Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Januari 2018

48 Jam Untuk Serah Diri Kata SPRM Kepada Naib Presiden Warisan.

Oleh : Bernama


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh 48 jam kepada dua individu termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony, untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah.
Anthony, 46, bersama peguam, Michael Persius Ubu, 61, diperlukan SPRM bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah yang bernilai kira-kira RM155 juta.
Alamat terakhir Anthony di Taman Cantek Phase 4, Lorong Bunga Dahlia 3, 88200 Kota Kinabalu; manakala alamat terakhir Michael Ubu di Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.


Dalam kenyataannya hari ini, SPRM berkata, kedua-duanya diberi tempoh selama 48 jam untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Negeri Sabah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan untuk menghubungi Penolong Kanan Penguasa, Mohd Tharuzi Mohd Nor di talian 013-9557850.
 

Anthony dijangka mengadakan sidang media hari ini. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan tentang siasatan yang sedang berlaku itu atau di manakah dia berada kini. 

Anthony sebelum ini ditahan SPRM pada 5 Oktober dan direman lima hari dalam siasatan penyelewengan dana RM1.5 bilion kerajaan persekutuan untuk pembangunan luar bandar Sabah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...