Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Julai 2018

Ceramah Disekat, Kini Ustaz Kazim Mahu Jual Pusat Tahfiz Dengan Harga 5 Juta..

Penceramah agama terkenal negara, Ustaz Kazim Elias mendakwa terdapat usaha yang sedang dilakukan bagi menghalang dirinya untuk berceramah sekaligus menyebabkan pembiayaan sekolah tahfiz di bawah seliaannya terganggu berikutan menghadapi masalah kewangan.



Ustaz Kazim bercakap mengenai perkara itu dalam satu kenyataan di Facebooknya pada selasa.

"Pembiayaan sekolah ini adalah dari hasil kuliah dan ceramah saya setiap hari. Kalau ada usaha menyekat ceramah bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yang besar.

"Setiap hari memikir dan susah hati nasib pelajar-pelajar daripada anak yatim, warga emas sehinggalah mualaf yang menetap dan belajar di sini.

"Kalau saya tak mampu lagi saya minta maaf banyak-banyak,"
tulisnya sambil berkongsikan beberapa gambar sekolah agama yang diusahakannya selama ini, Tahfiz Darul Barakah.



Iklan jualan Tahfiz itu juga didapati telah disiarkan menerusi laman web Mudah.my.


Iklan itu yang disiarkan atas nama Ruzanna menetapkan harga jualan bangunan tahfiz itu adalah RM5,000,000 namun harga itu masih boleh dirunding.




Pusat tahfiz itu berkeluasan 27,770 kaki persegi, dibina di atas tanah seluas 1.7 ekar itu mempunyai tiga bilik kuarters guru, enam bilik darjah, empat bilik dorm, asrama, kantin, pondok pengawal, stor, surau dan sebuah banglo yang digunakan sebagai pejabat pengurusan. - 10 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...