Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2018

Aktivis LGBT Akhirnya Buka Mulut Isu Perlantikan Sebagai Pegawai Khas, Dakwa Disabotaj, Mahu Tinggalkan Malaysia..

Kenyataan Media
 

Saya telah mengambil keputusan untuk hanya menolong sahabat saya, saudara Syed Saddiq sebagai Pegawai Akhbar sementara dan akan menyerahkan tugas untuk menguruskan akhbar dan media kepada Setiausaha Akhbar baru yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

 
Kecaman dan ancaman yang hebat oleh agen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuk saya menjalankan amanah yang diberi, justeru saya mengambil keputusan untuk tidak bertugas secara rasmi di Kementerian. Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan apa hala tuju saya selepas ini.

Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang perlantikan rasmi di Pejabat Menteri.

Menjawab mengenai isu beberapa nama-nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan. Saya difahamkan oleh YB Menteri tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah.

Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara Syed Saddiq atas peluang dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di Kementerian.

Ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat untuk beliau.

Saudara Syed Saddiq menghormati keputusan saya ini dan bertegas menolak sebarang bentuk diskriminasi, justeru saya juga memohon supaya tidak dipanjang-panjangkan lagi polemik ini.

Saya rasa terharu dan sangat menghargai sokongan bertalu-talu oleh masyarakat, sahabat handai dan keluarga.

Mudah-mudahan kita dapat hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis.

Salam hormat,
NUMAN AFIFI

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...