Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Julai 2018

Ini Bukti Sejak 2015 Prasarana Akui Kos Bina LRT3 Bukanlah Sekadar RM9B Sahaja..

Ini adalah artikel semakan fakta.

Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa Kementerian Kewangan dibawah Menterinya, Lim Guan Eng dengan sengaja menaikkan kos sebenar projek LRT3 daripada RM9b kepada RM31.65b bagi tujuan melakukan propaganda politik.

Lim didakwa sengaja menaikkan kos projek LRT3 dan kemudiannya mengemukakan pelan tindakan bagi mengurangkan kos dan akhirnya disebabkan itu, Lim akan dipuji rakyat kerana berjaya menjimatkan wang negara. 

Demikianlah dakwaan yang dilemparkan ke atas Menteri kewangan oleh segilintir pihak.

Bagaimanapun berdasarkan semakan berita tahun 2015 yang dilaporkan oleh Mstar (The Star edisi bahasa melayu), Prasarana menerusi kenyataan Pengarah Urusannya, Azmi Abdul Aziz dilaporkan pernah berkata kos RM9b yang diumumkan hanyalah merangkumi kos pembinaannya sahaja.


Kos RM9b yang diumumkan tidak termasuk kos pengambilalihan tanah. 

Rujukanhttp://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/12/pembinaan-lrt-3/

Ketika Kementerian Kewangan mengeluarkan dua kenyataan mengenai kos sebenar LRT3, Prasarana kemudiannya dilaporkan memberikan dua respon mengenainya;

Pertama : Prasarana komited semak semula kos LRT3

"Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) komited menyemak semula kos keseluruhan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) seperti diarahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham, berkata pihaknya mengambil maklum kenyataan Guan Eng semalam berhubung peningkatan kos keseluruhan projek LRT3.

"Kita akan berusaha lebih giat untuk mengurangkan lagi kos terbabit.

"Pihak pengurusan Prasarana sudahpun mula mengurangkan kos projek LRT3 sejak Februari lalu dan akan terus bekerjasama erat dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini,"
katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

👉 Yang memberikan bayangan Prasarana mengakui kos yang diumumkan oleh Lim adalah kos bagi keseluruhan projek untuk menyiapkan LRT3 ataupun kita sebut sebagai kos akhir yang merangkumi pembinaan, pengambilalihan tanah, operasi, fi perundingan, faedah pinjaman, pengurusan projek, sistem, aset dan lain-lain berkaitan.


Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447703/prasarana-komited-semak-semula-kos-projek-lrt3

Kedua : Prasarana komited kurangkan kos sejak Feb 2018. 

"Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham, dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung peningkatan kos keseluruhan projek LRT3 dan akan berusaha untuk mengurangkan lagi kos berkenaan".
 👉 Yang memberikan bayangan pendedahan Lim mengenai kos sebenar LRT3 bukanlah rekaan ataupun propaganda politik. Prasarana mengakui, bersetuju dan mengesahkan kenyataan Lim adalah merupakan fakta. Jika ia merupakan propaganda politik, Prasarana sepatutnya menafikan pendedahan Lim. 

Rujukan : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/447813/prasarana-laksana-usaha-pengurangan-kos-lrt-3-sejak-februari

Bagaimanapun semakan fakta bersetuju langkah Lim mengurangkan kos projek dari 31.65b kepada 16.63b bukanlah satu proses penjimatan yang boleh dibanggakan.


Bagi semakan fakta, tindakan Lim itu hanyalah proses 'downgrade' kerana apa yang Lim lakukan ialah menggurangkan jumlah jajaran, jumlah gerabak dan jumlah stesen yang akan dibina, yang secara langsung sudah tentu akan menggurangkan kos memandangkan cadangan projek asal telah 'dipotong'. 

Lim boleh dipuji jika kos sebenar berjaya dikurangkan sebanyak 47% dengan cadangan projek asal diteruskan seperti biasa.

