Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2018

Selepas Beria-Ria Buat Cerita Sedih, Siti Aishah Kini Dilantik Ke Jawatan 'Jaga Belia' - Adakah Sengaja Diwujudkan?

Pada selasa lepas, pimpinan muda PKR, Siti Aishah Shaik Ismail meluahkan perasaannya bagaimana beliau terpaksa menarik diri dari menjadi calon jawatan Speaker Dun Perak disebabkan tekanan yang diterima dari wakil DAP dan Amanah di Perak.
 

Luahannya itu mendapat perhatian luas rata-rata pemerhati politik tanahair dan turut mengundang perdebatan awam di ruangan media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan blog-blog politik tanahair.

Baca : Siti Aishah Tarik Diri Dari Pencalonan Speaker Perak Selepas Akui Ditekan DAP dan Nizar..

Bagaimanapun tidak sampai seminggu 'merajuk' Siti Aishah kini dilaporkan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Faizal Azumu. Jawatan itu juga dilaporkan sama taraf dengan ahli exco.




Bernama melaporkan Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail akan dilantik menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Besar bertaraf Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata pelantikan itu akan berkuat kuasa dalam waktu terdekat dan Siti Aishah sendiri telah dimaklumkan mengenainya.

"Pelantikan Siti Aishah bukan atas gesaan dan daripada mula lagi kita telah berhasrat meletakkan beliau di satu tempat yang berpengaruh. Saya sendiri telah bercakap dengan beliau (Siti Aishah) secara peribadi dan beliau bersetuju menerima lantikan ini.

"Beliau sebagai penasihat khas akan berperanan untuk membantu mendekati golongan belia dan muda di negeri Perak,"
katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada sabtu.



Apa yang menjadi kebimbangan awam ialah tradisi mewujudkan satu-satu jawatan dengan sengaja bagi menjaga hati pihak tertentu.

Tidaklah salah andai jawatan itu benar-benar perlu wujud bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tetapi jika ianya sengaja diwujudkan atas tujuan politik, bukankah ini amalan yang tidak sihat? Selain merugikan wang pembayar cukai, tradisi yang sering diamalkan oleh pentadbiran BN ini sewajarnya dihapuskan terus oleh kerajaan baru.

Pihak kami menuntut penjelasan dari Menteri Besar Perak di atas kewajaran dan relevannya mewujudkan jawatan tersebut untuk diberikan kepada Siti Aishah Shaik Ismail. - 9 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...