Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Januari 2018

Lima Tindakan Paling Bangang Ahli Politik Tahun 2017.

Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya semalam dan bermula hari ini kita akan hidup dengan tahun baru, 2018. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2017 juga tidak terlepas menyaksikan sebilangan ahli politik samada daripada pembangkang ataupun kerajaan mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan melakukan tindakan-tindakan yang bukan sahaja membodohkan diri mereka malahan cuba memperbodohkan penyokong-penyokong mereka dan rakyat.

Dan ini adalah 5 tindakan/aksi paling bangang dari ahli-ahli politik di Malaysia;

Tempat kelima

Selamat datang ke tempat kelima Nazri Aziz. Nazri Aziz layak menduduki senarai ini selepas berjaya memecut Adnan Yaakob serta memintas Ahmad Maslan yang semakin berhati-hati mengeluarkan kenyataan bangang selepas menang dua anugerah menteri terbodoh berturut-turut sebelum ini.

Kelayakan Nazri Aziz ini berdasarkan kekantoiannya dalam isu caj IMAMS.

Dengan muka tak bersalahnya, Nazri Aziz mengatakan kepada pihak media yang beliau hanya mengetahui caj yang sepatutnya dikenakan kepada bakal jemaah umrah ialah rm40 keseluruhannya dan ianya sepatutnya tidak wajib.


Akan tetapi, Parlimen ada hansard yang merekodkan semua perbahasan menteri mengenai usul.

Parlimen juga ada rakaman perbahasan.


Dengan bukti yang begitu konkrit, rakyat mengingatkan kembali memori Nazri yang terhilang pada 13 November 2017 yang secara jelasnya Nazri dalam keadaan sedar (bukan tidur), waras (bukan gila) dan faham yang beliau sendiri menyebutkan dengan lantang kos tambahan yang perlu diserap ialah sebanyak rm90.10 termasuklah dengan pakej GST sekali.

Tidakkah beliau nampak begitu bodoh sekali ketika ini?

Tempat keempat

Datuk Nozula Mat Diah menduduki tempat keempat selepas berjaya mencuit hati netizens dengan aksi menangisnya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Kelantan) pada 22 November 2017.


Datuk Nozula diarahkan keluar selepas ingkar arahan Speaker untuk duduk diam mendengar sesi penggulungan bajet Kelantan 2018.

Penyokong Datuk Nozula mempertahankan tindakan tanggisan YB BN itu dengan alasan Datuk Nozula mahu membongkarkan isu berkaitan kepentingan rakyat di dalam dewan; kononnya berkaitan isu penempatan mangsa banjir - bagaimanapun sehari demi sehari berlalu, bulan berganti, tahun berubah jangan katakan pendedahan, berbunyi tentang masalah rakyat pun tiada. Tiada sidang media, tiada kenyataan, tiada tindakan, tiada pendedahan susulan dibuat selepas insiden itu. Oleh itu tanggisan yang dianggap syahdu oleh penyokong BN sememangnya layak dianggap aksi gimik yang bangang oleh netizens.

Tempat ketiga

Ketua Cawangan UMNO Sungai Besar menduduki tempat ketiga. Datuk Jamal Yunos dengan aksinya memecahkan botol arak di depan SUK Selangor pada 5 Oktober 2017 membuktikan kebodohan beliau bukan yang biasa-biasa.

Membeli botol arak kemudiannya memecahkan ia dengan alasan mahu mendesak kerajaan negeri menghentikan pesta arak menunjukkan kepada umum Jamal sebenarnya tidak memiliki sebarang otak. Tidak di kepala, tidak juga di lutut.



Selepas dikecam, Jamal mengatakan botol arak yang dipecahkannya disumbangkan oleh orang cina tetapi ramai netizens memilih untuk tidak mempercayai kenyataan itu.

Selain dikecam kerana bertindak bangang, Jamal juga dipersoalkan kenapa tidak menyerang negeri-negeri lain terutamanya yang dikawal pentadbirannya oleh BN yang turut mengadakan sambutan oktoberfest.

Tempat kedua

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dahulunya dilihat begitu berkaliber dan sering dilaung-laungkan sebagai pengganti Anwar Ibrahim.

Tetapi segala-galanya mula berubah apabila Rafizi gagal dengan Langkah Kajangnya seterusnya menjadi punca utama Pakatan Rakyat berpecah dan kehilangan sokongan rakyat.

