Ngiau Tai Kong TUDM (B)- mendiang

(14) Brig Jen Dato' Ranjit Singh Gill a/l Gurmukh Singh TUDM (B).

(15) Brig Jen Dato' Koh Kia Lim TUDM (B).

(16) Brig Jen Dato' Lau Kong Cheng TUDM (B)

(17) Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Hong TUDM

(18) Brig Jen Dato' Lau Ing Hiong TUDM

(19) Brig Jen Dato' Sun Thong a/l Ah Kue TUDM

(20) Brig Jen Yee Yit Hong TUDM

Amacam? Cukup tak list ni? Nak tambah PDRM pulak? Takut senak kang nanti

Malu apa bosskur? Silap jolok sarang ke?

***********

Ingat! ATM berkhidmat untuk Yang DiPertuan Agong. Taat setia kepada Yang DiPertuan Agong. Bukan untuk dipolitikkan!

Kalau ada yang buat hal, sedialah terima teguran kami yang tidak memandang siapa kamu," jelasnya lagi.


Tinjauan di sosial media memperlihatkan isu tersebut mendorong ke arah rasisma apabila sesetengahnya dilihat memaki hamun bangsa tertentu disebabkan post itu. - 16 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...