Artikel semakan fakta adalah respon kepada penulisan Khairul Azri yang anda boleh baca dibawah ini;

LRT 3 antara Angka dan Persepsi.

"Kerajaan jimat RM15 Billion atau 47 peratus bagi projek LRT3 selepas kurangkan kos. Kos akhir RM16 Billion" - LGE

Maka macam-macam respon lah yang keluar, ada yang memuji ada yang mencebik.

Den tak nak respon banyak cuma nak senaraikan angka kos LRT3 dan garis masa sejak dari mula sampailah kini.

1. Mei 2016 : Prasarana Umum Projek LRT3.

Kos RM9 Billion, 50 peratus kerja pembinaan untuk bumiputera, LRT 3 akan menghubungkan Bandar Utama-Klang sepanjang 37 kilometer dengan penyediaan 26 ste­sen hentian. Projek pembinaan LRT itu dianggarkan bernilai RM9 bilion dan dijangka siap pada Ogos 2020.

Kesimpulan: Kos RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber : http://www.utusan.com.my/…/lrt-3-50-peratus-kerja-pembinaan…

2. Ogos 2016: Najib Lancarkan Projek LRT3.

Kos RM9 Billion, mula kerja awal 2017, siap 31 Ogos 2020, 26 stesen dan sebuah stesen bawah tanah.

*Fun Fact: Azmin yang ketika itu adalah MB selangor juga telah hadir ketika majlis berkenaan dan Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan*

Kesimpulan : Kos masih lagi RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber: http://www.astroawani.com/beri…/pm-lancar-projek-lrt3-114990

3. April 2017 : Kontrak projek LRT3 dimuktamadkan Julai 2017 - Prasarana

Kos RM9 Billion, dijangka siap juga masih pada Ogos 2020. Pembinaannya masih membabitkan laluan 37 kilometer dengan 26 stesen menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia.

Selain itu, sebanyak 10 stesen LRT akan dilengkapi dengan kemudahan 'park n ride', selain dibantu dengan bas pengantara untuk mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu.

Kesimpulan: Kos kekal RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber : https://www.bharian.com.my/node/275736
 

4. Julai 2017: Kenapa kos LRT P Pinang lebih mahal dari LRT3?

MCA mempersoalkan kos Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas akan menelan belanja sebanyak RM8.4 bilion.

Walhal pada Mei 2016, projek LRT sepanjang 30km itu dilapor bernilai RM7 bilion tetapi kini meningkat sebanyak RM1.4 bilion dalam tempoh setahun.

"Memandangkan projek LRT Pulau Pinang meningkat sepenuhnya, dengan harga RM280 juta setiap kilometer, nampaknya kos ini lebih mahal setiap km berbanding dengan projek LRT3 di Lembah Klang.

"LRT3 adalah 37km panjang tetapi juga termasuk seksyen terowong bawah tanah sepanjang 2km dan stesen bawah tanah. Walaupun demikian, kos LRT3 ialah RM9 bilion atau kira-kira RM243 juta setiap km," kata Datuk Michael Lee Beng Seng.

Kesimpulan: Kos masih lagi RM9 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/389140 

5. 9 Julai 2018: Boleh jimat RM6 bilion, Prasarana punca kos LRT3 melonjak.

Perubahan yang dibuat Prasarana Malaysia Bhd membabitkan laluan sepanjang 37km mengakibatkan kos melambung kepada RM15 bilion dan kalau diambil kira kos PDP akan bertambah lagi kos dalam RM900 juta yang menjadikan kos keseluruhan berjumlah kepada RM16 Billion.

Kos projek yang telah meningkat adalah disebabkan oleh pindaan terhadap reka bentuk LRT asal yang menggabungkan ciri-ciri baru dan usaha peningkatan kapasiti penumpang yang telah dilakukan.

