Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 Julai 2018

Saya Maafkan Pihak Yang Fitnah PH Halang DUKE Berceramah - MB Perak.

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PERAK BERHUBUNG ISU DANA PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera,

Saya mengambil maklum di atas isu kekangan dana Pusat Pendidikan Al Barakah yang diasaskan dan dikendalikan oleh penceramah bebas Datuk Mohd Ustaz Kazim Elias yang berpusat di Manjoi, Ipoh, Perak.


Susulan daripada laporan media dan media sosial, saya dengan ini menzahirkan keprihatinan dan komitmen untuk membantu pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah berkaitan kekangan kewangan yang dihadapi.

Pihak kerajaan negeri Pakatan Harapan akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi membolehkan pusat berkenaan terus beroperasi seperti biasa.

Untuk makluman, pihak kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai kekangan dana yang dihadapi oleh pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah sehinggalah isu berkenaan dilaporkan oleh pihak media dan ditularkan di media sosial.

Bagaimanapun, saya komited untuk membantu pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah demi kepentingan para pelajar dan para kakitangannya.

Saya juga menyambut baik keputusan Datuk Mohd Kazim Elias hari ini untuk menangguhkan cadangan penjualan Unit Tahfiz Al-Quran di Pusat Pengajian Al Barakah sementara mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri demi kemashlahatan ummah yang mendapat manfaat daripada aktiviti pengajian Islam di pusat berkenaan.

Dalam pada itu juga, mengenai fitnah kononnya kerajaan Pakatan Harapan telah mengharamkan Datuk Mohd Kazim Elias dari berceramah, ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak pernah sama sekali, secara langsung atau tidak langsung mengeluarkan arahan sedemikian.

Biarpun begitu, secara peribadi saya memaafkan pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat menyebarkan fitnah berkenaan serta mendoakan semoga mereka mendapat pengampunan dan petunjuk dari Allah SWT.

Ahmad Faizal Dato' Azumu
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
11 Julai 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...