Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2018

Hantar Zakir Pulang Ke India Sama Macam Hantar Orang Islam Uighur Ke China - PPBM.

Oleh : Free Malaysia Today

Pakar strategi PPBM Datuk Rais Hussin mempertahankan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menghantar pulang pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negara asalnya.

 
Bercakap kepada FMT, Rais berkata secara peribadi beliau tidak menemui apa-apa kesalahan dalam kegiatan dan ucapan Zakir, dan menghantar pendakwah itu pulang ke India adalah bersamaan dengan menghantar pulang orang Islam Uighur ke negara China.

Rais merujuk kepada permohonan ekstradisi daripada China ke atas 11 lelaki Uighur yang memasuki Malaysia secara haram dari negara Thai tahun lepas.

Rais juga mempersoalkan kritikan terhadap Zakir yang tular di media sosial. Katanya Zakir mempunyai cara tersendiri dalam mengutarakan pandangan beliau melalui debat dan pembenci beliau, iaitu mereka yang berfikiran gerombolan, sepatutnya berdebat dengannya bukan mendesak ekstradisi terhadap pendakwah itu.

Zakir dikehendaki oleh pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan terorisme. Beliau menafikan dakwaan tersebut dan berkata dirinya merupakan mangsa media negara itu yang mensensasikan isu tersebut untuk tujuan komersil.

Rais juga mempersoalkan niat dan tindakan pihak berkuasa India yang bagi beliau mungkin dibuat tidak berdasarkan keadilan.

Beliau meujuk laporan akhbar The Times of India yang memetik kritikan seorang hakim terhadap Direktorat Penguatkuasaan kerana tidak mengambil tindakan ke atas pemimpin agama lain yag berhadapan tuduhan jenayah dan mengumpul jumlah wang yang sangat besar.

Rais juga berkata tidak adil untuk rakyat Malaysia membandingkan usaha membawa balik Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh dan peniaga Low Taek Jho atau Jho Low dengan pendirian kerajaan berhubung ekstradisi Zakir ke India.

“Sirul didapati salah membunuh warga Mongolia Altantunya Shaariibuu, sementara Jho Low dikaitkan dengan kecurian gadang melibatkan kes 1MDB. Bagaimana ia sama dengan perdebatan perbandingan agama Zakir Naik?”

Wujud spekulasi media bahawa Zakir akan dihantar pulang ke India, tetapi Jumaat lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana beliau merupakan pemastautin tetap di negara ini.

Semalam sumber memberitau, Zakir mengadakan pertemuan ringkas tidak rasmi dengan Dr Mahathir. Tiada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu dilaporkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...