Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Januari 2019

Khalid Cuba Troll Najib Tetapi Apa Yang Berlaku Seterusnya Memalukan Dirinya..

SOSMED | Nampaknya sejak Najib dinobatkan sebagai Raja Troll, beberapa ahli politik dari kem Pakatan Harapan cuba merampas gelaran tersebut dari tangan Najib Razak.


Terbaru, Khalid Samad nampaknya cuba test market troll Najib di sosial media.


Tetapi percubaan pertama dan keduanya semalam dilihat gagal. Ia bermula apabila Najib troll Khalid di Facebooknya selepas solat jumaat.

 

"Oh, sebelah kiri saya ini tauke Harapan Coin. 
Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudahlah," sindir Najib di post itu.

Perkongsian Najib itu mendapat lebih dari 5,000 komen dan 2,900 perkongsian setakat petang semalam.

Komen-komen netizens pula menyokong bekas Perdana Menteri itu.

Dan Khalid nampaknya membalas troll tersebut dengan memuatnaik gambar di lokasi sama tetapi dengan kapsyen yang berbeza.

"Kenalkan, sebelah kanan saya ini tauke 1MDB.

Saja nak bagitau, baik jadi tauke Harapan Coin daripada jadi tauke 1MDB yang rembat duit rakyat," tulisnya.

Bagaimana apa yang berlaku di post tersebut ialah, beliau telah menerima kecaman, makian, kutukan dan hinaan tertubi-tubi dari netizens. 

Bahkan gambar dibawah ini disebarkan berulangkali dan mendapat jumlah LIKE yang tinggi.

 

Tidak hanya itu sahaja, apabila pihak kami meninjau pihak yang berkongsikan troll Najib dan troll Khalid, kami mendapati ada perbezaan yang ketara.



Jika di pihak Najib, netizens yang berkongsikan troll itu menganggapnya ia kelakar, ia jauh berbeza dengan Khalid Samad. Dimana netizens berkongsikan di wall sendiri untuk mengutuk dan mengajak lebih ramai pihak untuk memakinya di post tersebut.




Bahkan troll kedua Khalid mengenai warna baju melayu Najib juga terkena dirinya sendiri.


"Ada yang pakai baju oren nak join Amanah ke nak training baju Sungai Buloh? Kalau nak join Amanah tu maaflah, kalau Sungai Buloh tu HARAPAN cerah," tulisnya.




Berdasarkan gambar, warna sebenar baju melayu yang dipakai oleh Najib ketika itu adalah berwarna peach dan bukannya oren, itu membuatkan Khalid sekali lagi dikecam dan dipersendakan di ruangan komen kerana dianggap 'buta warna'.



Walaupun gagal dalam membalas troll Najib, apa yang penting selaku Menteri Wilayah Khalid Samad perlu dilihat cekap dan amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya.


Tak apa la kalah dan hambar dalam troll, jangan kalah dan hambar dalam melakukan tugas yang diamanahkan sudahlah ya. 😉😉 - 19 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...