Selasa, 2 Januari 2018

Jangan Fitnah Mufti, Bertaubatlah Kata MB Selangor - Azmin Sindir Siapa?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menulis di Twitternya dengan berkata adalah tidak wajar mana-mana pihak menfitnah dan memperlekehkan mufti.

"Tidak wajar mana mana individu mempersendakan dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeda pandangan tetapi jangan aibkan orang lain," katanya pada kelmarin.


Tanpa menyebutkan sebarang nama, Azmin Ali juga menyeru agar agar individu tersebut hentikan sandiwara dan bertaubat nasuha.

"Memfitnah mufti adalah satu tindakan yang keterlaluan. Taubat nasuha. Hentikan sandiwara," katanya lagi.

Ramai pemerhati politik percaya Azmin tujukan kenyataan tersebut kepada Tun Mahathir Mohamed yang kini dalam polemik disebabkan mempertikaikan mufti yang dakwanya gagal bertindak menghalang 'fatwa ektreme' Hadi mempengaruhi masyarakat muslim ketika itu.


“Apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah perlu mufti-mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? 

Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju dengan pendapat PAS.

Ia tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi mufti mencabar. Kenapakah ‘Amanat Hadi’ itu tidak disangkal oleh mereka?,” kata Mahathir sewaktu ucapan penggulungan di mesyuarat agung tahunan pertama PPBM di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC). 

MAZA yang juga Mufti Perlis ketika diminta mengulas akan kenyataan Mahathir itu menafikan mufti tidak bertindak sebaliknya menyatakan Majlis Fatwa Negara telah menjalankan peranannya apabila mengisytiharkan 'Amanat Hadi' sebagai sesat.

“Amanat itu nyata sekali mengisytiharkan perlembagaan negara ini sebagai kafir dan rakyat harus berjihad terhadap mana-mana orang yang berpegang pada Perlembagaan. 

Kandungan amanat itu, jika ia dilaksanakan, akan menjadi lebih berbahaya daripada kepercayaan pengikut Islam (IS) sekarang,” katanya seperti dilaporkan oleh New Strais Times pada semalam.

Polemik isu Memali kembali menjadi pertikaian apabila Mahathir membuka cerita mengenai peristiwa tersebut ketika berucap di perhimpunan Agung sulung PPBM yang pertama di IDCC.

PAS Johor juga dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa Mahathir menfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang berhubung dakwaannya mengenai insiden Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...