Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Januari 2018

Perjuangan PAS Kini Sudah Sesat - Lim Guan Eng.

Perjuangan PAS sudah sesat. Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika diminta mengulas berhubung peletakan jawatan ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar daripada PAS semalam.

Selain melabelkan PAS sudah sesat, Setiausaha Agung DAP itu juga menyifatkan PAS adalah parti politik pembangkang yang olok-olok kerana telah dipuji UMNO.


"Perjuangan PAS kini sudah sesat. Sesat sampai dipuji oleh Umno.

Jika Umno puji kamu sebagai sebuah parti politik pembangkang yang baik, kamu lingkup la. Kamu parti pembangkang yang baik sebab kamu ikut cakap mereka, dan tidak ganggu atau mengancam kedudukan mereka.

Itu tidak menjadikan kamu sebuah parti pembangkang yang sebenar. Kamu seperti parti pembangkang olok-olok," katanya dalam satu sidang media di Pulau Pinang tadi, memetik laporan The Malaysian Insight.


Terdahulu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mengisytiharkan keluar dari parti PAS bersama isteri dan anak-anaknya tepat pada jam 11.59 minit malam, 31 December 2017.

Keputusan itu diambil kerana menurut Mahfuz;

1. PAS bersikap berkecuali yang menunjukkan PAS tidak menyedari penderitaan yang mencengkam rakyat.

2. RUU355 ialah alat propaganda politik bukan kerana komitmen tinggi demi Islam.

3. PAS sasarkan hanya 40 kerusi Parlimen yang menunjukkan parti itu tiada bersedia untuk mengambilalih pentadbiran negara (pusat).

Atas sebab-sebab tersebut dan beberapa alasan lain yang tidak dinyatakan oleh Mahfuz dalam sidang semalam, beliau memilih untuk keluar dari PAS kerana berasa dipermainkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...