Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Januari 2018

Segala Pendapatan Mahfuz Sebagai Wakil Rakyat Dikhuatiri Haram, Mungkin Dilaknat Dek Langgar Baiah - Mursyidul Am PAS.

Oleh : Utusan Online

Tindakan Datuk Mahfuz Omar keluar daripada Pas langsung tidak memberi kesan kepada parti itu sebaliknya Ahli Parlimen Pokok Sena itu perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya yang mengkhianati janji dengan Allah apabila pernah melafazkan baiah sebelum ini. 

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, segala pendapatan Mahfuz yang diperoleh daripada jawatan sebagai wakil rakyat dikhuatiri menjadi haram selain mungkin dilaknat Allah selepas melanggar baiah tersebut. 

"Di dalam Islam wajib kita taat pada baiah yang dilafazkan sebab itu janji seseorang itu dengan Allah.

"Apa sekali pun kita tidak halang, terpulang kepada beliau (Mahfuz) kerana itu tanggungjawabnya dengan Allah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pas Cawangan Padang Pauh, di sini malam tadi. 

Kelmarin, Mahfuz yang menjadi ahli Pas sejak 12 Mac 1984 mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas sehingga pengumuman baharu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 


Dalam surat pemberhentian keahliannya yang diemel kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan petang kelmarin, Mahfuz memberi alasan kegagalannya menjadi 'penghubung' antara gabungan pembangkang dan Pas sebagai punca beliau mengambil keputusan itu. 

Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58, dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30, manakala anak lelakinya, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti itu setahun lalu. 

Mengulas lanjut, Hashim berkata, pihaknya tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pemimpin yang keluar daripada Pas sebaliknya parti itu sedia memberi ruang kepada mereka sedar dengan tindakan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...