Apa yang membuatkan Rafizi memasuki carta ini adalah kerana kecuaiannya dalam melakukan semakan fakta ketika mengatakan Raslan dan Rahman adalah adik beradik hanya kerana bernamakan nama bapa yang sama!


"Setelah saya lakukan siasatan berminggu-minggu, saya nak dedahkan yang pihak yang diberikan kontrak ekspo #negaraku adalah abang kepada Rahman Dahlan...," kata Rafizi dengan muka penuh bangga, yakin dan puas seolahnya baru sahaja mendedahkan isu yang begitu besar dan akan menjatuhkan reputasi Rahman Dahlan yang juga Menteri di JPM.


Malangnya kurang dari 2 jam pendedahan dibuat, secara tiba-tibanya Rafizi memadamkan kesemua sidang medianya mengenai hal tersebut tanpa memberikan penjelasan lanjut kepada pihak media dan netizens yang tertanya-tanya sehinggalah selepas sehari berlalu.

Walaupun telah terbukti melakukan kesilapan yang agak besar dan memalukan, Rafizi bukan sahaja tidak nampak macam mengaku bersalah malahan sepertinya ego untuk mengakui kesilapan sendiri.

Namun tindakan itu tidak cukup kuat untuk meletakkan Rafizi di tempat kedua andaikata beliau tidak kantoi dengan screenshot yang memaparkan persoalan beliau kepada Raslan - apakah Raslan dan Rahman adalah adik beradik di ruangan Messenger!

Yang anehnya soalan itu ditanya selepas Rafizi membuat pembongkaran. Dan apabila diminta untuk memberikan pengesahan mengenai sebaran screenshot itu, Rafizi tidak memberikan sebarang respon kepada kami - lalu apakah yang boleh kita fikirkan disini?

Dan ini adalah bukan kali pertama Rafizi melakukan kecuaian fakta sedemikian rupa. Kami berharap Rafizi belajar dari kesilapannya atau bersedia menggantikan Ahmad Maslan sebagai icon bangang sedikit masa lagi.

Tempat pertama

Wakil rakyat Dun Salor, Datuk Husam Musa yang juga ADUN dari Amanah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta ini.

Tindakan bodoh yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan adalah mengenai kenyataannya tentang sumbu ajaib yang kononnya boleh menjimatkan minyak.


Menurut Husam, sejenis alat yang berbentuk seperti sumbu dikatakan boleh membantu menjimatkan petrol. Dan jika diletakkan ke dalam tangki motor, ianya boleh mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga minyak.


Bagaimanapun kenyataan itu ditempelak bukan sahaja oleh musuh politiknya bahkan oleh orang awam juga.

Husam bukan sahaja menjadi bahan ejekan, troll dan cercaan penyokong BN, PAS, atas pagar, malahan oleh mereka-mereka yang tidak berminat dengan hal ehwal politik negara.

Penyokong-penyokong PH terutamanya Amanah yang membela Husam juga tersangatlah kecil bilangannya kerana kebanyakannya memilih untuk mendiamkan diri dan buat bodoh sahaja akibat tak tergamak dilihat membela kenyataan bodoh itu.

Selain kenyataan/aksi bangang; ahli-ahli politik berikut juga layak dinobatkan dengan anugerah tertentu.

Mahathir - anugerah pakar uturn

Selepas menjadi pembangkang yang begitu anti kepada Najib, satu persatu idelogi dan pemikiran Mahathir ketika menjadi pro kerajaan bertukar dan uturn dalam sekelip mata.

Uturn demo
Daripada pandangannya tentang DAP termasuklah kes liwat II Anwar Ibrahim, segala-galanya menjadi terbalik dan berbeza.

Seolah-olah DAP dan PKR ialah malaikat dan BN adalah syaitan-sesyaitan syaitannya di hati Mahathir. Itupun dalam masa 2 tahun! Boleh ke berubah begitu sahaja selepas bertahun-tahun menyayangi UMNO? Terserah kepada penilaian masing-masing.

Dalam masa dua tahun kebelakangan ini juga, tidak terhentinya juga uturn Mahathir. Muhyiddin pernah dinamakan Mahathir calon PM bagi Pakatan Harapan jika menguasai Putrajaya namun kini namanya yang naik, bagaimana pula?

Apapun sebelum tahun baru melahirkan diri, Mahathir sempat juga membuat pusingan U yang memalukan Nurul Izzah.

