Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Julai 2018

Jho Low Lari Ke Macau, Mungkin Mahu Mohon Suaka..

Ahli perniagaan kontroversi, Taek Jho Low dan keluarganya dilaporkan telah berlepas ke Macau dari Hong Kong pada minggu lepas, lapor South China Morning Post hari ini. 

Laporan itu turut menyebut, baik Malaysia ataupun Singapura, kedua-dua negara itu tidak memohon perintah tangkap bagi menahan ahli perniagaan yang dianggap sebagai 'pelarian' itu kerana dikaitkan dengan skandal penyelewengan 1MDB.


Laporan itu berkata, Jho Low dan rombongannya bersembunyi di Admiralty, sebuah pulau yang terletak di Hong Kong, menduduki beberapa bilik tingkat atas di Pacific Place Apartments, sebelum pergi ke hab kasino, kata sumber yang maklum dengan pergerakan Jho Low.

Sumber itu turut mendedahkan, sekurang-kurangnya pada hari sabtu (semalam) Jho Low masih kelihatan berada di Macau. 


Jutawan itu sebelum ini dikatakan memiliki rumah di New York dan Los Angeles, dilihat berparti mewah, boros dan bebas dengan beberapa bintang filem terkenal di US.
 

Jho Low dilaporkan tidak duduk setempat sejak kempen pilihanraya ke 14 di Malaysia. Pada Mei dia berada di Phuket, Thailand bagi menunggu keputusan akhir pilihanraya di keluarkan. Jho Low kemudiannya dilaporkan melarikan diri ke Hong Kong dan berada disitu berbulan lamanya sebelum bertindak keluar Hong Kong dan menuju ke Macau minggu lepas.

Kapal mewah Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low juga pernah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia dan ia dibawa belayar sekitar kepulauan Asia - di antara laluan Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan China, sejak kerajaan US melaporkan pembelian kapal itu ada kaitan dengan penyelewengan 1MDB. Bagaimanapun Jho Low menafikan ia berkali-kali sehingga kini pemilik asal Equanimity tidak pernah didedahkan kepada umum.

Difaham, Jho Low boleh memohon perlindungan suaka jika beliau berada di Macau, lapor South China Morning Post pada jumaat.

"Jho Low berada di Hong Kong selama beberapa bulan. Dia tinggal di sebuah apartment tingkat atas di Pacific Place bersama keluarga dan rombongannya. Mereka berpindah dari apartment itu menuju ke Macau beberapa hari yang lepas walaupun Interpol telah mengeluarkan notis merah mengenai Jho Low," kata sumber itu kepada wakil South China Morning Post.

Bagaimanapun pihak berkuasa Hong Kong tidak melakukan apa-apa halangan ke atas Jho Low memandangkan Malaysia dan Singapura tidak membuat sebarangan permohonan rasmi untuk menyekat perjalanan Jho Low.

"Pihak polis di Hong Kong tidak mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menangkap (Jho Low), walaupun Jho Low mempunyai notis merah Interpol. 


Perkara itu hanya boleh dilakukan andai ada permintaan rasmi dari negara asal (Malaysia), namun setakat ini ianya masih belum ada," lapor media itu lagi.
 

Media itu turut melaporkan Jho Low telah menyewa beberapa pangsapuri di tingkat 32, 34 dan 36 di Pacific Place Apartments.
 

Semakan menerusi beberapa laman web mendapati sewaan bagi satu unit apartment dengan satu bilik tidur yang berkeluasan 1,220 kaki persegi boleh didapati dalam lingkungan HK $84,000 sebulan (US $10,700) manakala satu unit apartment dengan tiga bilik yang berkeluasan lebih daripada 2,650 kaki persegi pula disewa dalam lingkungan HK $230,000 sebulan. Satu nilai yang sangat mahal dan mewah. 

Bagaimanapun siasatan yang dijalankan oleh wakil South China Morning Post bersama wakilnya, apabila ditunjukkan gambar Jho Low kepada pekerja di Pacific Place Apparment, kesemua mereka menafikan pernah melihat Jho Low dan menolak dakwaan nama itu antara penyewa yang berdaftar di apartment itu. 


Jho Low dianggap pelarian apabila perintah notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol tidak dipatuhi oleh jutawan itu untuk segera pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan mengenai skandal penyelewengan 1MDB. - 8 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...