Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Januari 2018

Saiful Bukhari Azlan Pilih Azmin Sebagai Calon PM Pembangkang.

Bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan mencadangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali diangkat sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan hari ini.

Menulis di Facebooknya, Saiful mencadangkan nama Azmin kerana menurutnya Azmin bertenaga dan kurang mengamalkan politik lama.

"Saya lihat, Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon yang sesuai diangkat sebagai Calon PM bagi pakatan Pembangkang.
Walaupun beliau tidak dikategori Muda, tapi muda jugalah jika dibandingkan Calon PM pembangkang sekarang ini yang sudah 93 tahun. Beliau juga banyak Idea fresh, bertenaga dan kurang mengamalkan politik lama.
Sewaktu ketika saya bekerja dengan DS Anwar Ibrahim dahulu, Azmin sebenarnya adalah "The Brain" dibelakang strategi, gerak kerja politik dan pengurusan Parti KEADILAN Rakyat. Tanpa Azmin, Anwar tidak dapat memimpin Parti dengan mantap. Ibarat Anwar hanyalah Aktor, dan Azmin lah Pengarahnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Saiful turut berkata kebijaksanaan Azmin berpolitik menyebabkan kerajaan Selangor bertahan sehingga ke hari ini meskipun PAS sudah keluar dari Pakatan Pembangkang.
"Di lihat sebagai pendiam, tak banyak cakap, namun beliau adalah seorang yang sangat licik dan bijak. Kemas gerak kerja, pengurusan dan mahir berpolitik.
Kalau tak mahir dalam politik takkan dia boleh kekalkan Kerajaan Selangor dimana PAS sudah keluar dari Pakatan. Jika ikut logik dah lama tumbang Kerajaan Selangor ni. Tapi dengan kebijaksanaan politik Azmin, ia masih dapat bertahan hingga ke hari ini.
Azmin juga amat disenangi kawan dan lawan. DYMM Sultan Selangor kelihatan selesa dengan beliau sebagai MB. Rakyat Selangor pun suka style kepimpinan Azmin. Orang-orang UMNO di Selangor pon beliau layan dan beri projek. Its an Open Secret, tak percaya pergi lah ke SUK, Boleh nampak orang-orang UMNO berurusan dengan beliau.
Itu lah Azmin Ali," katanya lagi.
Calon Perdana Menteri Harapan menimbulkan polemik sejak kebelakangan ini dengan spekulasi kononnya PKR tidak bersetuju dengan penamaan Mahathir sebagai calon.
Portal The Malaysian Insight pula melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah yang menamakan gandingan Azmin dan Muhriz bagi calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU ke 14 kelak.
Sejak semalam juga viral tulis dari AMK Bera yang turut menyokong cadangan Azmin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri PH.
Tinjauan pula mendapati blog pro PKR dan netizens pro Azmin ada membuat kaji selidik online samada Azmin layak atau tidak dinamakan sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...