Selepas dilaporkan meminta maaf, Mahathir mendakwa beliau meminta maaf kerana adat melayu dan bukannya bermaksud mengakui kesilapannya semasa mentadbir negara. 

Nurul yang telah memaafkan Mahathir ketika membaca laporan berita yang pertama, entah apa agaknya perasaannya. Mungkin terkesima dan terkedu dipermainkan begitu sahaja!

Hadi - anugerah pakar ponteng

Sebut sahaja Ahli Parlimen kaki ponteng; pastinya ramai pihak akan teringatkan Hadi Awang dan Najib Razak.

Bagaimanapun Najib Razak diberikan sedikit kelonggaran disebabkan peranannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun, apa yang membolehkan TG Hadi Awang turut sama menjadi kaki ponteng Parlimen?

Sidang OIC lagi penting dari sidang Parlimen
Sejak PR berpecah dan TG Hadi bergaduh teruk dengan DAP, TG Hadi telah memangsakan pengundinya di Marang apabila semakin jarang dilihat berada dalam Parlimen bagi membahaskan dan membincangkan masalah rakyat.

Tidak salah dan pelik sebenarnya melihat parti politik berubah menjadi kawan dan lawan dalam sekelip mata; tetapi persoalannya, apa salah pengundi Marang sehingga TG Hadi melayan mereka dengan meremehkan kehadiran ke Parlimen mengikut jadual yang ditetapkan?

Adakah gaji tuan guru itu berkat?
Adakah ponteng kerja itu amanah?
Bagaimana Islam membaca perlakuan tersebut?
Tuan Guru lebih arif menilai diri sendiri.

Najib - anugerah pakar sembang kencang sampai babi + gajah terbang berirama

Apa sahaja yang tidak dicakapbesarkan oleh Najib?

Perdana Menteri Malaysia sememangnya hebat dalam menyampaikan ucapan yang berbaur kebanggaan dan keperasanan tak tentu pasal.


Beliau dengan bangganya mengakui berketurunan bugis yang berani pahlawan gagah perkasa - walaupun takut berdebat dan bersemuka dengan Mahathir.

Beliau juga dengan bangganya mahu menyelamatkan Rohingya tetapi tidak pula memutuskan hubungan dengan Myammar.

Beliau juga hebat bermain kata-kata dalam soal Palestine tetapi tanah FELDA bernilai rm270 juta hilang di depan mata.

Jangan kita lupa. Berkali-kali Perdana Menteri kita mengkritik pembangkang berjanjikan retorik tetapi apakah Najib Razak juga sebenarnya berbeza?

Isu 1MDB yang begitu dibangga-banggakan kononnya membantu ramai muslim menunaikan haji percuma tidak pula Najib ceritakan mengenai hutang yang perlu dibayar dengan menjual saham, aset dan tanah.

Anugerah untuk penyokong politik

Tidak terhad kepada ahli politik, penyokong-penyokong politik juga berpeluang untuk mendapat anugerah 'kecemerlangan' disebabkan 'kebangangan' mereka dalam berpolitik terutamanya ketika berdebat dan menulis komen.

Tahun 2017 menyaksikan penyokong-penyokong parti PAS dan Amanah agak kurang ataupun 'slow' menyerang penyokong-penyokong BN samada di laman sosial ataupun di blog-blog dan pelbagai platform media sosial lainnya.

Mereka sebaliknya lebih gemar menyerang sesama sendiri dan gagal meraikan kepelbagaian pendapat dalam ruang demokrasi.

Jadi untuk tahun 2017, penyokong-penyokong parti PAS dan Amanah dianugerahkan penyokong parti yang paling emosi dan merapu ketika menzahirkan komen dan pandangan kerana terlalu terheret dengan sentimen perpecahan parti. Bagaikan gila talak, kedua-duanya kumpulan ini akan bergaduh di mana sahaja mereka bertemu dan bersua muka.

Sampaikan kebanyakan dari pemerhati merasa jemu dan mahu mengkahwinkan sahaja penyokong-penyokong PAS dan Amanah yang nampaknya macam benci tapi rindu antara satu sama lain.

Apakah mereka akan meneruskan budaya tersebut untuk tahun 2018? Ataupun gelaran itu akan dirampas kembali oleh penyandang tetap dan juara bertahun-tahun, iaitu penyokong Barisan Nasional? Mari kita sama-sama menyaksikan ia untuk sepanjang tahun ini.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...