Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Januari 2018

Selepas Nurul Izzah Memaafkan, Mahathir Kata Minta Maaf Adat Melayu.. - Sekali Kena Troll Pula..

Semalam ketika mengakhiri ucapan dasar di Perhimpunan Agung PPBM yang sulung di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka. 


Bagaimanapun selepas beberapa jam mengeluarkan kenyataan itu, Mahathir menegaskan kenyataan maaf adalah perkara biasa yang dilakukan oleh adat melayu.

“Seperti saya kata, adat kita (orang Melayu) untuk memohon maaf untuk apa-apa kesalahan yang orang kata saya buat. 

“Sama ada saya mengaku saya buat salah atau tidak itu hal yang lain. Apa yang penting kita mesti selalu rendah diri, dan apabila berkata-kata, anda memohon maaf sekiranya menyakitkan hati sesiapa," katanya.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab persoalan rakan media yang bertanyakan apakah tindakan memohon maaf oleh bekas Perdana Menteri itu bertujuan untuk meredakan desakan pihak-pihak yang memintanya memohon maaf. 

Mahathir turut mengatakan tidak timbul isu samada beliau mengaku bersalah ataupun tidak kerana beliau memohon maaf andai sekiranya telah menyakiti hati sesiapa, ujarnya.

Selepas Mahathir dilaporkan meminta maaf, Nurul Izzah pula menulis di facebooknya telah memaafkan individu yang pernah menjadi musuh ketat bapanya itu.


"BIARLAH NAJIB MENJADI DIKTATOR TERAKHIR BUAT MALAYSIA... 

Seperti yang saya tegaskan sebelumnya, kita merupakan pakatan yang terbina atas dasar prinsip reformasi dan keadilan, bukan atas dasar harta, kebendaan, ataupun kepentingan mahupun kesengsaraan peribadi. 

Sebahagian daripada prinsip menuntut keadilan memerlukan pengakuan kesilapan lampau, penerimaan agenda reformasi demi merubah sistem bobrok yang melahirkan diktator demi diktator. Kita perlu mengorak langkah yakin ke depan, demi memacu harapan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan. 

Nurul turut menyifatkan permohonan maaf Mahathir telah melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai.

"Tindakan Tun Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai. 

Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepadaNya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman. Reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator. Kita mulakan langkah ke depan berbekalkan semangat 1998, demi menuai kemenangan 2018 dengan memastikan PM Najib Razak menjadi diktator terakhir buat Malaysia. 

Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia. Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia. Jadikan masa depan, milik kita," katanya lagi.


Bagaimanapun apabila Malaysiakini melaporkan kenyataan susulan Mahathir mengenai permohonan maaf adalah satu bentuk 'gesture' yang merujuk kepada adat orang melayu, Nurul Izzah telah menjadi mangsa troll di laman sosial. 

Tidak hanya Nurul Izzah, penyokong-penyokong Mahathir khususnya dan penyokong pembangkang turut menjadi sasaran ejekan di laman sosial.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...