Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2018

Boy Iman Sertai PPBM, Mahu Bongkar Salah Laku Bekas Menteri..

Pelakon yang dikaitkan dengan skandal penipuan, Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Dr Norul Iman Abd Rahman membuat pengakuan yang beliau telah pun menyertai parti PPBM.

Boy Iman turut berkongsikan gambar kad keahlian PPBM yang diterimanya menerusi akaun media sosial Instagram miliknya sambil berikrar mahu membongkarkan salah laku bekas menteri yang didakwanya melakukan penganiayaan pada dirinya.


"Saya berbangga menjadi ahli parti ini. Walaupun ianya dipanggil "UMNO 2" dan sebagainya,

Tetapi ia amat bermakna kepada "sejarah" Malaysia Baharu.


Dan ianya diasaskan & diterajui oleh seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.


Yang mencipta sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia dua kali dalam sejarah, dan ianya dibuat ketika beliau berumur 93 tahun.


Yang paling penting beliaulah yang menyebabkan sejarah Malaysia diubah.


Buat pertama kalinya "Kerajaan Barisan Nasional" ditumbangkan oleh "Kerajaan Pakatan Harapan" dalam Pilihan Raya Umum.

Sudah tentu saya berbangga bersama beliau dan saya tahu ramai lagi berasa sama seperti saya. Banyak lagi sejarah-sejarah beliau yang dicipta & akan tercipta.


Saya mendoakan kesihatan & kebahagiaan Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamed, @chedetofficial. Saya akan bersama dalam membongkar setiap permainan jahat yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, kerana saya juga salah seorang "mangsa" yang dianiaya oleh salah seorang "menteri" mereka. Masanya akan tiba satu hari nanti!,"
kata pelakon itu dalam satu kenyataan.




Sebelum ini Boy Iman pernah ditahan atas kes terbabit dalam penipuan skim projek perumahan.

Pengarah urusan DBI Properties itu ditahan pada 3 Oktober tahun lalu berkaitan penipuan jualan rumah yang ditawarkan syarikatnya dan Juta Kelulut Global Resources.

Penerbit filem Blok 404 itu juga pernah terpalit kontroversi memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) secara palsu. 


Di media sosial, beberapa penyokong Pakatan Harapan mula mempersoalkan keahlian PPBM Boy Iman. Ada cakap-cakap yang menyeru pimpinan parti untuk menggugurkan keahlian PPBM Boy Iman berikutan skandal-skandal penipuan yang dikaitkan ke atas pelakon itu. Sesetengahnya berpendapat isu tersebut mungkin akan memburukkan imej parti. - 9 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...