Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Julai 2018

Celia Zhang Akui Biayai Perbelanjaan Anak Najib, Rakyat Malaysia Beramai-Ramai Serang Artis Taiwan.

Pelakon Taiwan, Celia Zhang mengesahkan beliau mengeluarkan segala perbelanjaan ketika keluar berhibur bersama anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan bertulis di posting Facebooknya, Celia Zhang membuat pengakuan beliau bukan sahaja mengeluarkan belanja bahkan tidak menerima apa-apa hadiah daripada Datuk Nazifuddin.

Kenyataan yang dikeluarkan pada sabtu itu menjelaskan, Celia Zhang yang membayar bil ketika mereka dilihat makan malam dan minum wain di sebuah restoran. 

Meskipun memahami sentimen yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia, wakil agensi Celia Zhang juga mengingatkan pihak mereka berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman dan penghinaan.


Kenyataan oleh Celia Zhang itu dikeluarkan oleh wakilnya menggunakan akaun Facebooknya dan ditulis dalam bahasa cina.

Pada sabtu, Mohd Nazifuddin dilihat berada di Taipei dan menghabiskan masa bersama Celia Zhang, lapor Apple News, portal yang berpengkalan di Taiwan.

Portal itu kemudiannya turut membuat laporan susulan dimana Celia Zhang dipetik sebagai berkata menafikan mempunyai perhubungan romantik bersama Nazifuddin meskipun gambar mereka berpelukan dan dipercayai berciuman tersebar di laman sosial. Netizens di Malaysia menyindirnya sebagai 'latihan CPR'.

Pelakon itu juga dipetik sebagai berkata beliau pulang terus ke rumahnya dengan menaiki teksi dan tidak bermalam bersama Datuk Nazifuddin di hotel, tempat beliau menginap.

Datuk Nazifuddin dilaporkan mengunjungi Taiwan pada 5 Julai, dua hari selepas bapanya diikat jamin dan ketika mesej sedihnya di Facebook mengenai layanan rakyat pada bapanya dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan.

Sementara itu dalam perkembangan yang berkaitan, rakyat Malaysia, khususnya yang berbangsa cina dilihat menyerang Celia Zhang di posting penjelasannya.

Ada di antara mereka yang menyebarkan gambar bercium antara Celia dan Nazif tetapi ianya tidak lagi kelihatan di ruangan komen selepas beberapa jam, mungkin telah dipadamkan oleh pihak pentadbir halaman.


Ada yang menasihati Celia untuk mencari pasangan lain dan ada yang mahu Celia tidak mencemarkan diri dengan mendekati keluarga Najib kerana ia akan memberikan persepsi buruk padanya.

The Coverage pula melaporkan, Celia mengakui anak Najib cuba mengodanya meskipun dia sebenar dalam perhubungan dengan seseorang. - 8 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...