Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Januari 2018

Semakan Fakta : Amanat Hadi Dikeluarkan Ketika Tun Hussien Onn Sebagai PM Malaysia, Bukannya Mahathir.

Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed yang dipetik sebagai 
berkata : “Amanat Haji Hadi (Abdul Hadi) dikeluarkan ketika itu sesuai dengan waktunya kerana Umno di bawah kepimpinan Dr Mahathir waktu itu amat teruk, anti-Islam.

Sekarang pendekatan kita berubah terhadap Umno sebab parti itu hari ini tidak macam Umno bawah Dr Mahathir dulu, bila kita beri penerangan hari ini, Alhamdulillah sedikit sebanyak diterima. 

Kalau dulu, asal Islam sahaja ditentang". 

Maksud dari ayat ini memberikan gambaran :

1. Amanat Haji Hadi dikeluarkan ketika UMNO berada di bawah kepimpinan Mahathir.

2. Kepimpinan ketika itu amat teruk dan anti Islam.


Fakta.

1. Teks yang dikenali sebagai “Amanat Hadi Awang 1981" sebenarnya merupakan sedutan ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. 

2. Ketika itu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berusia 34 tahun, dan baru kembali ke Malaysia selepas menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah.

3.“ Teks ucapan Amanat Hadi Awang 1981 itu telah didokumentasikan dan dicetak atas tujuan untuk disebarkan ke merata pelosok negara oleh penyokong PAS. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub.  


4. Menurut Kertas Putih Memali 1986, Amanat Hadi Awang ketika itu telah dicetak dan disebarkan dalam empat versi yang berbeza :

i) Dicetak dalam tulisan jawi oleh Bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk kegunaan bahan kempen pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.

ii) Pernah dicetak dalam tulisan rumi oleh PAS Pusat.

iii) Dicetak dalam tulisan rumi dan jawi oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat.

5. Pada tahun 1984, Amanat Haji hadi telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

6. Pada tahun 2001, satu perjumpaan diadakan di antara Tuan Guru Hadi Awang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila Amanat tersebut sekali lagi ditimbulkan dan menjadi polemik politik ketika itu.

7. Tun Mahathir Mohamed mula menyandang jawatan Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003.

8. Ini bermaksud 3 bulan selepas Tuan Guru Hadi Awang menyampaikan ucapan yang mengandungi Amanat Haji Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

9. Ketika ceramah itu disampaikan, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu ialah Tun Hussien Onn - Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga bapa kepada Menteri Pertahanan Malaysia kini, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn.

10. Namun pentadbiran negara sememangnya berada dibawah penguasaan UMNO Barisan Nasional.

11. Mahathir ketika itu menjawat jawatan :

Timbalan Perdana Menteri - 15 September 1978 - 16 Julai 1981.

Menteri Perdagangan & Industri (MiTi) - 1 Januari 1978 - 16 Julai 1981.


Semakan fakta mendapati kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed terdapat sedikit kesilapan yang mana ketika Amanat Hadi dikeluarkan, negara ketika itu berada dibawah kepimpinan Tun Hussien Onn.

Bagaimanapun Semakan Fakta tidak menafikan perubahan corak pentadbiran negara dengan perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat selepas itu memungkinkan menyemarakkan lagi penyebaran Amanat Hadi itu.

Sekian.

Rujukan kami : 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

https://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/316393/nafi-amanat-haji-hadi-punca-peristiwa-memali

https://www.youtube.com/watch?v=oMNuv2_YYzY

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121224/re_04/Kenapa-Amanat-Hadi-Awang-1981-salah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...