Namun, kos melengkapkan projek sistem transit aliran ringan 3 (LRT3) boleh dikecilkan sehingga RM6 bilion jika kembali mengguna pakai pelan asal.

Pengurangan bilangan stesen, keretaapi dan reka bentuk stesen boleh mengecilkan kos kembali kepada sekitar RM9 bilion iaitu kos asal projek tersebut.

Kesimpulan: Kos dah naik RM16 Billion, masih lagi siap 2020, peningkatan sebab perubahan rekabentuk dan juga pertambahan kapsiti penumpang.

Sumber : https://www.edgeprop.my/…/prasarana-ponders-taking-over-lrt…
https://www.projekmm.com/…/boleh-jimat-rm6-bilion-prasarana…

6. 10 Julai 2018: Kos LRT3 perlu dikurangkan

MOF bagi syarat LRT3 hanya akan diteruskan jika Prasarana dapat mengurangkan kosnya lebih daripada RM6 bilion.

LGE umumkan bahawa pada 30 Mac lalu, Prasarana telah meminta jaminan kerajaan tambahan sebanyak RM22 bilion lagi untuk membiayai pinjaman bagi menyiapkan projek LRT3 ini.

Guan Eng berkata, kos keseluruhan projek itu mencecah RM31.45 bilion akibat kelemahan pengurusan projek oleh Prasarana.

Kesimpulan: Kos bukan lagi RM16 Billion, tapi dah jadi RM31.45 Billion, dijangka siap 2020.

Sumber : https://www.bharian.com.my/…/447516/kos-projek-lrt3-disemak…
http://temp.malaysiagazette.com/…/kos-lrt3-perlu-dikurangk…/

7. 11 Julai 2018: Putrajaya jimat RM15 bil projek LRT3 selepas kurangkan koc, kecilkan stesen.

Keputusan dicapai dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam, yang menyaksikan jumlah kos asal RM31.65 bilion dikurangkan kepada RM16.63 bilion, pengurangan sebanyak 47%, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Antara perkara yang membantu pengurangan kos termasuk pembinaan stesen yang lebih kecil, dan bilangan koc dikurangkan daripada 42 set tren 6-koc kepada 22 set tren 3-koc.

Di samping itu, pembinaan 5 stesen ditangguhkan, iaitu Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic, sehingga wujud keperluan berdasarkan pertambahan penumpang.

Sebuah terowong bawah tanah sepanjang 2km di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam, juga dibatalkan.

Selain itu langkah lain yang turut diambil adalah dengan melanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari tahun 2020 ke 2024 untuk mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek itu.

Kesimpulan : Kos dah jadi RM16 Billion balik, Koc dikurangkan, stesen dikurangkan, tempoh siap dipanjangkan kepada 2024.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/…/putrajaya-jimat-rm15-bi…/

Persoalan : Perasan tak, hanya dalam masa tiga hari, kos LRT 3 yang asalnya dari 9 billion -> naik 16 billion ->naik 32 billion ->lepastu turun 16 billion balik.

Dan paling best walaupun kos dah kembali jadi RM16 Billion yang mana angka ini adalah angka baru yang disebabkan oleh pindaan terhadap reka bentuk LRT asal yang menggabungkan ciri-ciri baru dan usaha peningkatan kapasiti penumpang..

Last-last rakyat tak dapat pun spec seperti diatas, tapi kita dapat -

Koc kena potong, stesen kena potong, tempoh siap pun delay.. tapi still pada harga RM16 Billion, apakah?

Lagi satu, MOF kata bagus sebab dapat jimatkan kos sehingga RM15 Billion, ni den nak koba sikek, bang kalau kita dapat menjimatkan kos lepas kurangkan spec dan requirement dalam apa-apa projek pun, itu bukan berjimat tu bang, itu namanya..

'Downgrade.'

Sekian.

#malaysiabaru

p/s : Time Value of Money, benda jadi lagi murah ke kalau kita dok tangguh konon-konon nak buat projek ni di masa depan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...