Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Julai 2018

PH Naik Tocang, Pantang Ditegur Tapi Saya Tak Gerun - Nasruddin Hassan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan hari ini mempertikaikan pemerintahan Pakatan Harapan yang disifatkannya tidak boleh ditegur sedangkan dahulunya Pakatan Harapan juga yang memperjuangkan kebebasan hak bersuara. 

Meskipun tidak lagi boleh ditegur, Nasruddin juga berkata beliau sesekali tidak berasa gerun dengan pentadbiran Pakatan Harapan.

"Dah mula naik tocang! Mabuk dalam kuasa baru. Dulu mereka perjuangkan hak kebebasan bersuara, boleh berbeza pendapat dan mengkritik kerajaan. 

Bila dah jadi kerajaan, mula tunjuk taring dan menyergah sana sini. Ermmm, tidak ku rasa gerun walau guruh berdentum dentam," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Adun Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung yang berkata tiada tempat bagi pemimpin PAS seperti Nasrudin untuk mengamalkan politik agama dan perkauman di negara ini.

Gooi berkata demikian merujuk kepada kenyataan Nasrudin mengenai pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Liew Vui Keong sebagai menteri undang-undang dan Tommy Thomas sebagai peguam negara.

Menurutnya, Nasrudin mempunyai "niat yang jelas untuk menyemai kebencian kaum dan agama" di negara ini dengan membuat kenyataan sedemikian.

"Ini adalah menyalahguna kebebasan bersuara, menyalahi undang-undang dan kata-katanya yang berniat jahat mesti dikutuk dengan bahasa yang paling tegas.

"Tiada asas untuk mengatakan tokoh-tokoh yang dihormati itu akan berprasangka atau bertindak secara tidak adil terhadap umat Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,"
kata Gooi, memetik laporan Malaysiakini pada rabu. - 14 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...