Rabu, 3 Januari 2018

Kerana Mengkritik PPBM Menggunakan Saluran TV3, Ketua Armada Kuantan Diugut, Diancam Dan Dihamburkan Kata-Kata Kesat.

Ketua Armada PPBM Bahagian Kuantan, Mohd Asyraf Muhammad Asri, 30 hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa menerima mesej ugutan dan kata-kata kesat, susulan tegurannya terhadap perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, Sabtu lalu.

Laporan itu dibuat selepas pemimpin muda itu mendakwa menerima mesej ancaman selepas kenyataannya disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3 pada malam selepas perhimpunan berkenaan.
Beliau yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa mesej terbabit dihantar seorang individu dalam PPBM peringkat pusat, dikenali sebagai Mr Zack.
"Dalam mesej itu, Mr Zack turut menyatakan seluruh Malaysia ingin berkenalan dengan saya dan meminta saya 'standby' (berhati-hati)," katanya.
Mohd Asyraf mendakwa, surat itu juga antara lain mengandungi ayat kesat selain menuduhnya terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta dikatakan menjadi tali barut parti lawan.
"Saya percaya ugutan dan kecaman itu kerana saya mengeluarkan kenyataan kesal apabila golongan muda tidak berpeluang menyoal berkaitan sebarang isu terkini mengenai kepemimpinan parti (PPBM).
"Dalam temubual (media) itu, saya memberi kenyataan apa sebenarnya berlaku, termasuk isu suara golongan muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti," katanya.
Berikutan ugutan yang diterima, Mohd Asyraf berkata, beliau bimbang keselamatan diri dan keluarganya, sekali gus meminta polis menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...